BAB 18

5.1K 157 4
                                    

PUAS Faleeq dan Fareez memujuk adik mereka untuk pulang ke rumah mertuanya. Puas dipujuk tapi adik mereka tidak mahu. Katanya mahu bermalam disini rindu dengan Puan Maisarah lah padahal mereka tahu itu semua alasan semata-mata.

Akhirnya kereta milik Fareez berhenti dihadapan rumah banglo Dato Syed Adham. Berperang lah mereka bertiga di dalam kereta tadi. Kenapa semua paksa dia untuk pulang? Sepatutnya mereka gembira kerana dia mahu menginap dirumah tapi lain pula. Bukan setakat abang-abangnya malah ibu bapa saudaranya pun menyokong untuknya pulang.

"dah turun"kata Fareez yang duduk dibahagian pemandu.

"amboi halau"kata Ayra Amani dibelakang.

"ingat Ayra kalau ada apa-apa masalah bawa bincang. Kalau boleh bertolak ansur lah sikit ye"pesan Faleeq kepada Ayra Amani.

Ayra Amani hanya menunduk. Bertolak ansur dengan Syed Azrief? Oh tidak. Takkan sesekali. Penat lah kalau asyik dia je kena bertolak ansur dengan lelaki itu. Lelaki itu masih lagi dengan ego yang tinggi melangit itu.

"Ayra tak keseorangan kami kan ada"kata Fareez pula.

"dah pergi masuk. Lewat dah ni rumah pun dah gelap"

"terima kasih hantar Ayra"

"yelah sama-sama pergi masuk kitorang nak lepak mamak lepasni"kata Fareez sambil tersengih.

Memang itu rutin mereka dua beradik lepak mamak tengah malam. Mereka lelaki pulang lewat pun tak ada yang dibisingkan biasalah anak lelaki kan. Tak risau sangat.

"bukan nak ajak!"

"orang dah kahwin dilarang lepak mamak dengan lelaki bujang hot"

"menyampah"

Ayra Amani terus membuka pintu untuk keluar. Lampu dari dalam pun sudah gelap maknanya sudah tidur. Sekarang baru pukul 11:30 malam awal lagi selalunya mereka tidur lewat juga. Malas mahu memikirkan jam tidur orang.

"apa-apa telefon kami"pesan Faleeq lagi.

"pergi masuk baru kitorang pergi"

Dengan lafaz bismillah Ayra Amani melangkah mendekati pintu pagar. Pak Samad yang nampak dirinya mendekati pintu itu terus bangun dan membuka pintu itu buat menantu majikannya.

"terima kasih"ucap Ayra Amani kepada Pak Samad.

Pak Samad hanya mengangguk kepala. Memang itu tugasnya jadi tiada masalah. Kereta yang berhenti dihadapan pagar itu pun sudah beransur pergi.

Ayra Amani memasuki password di pintu dan pintu dibuka. Ruang tamu gelap hanya ada cahaya dari lampu kecil sahaja itu pun nampak malap. Seram juga macam ni. Boleh tak dia nak tidur ke dekat ruang tamu?

Sebelum masuk tadi sempat matanya mengerling ke arah motorsikal dan kereta milik lelaki itu ada di dalam garaj. Maknanya ada di rumah lah. Takut lah tu ugut nak tarik balik kemewahan terus terperuk dalam rumah. Ketawa Ayra Amani di dalam hati.

"lambat balik"tegur satu suara.

Terhenti langkah Ayra Amani mahu melangkah ke tangga itu. Suara macam kenal? Perlahan-lahan Ayra Amani mengalih badan.

Syed Azrief memeluk tubuh memandang tepat ke arah gadis itu. Masuk rumah pun macam pencuri. Dia sengaja duduk di ruang tamu tanpa lampu mahu melihat gadis itu. Hebat juga mogok pukul 11:30 baru muncul.

Ayra Amani hanya diam. Tak kuasa nak menjawab. Ikut suka hati dia lah nak balik pukul berapa pun ikutkan hati dia taknak balik pun nak tidur je dekat rumah Puan Maisarah tapi apakan daya mereka semua menghalaunya pulang ke sini.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now