MEMANDANGKAN hari ini hari terakhir mereka disini. Seawal 6 pagi lagi mereka dikejutkan solat subuh. Selama 2 hari 3 malam mereka semua sudah terbiasa dengan suasana disini. Tidur pukul 12 malam bangun pula pukul 6 pagi.
Ayra Amani mengerakkan Melissa yang masih nyenyak tidur itu. Langsung tak sedar sedikit pun walaupun siren itu dibunyi dengan kuat sekali. Ayra Amani pula kalau bunyi perlahan pun dia akan terjaga maklumlah dia senang bangun dan senang tidur. Marissa sudah pun bangun tapi mata masih tertutup rapat.
"bangun cepat satgi bilik ayaq penuh tak larat nak tunggu"kata Ayra Amani kepada Melissa sambil mengikat rambut.
"jom lah Ayra tinggal minah nanti bangun semua orang dah tak ada baru dia nak mengelabah"kata Marissa.
Dari tidur terus Melissa bangun dan duduk terpacak. Dia masih mengangtuk lagi tapi dia tidak mahu kena tinggal nanti dia sorang kena denda.
"ha bangun pun hang jom pi mandi satgi lambat"ajak Ayra Amani lalu mengangkat perkakasannya untuk ke bilik mandi.
Buka sahaja zip khemah wajah Hariz, Rizqin muncul dihadapan khemah mereka. Maklumlah khemah sebelah menyebelah je. Cakap dari khemah mereka khemah sebelah sana pun dengar juga.
"kau tengok apa pergilah"kata Hariz kepada Melissa yang memandang ke arahnya.
"siapa tengok kau mamat tenuk? Perasan gila mamat ni"kata Melissa lalu menarik tangan Marissa untuk pergi.
Ayra Amani hanya menggeleng kepala dengan perangai mereka ini. Pantang ketemu pasti bergaduh tak pernah nak berbaik langsung.
"Ayra"
Terus Ayra Amani mengalih memandang ke arah Hariz yang memanggilnya. Ayra Amani terus mengangkat kening kepada Hariz.
"Azrief demam"bisik Hariz perlahan.
"pasaipa pula dia demam? Semalam dia elok ja"kata Ayra Amani pelik.
"tak tahu kitorang pun baru je tahu"kata Rizqi pula.
"kau pergilah tengok dia"
"eh mana boleh satgi kantoi lah aku masuk khemah laki"
"alah laki kau juga pergi masuk sana"
Ayra Amani menggigit kukunya. Nak masuk tengok lelaki itu tapi takut juga kantoi dengan orang lain pula.
"pandai-pandai lah kitorang cover nanti"kata Rizqi menyakinkan Ayra Amani.
Pandang kiri kanan. Line clear! Ayra Amani terus menyelusup masuk dengan pantas. Zip khemah ditutup sampai ke atas. Syed Azrief menyelimut hingga ke kepala. Demam teruk ni. Semalam elok je nyanyi lagu bagai pagi ni tiba-tiba pula boleh demam. Demam kejutan ke apa.
Tangan Ayra Amani diletakkan ke atas dahi Syed Azrief untuk merasakan suhu badan lelaki itu. Panas. Apa dia nak buat ni? Dia tak pandai. Nasib baik lah hari ini mereka akan pulang ke KL semula.
"Azrief bangun"kejut Ayra Amani perlahan.
Langsung tiada sahutan. Syed Azrief ni memang susah sangat nak bangun sejenis tidur mati.
"Azrief bangun"kejut Ayra Amani sedikit kuat.
Alhamdulilah ada gerakan. Syed Azrief mencelik matanya perlahan-lahan. Wajah Ayra Amani menghiasi pandangan paginya.
"kau apahal masuk khemah lelaki?"
"hang demam ni"
"hm"
Syed Azrief kembali memejam mata. Pening kepala nak celik mata luas-luas pun tak boleh.
"mana panadol hang bagi dekat aku haritu?"
"dalam beg"
Dengan pantas Ayra Amani menyelongkar beg galas Syed Azrief untuk mencari panadol yang dibeli tempoh hari. Air mineral disamping lelaki itu diambil juga serta biskut Lexus untuk buat lapik perut sebelum makan ubat.
"makan biskut ni dulu pastu makan ubat"
"tak larat lah"
"ish makan jalah hang tu demam satgi melarat sapa susah"
"aku berjangkit dari kau lah"
"sapa suruh dekat-dekat dengan aku. Dah cepat bangun"
Dengan malas Syed Azrief bangun dari baring. Terpampang lah badannya tanpa baju. Dah tahu demam pakai lah baju ini tak tidur tak pakai baju tak tahu sejuk ke.
"pergi bagitahu Kak Scha kita balik awal"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.
"lah awat satgi kita balik sekali lah"
"aku demam tak boleh naik bas"
"apa kena mengenanya?"tanya Ayra Amani pelik.
"nanti aku muntah. Bagitahu Kak Scha nanti kereta biar Hariz bawa"
"ish mengada!"
Itulah Syed Azrief suka mengarah orang itu ini.
"lepas makan ubat pi mandi satgi aku bagitau Kak Scha kita balik dulu"
ME GUSTAS
New book 'jejaka pujaan si gadis'

ANDA SEDANG MEMBACA
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...