SELEPAS solat isyak mereka diminta untuk berkumpul di dewan tertutup. Dengar kata kakak dan abang fasilitator mereka mahu main game apa tidak tahu.
Keadaan di dalam dewan memang riuh rendah dengan suara mereka semua. Sempat Ayra Amani berbual dengan Rania yang tidak langsung ketemu harini. Nasib baik lah terjumpa Rania dan menyuruh Rania duduk di sebelahnya.
"Assalammualaikum"
"Waalaikummusalam"jawab mereka semua serentak.
"sekarang ni dah pukul 9:30 kita akan main satu game iaitu truth or dare sebelum aku lepas hampa pi tidur"
Truth or dare? Pernah dengar tapi tak pernah pula main.
"cara main dia senang ja aku akan bagikan satu botol ni kat hampa lepastu kami akan pasangkan lagu dalam masa yang sama hampa kena pass lah botol tu dekat orang sebelah bila lagu tu berhenti orang yang last pegang botol tu kena berdiri lepastu pilih nak truth ka dare faham?"jelas abang fasilitator yang bernama Naim itu.
Semua mengangguk faham. Masing-masing berdebar kerana risau botol itu akan dapat kepada mereka begitu juga dengan Ayra Amani. Harap-harap tak dapat dekat dia. Amin.
"kita mulakan sekarang"
Lagu mula dimainkan dengan rentak laju seperti lagu di dalam kelam malam. Ayra Amani dan rakannya mengambil tempat dibelakang manakala Syed Azrief mengambil tempat di deretan yang sama cuma terpisah tempat sahaja.
PUP
Lagu diberhentikan. Orang terakhir yang memegang botol itu menjerit kuat. Mungkin geram kerana dia yang mendapat botol itu.
"truth or dare?"
"truth"
"soalan dia macam ni apa yang hang nak hidup?"
"saya nak cantik sebab nak dapat husband yang handsome lepastu kaya hari-hari saya boleh shopping tanpa tengok harga"kata perempuan itu dengan nada gediknya.
Semua sudah mengejek gadis itu. Ayra Amani hanya menggeleng kepala. Kesiannya itu je dia nak dapat hidup tapi siapa lah dia nak mengejek orang. Biarlah masing-masing punya pendapat sendiri kita jangan judge.
"semoga dapat suami kaya ya"kata kakak fasilitator itu sambil ketawa. Mungkin terhibur dengan jawapan perempuan itu.
Lagu dimainkan semula kali ini botol itu di pass dengan laju sambil menjerit. Ayra Amani membetulkan kedudukan. Lambat lagi nak dapat ke deretannya. Tak apa jangan risau.
PUP
Lagu kembali dihentikan. Dengan malasnya perempuan itu bangun sambil menampar kawannya disebelah. Mungkin geram kerana kawannya pass botol kepadanya di saat akhir.
"truth or dare?"
"dare"
"dalam banyak-banyak lelaki dekat sini sapa yang hang suka"
Terus perempuan itu mengalih badannya memerhati satu persatu wajah lelaki yang ada. Apa benda soalan tu pelik sangat tapi layankan jelah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Psycho Itu Aku Punya
Storie d'amoreSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...