AYRA Amani memandang dua makhluk ciptaan Allah itu kecil besar sahaja. Dia dengan Rayyan seperti lalat busuk yang mengacau mereka berdua. Matanya sakit melihat kegedikkan Mia Adriana itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia menarik rambut Mia Adriana sehingga tersungkur tapi dia batalkan niat kerana bulan puasa kalau tak kena dah Mia Adriana ni. Kegedikkan Mia Adriana makin menjadi-jadi selepas dia tahu bahawa mereka sudah berkahwin.
"apasal Kak Mia tu gedik sangat dengan Abang Rief. Kak Mia lupa ke Abang Rief tu suami Kak Ayra"kata Rayyan juga yang turut perasan kegedikkan Mia Adriana itu.
"ala tak apalah Rayyan Kak Ayra okay je tak jealous pun"kata Ayra Amani pura-pura ketawa padahal dia sudah mahu meletop melihat mereka kedua-dua ini.
"Kak Ayra okay tapi Rayyan rasa macam nak humban je Kak Mia tu dalam periuk sup tu gedik macam cacing"kutuk Rayyan apabila melihat Kakaknya itu. Gaya macam geram lama dah kepada kakaknya.
Ayra Amani hanya tersenyum mendengar. Dah si adik pun meluat melihat kegedikkan kakak dia apatah lagi yang membuat dia sakit hati Syed Azrief hanya membiarkan sahaja Mia Adriana memegang lengan Syed Azrief gaya Mia Adriana pula isteri Syed Azrief.
Leka membeli makanan Syed Azrief memandang belakang mereka Ayra Amani memegang lengan Rayyan mungkin Ayra Amani sudah letih menerokai bazar ramadhan. Baru sahaja dia mahu pergi ke arah Ayra Amani lengannya dipaut oleh Mia Adriana dan Mia Adriana mengheretnya ke gerai yang lain.
"Kak Ayra kita beli air tu eh lepastu kita balik lah"kata Rayyan sambil menunjuk ke arah gerai air itu kepada Ayra Amani.
"nak balik macam mana kan kita datang satu kereta"kata Ayra Amani dan melangkah ke gerai air yang ditunjuk oleh Rayyan itu. Dia membeli dua bungkus air teh ais untuknya dan Rayyan.
"ala kita balik jalan kaki jelah bukannya jauh pun lintas jalan sampai lah rumah Tok Kak Mia tu je yang gedik nak naik kereta padahal dekat je"kata Rayyan yang menyambut huluran beg plastik air daripada Ayra Amani.
Ayra Amani terdiam seketika. Betul juga kata Rayyan itu. Rumah Tok dengan bazar ramadhan itu terlalu dekat tetapi Mia Adriana yang mengada nak ke bazar ramadhan menaiki kereta. Ayra Amani sudah sakit hati lagi-lagi Syed Azrief hanya menurut.
"jom lah Kak Ayra rasa cukup dah ni beli banyak-banyak nanti tak habis pula"kata Ayra Amani kepada Rayyan dan dia memegang lengan Rayyan semasa berjalan. Bazar ramadhan pada puasa teramat lah sesak.
SAMPAI sahaja di rumah Syed Azrief terus keluar dari kereta dan meninggalkan Mia Adriana di dalam kereta. Mahu meletop jantungnya apabila dia melihat belakang Ayra Amani dan Rayyan sudah tiada. Dia pusing 2 kali di bazar ramadhan untuk mencari Ayra Amani dan Rayyan tetapi hampa mereka berdua tiada.
Melihat Ayra Amani sedang bergelak ketawa bersama Zuhaili lagi membuat darahnya menggelegak. Zuhaili yang melihat Syed Azrief melangkah untuk masuk ke dalam rumah terus Zuhaili bangun dan memandang ke arah Ayra Amani.
"ikut aku kejap"kata Syed Azrief lalu dia terus menarik tangan Ayra Amani keluar dari rumah dan membawa Ayra Amani ke belakang kereta.
Mia Adriana memandang Syed Azrief dan Ayra Amani pelik. Tadi Syed Azrief okay je dengan dia. Lagi lah dia seronok apabila Ayra Amani dan Rayyan sudah pulang ke rumah. Dia tahu bahawa mereka berdua pulang ke rumah tetapi dia sengaja tidak mahu memberitahu Syed Azrief. Mahu telefon tetapi Syed Azrief menyimpan telefon di dalam kereta. Lagi lah dia seronok.
"ish lepas lah sakit tahu tak!"marah Ayra Amani dan mengosok pergelangan tangannya yang sudah merah. Apa ingat dia kambing ke heret macam tu.
"kau ni dah kenapa Ayra? Suka sangat buat perangai kau tu dah besar kau matang lah sikit ni tak ikut je kata hati kau tu. Aku setengah mati cari kau dekat bazar balik je aku dijamu dengan kau dan Zuhaili. Seronok ke bersembang?"kata Syed Azrief mendatar.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...