BAB 30

4.8K 166 7
                                    

MEREKA berdua berjalan beriringi dengan Dato Syed Adham dan Datin Suraya. Harini ibu bapa Syed Azrief akan pulang ke rumah selepas beberapa hari tinggal di rumah mereka berdua.

"Rief jaga Ayra baik-baik okay ni mama dengan abah tak ada ni jangan keluar malam pula"pesan Datin Suraya lalu dia masuk ke dalam perut kereta.

"ye Rief dengar lah"kata Syed Azrief sambil mengangguk kepala. Tak keluar? Memang lepas je mama dan abahnya balik memang dia akan keluar rumah pun. Dia sudah berjanji dengan Ameer dan Hariz mahu ke Zouk malam ini.

Ayra Amani hanya membuat muka. Yelah tu tak keluar lepas ni entah-entah elok sahaja ibu bapa mertuanya pergi Syed Azrief pun turut keluar sekali. Nasib baik lah Mak Mah sudah pulang dari kampung jadi dia tidak ketakutkan sangat lah kalau tinggal sendirian.

"kami balik dulu ye nanti apa-apa call je kami. Nanti senang-senang datang lah rumah ye"kata Datin Suraya lagi. Ayra Amani terus menyalam tangan Datin Suraya dan diikuti oleh Syed Azrief.

"ye nanti kitorang pergi rumah mama. Abah bawa kereta tu elok-elok"kata Syed Azrief kepada Dato Syed Adham.

"ye abah tahu. Kamu tu jangan nak merayap sangat"kata Dato Syed Adham pula.

Syed Azrief hanya tersengih. Nakal sangat ke dia lepas Datin Suraya bagi pesanan terus Dato Syed Adham pula yang beri pesanan yang sama kepadanya.

"kami balik dulu"kata Dato Syed Adham terus dia mengundur kereta keluar dari perkarangan rumah anak mereka.

Ayra Amani melambai tangan ke arah ibu dan bapa mertuanya. Syed Adham hanya berdiri tegak disitu sambil menyilang tangan ke dada. Hanya menunggu kereta Dato Syed Adham hilang terus dia masuk ke dalam kereta dan terus pergi.

"okay kereta dah tak nampak"kata Syed Azrief lalu dia terus pusing ke belakang sambil mengeluarkan kunci didalam poket keluarnya.

"haa nak keluar lah tu"perli Ayra Amani sambil menjeling ke arah Syed Azrief. Tepat pada jangkaannya pasti lelaki itu mahu keluar.

"yelah keluar lah takkan nak hadap muka kau 24 jam pula kot"kata Syed Azrief lalu dia menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin.

"hm nak ikut"kata Ayra Amani sambil membuat muka comel.

"kata dekat orang dia pun nak keluar juga"kata Syed Azrief sambil ketawa sinis.

"boleh tak?"tanya Ayra Amani sambil mencebik bibir.

"tak payah aku nak pergi kelab bukan nak pergi main futsal"kata Syed Azrief tidak setuju. Gila ke apa nak bawa Ayra Amani ke tempat begitu. Biar lah dia jahat sorang, dia tidak mahu buat anak orang jahat sepertinya.

"lah yeke? Aku ingat kau nak pergi ronda je"kata Ayra Amani sambil mengeluh.

"nanti lah aku bawa kau keluar lain. Aku keluar dulu jangan lupa tutup gate"kata Syed Azrief lalu dia terus menaikkan cermin ke atas dan dia mengundur kereta keluar.

"tak habis-habis pergi kelab tak ada tempat lain ke nak pergi!"kata Ayra Amani sambil menghentak kaki tanda geram.

"Ayra ada nak makan apa-apa tak?"tanya Mak Mah sebaik sahaja Ayra Amani melangkah masuk ke dalam rumah.

"hm Mak Mah nak masak apa?"tanya Ayra Amani pula kepada Mak Mah.

"ikut Mak Mah lah Ayra okay je"kata Ayra Amani sambil melangkah ke arah Mak Mah di dapur.

"Mak Mah ingat nak buat kuih abuk-abuk"kata Mak Mah yang masih melap meja.

"yeke? Kuih kegemaran Ayra tu, dulu dekat Penang kan hari-hari Ayra pergi beli kuih abuk-abuk tu"kata Ayra Amani teruja.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now