CELIK sahaja mata Ayra Amani terus memandang telefon yang berbunyi nyaring itu. Dia sudah mengunci alarm pada pukul 5:45 pagi. Dia mahu mandi lepas itu solat dan boleh lah bersiap lama sikit tak ada kelam kabut sangat.
Rasa malasnya mahu ke sekolah setelah 2 minggu bercuti. Semalam seharian dia menyiap kerja yang tidak siap kerana mereka pulang ke kampung hari itu. Kalau tak buat bila lagi nak buat tengah rajin ni buat jelah.
Lelaki itu pula langsung tak buka jenguk beg sekolah. Tak rasa nak menyiapkan kerja sekolah langsung. Dia pun malas mahu menyoal banyak sebab lelaki itu tak suka kalau dia bercakap banyak. Normal lah orang Penang memang suka cakap banyak. Mostly orang utara ni. Suka cakap suka membebel.
Bangun sahaja dari toto Ayra Amani merenggangkan badan. Rasa lenguh tidur di atas lantai tapi tidak mengapa dia tidak kisah. Bersyukur masih ada tempat tidur orang lain belum tentu ada tempat tidur. Jadi dia haruslah bersyukur jangan nak mengeluh.
Melihat di atas lelaki itu pulas tidur meniarap macam tak sedar diri. Alarmnya bunyi punya lah kuat takkan tak dengar lagi? Haih kalau letak bom dekat sebelah pun belum tentu terjaga lagi. Payah betul lah dengan orang tidur mati macam lelaki itu.
Tak mengapa boleh lah dia berlama-lama mandi di dalam bilik air. Kalau lelaki itu bangun nanti mesti mereka akan berebut bilik air. Selama ini dia mana pernah berebut bilik air dengan orang. Sekarang ini semua benda kena berkongsi jadi tak nak rasa berebut sana sini lebih baik dia pergi mandi dulu.
Tuala dan pakaian sekolah dicapai lalu dibawa masuk ke dalam bilik air. Dia mahu siap terus berpakaian sekolah lepas itu boleh solat terus. Setiap hari isnin kelas mereka tidak ada waktu sukan. Selasa hingga khamis memang pakai baju sukan sahaja kecuali hari rabu yang harus memakai baju uniform persatuan.
Hampir 20 minit berada di dalam bilik air Ayra Amani keluar dari bilik air. Kepalanya menggeleng sedikit. Tak bangun-bangun lagi. Azan pun sudah kedengaran tak reti-reti nak bangun lagi ke? Nak kejut ke tak? Kalau tak kejut nanti lambat pula lelaki itu nak mandi nak bersiap.
"Azrief bangun"kejut Ayra Amani menggunakan selimut.
Dia dah ada wuduk takkan nak sentuh tangan pula. Renyah dengan berpakaian sekolah pula. Nanti basah dia pula tak selesa nak ke sekolah.
Langsung tiada respons. Ayra Amani mengeluh perlahan. Apa patut dia buat untuk membangunkan lelaki yang tidur mati tak ingat dunia macam Syed Azrief? Tolong lah bangun.
Mungkin sebab perangai tidur mati lah lelaki itu selalu ke sekolah lewat. Orang masuk sekolah pukul 7:20 dia sampai sekolah pukul 8 kadang 8:15 ikut suka dia macam lah sekolah itu ada share dengan Dato Syed Adham tapi peliknya tiada pula cikgu nak marah malah buat tidak endah sahaja seperti lelaki itu halimunan.
"Azrief bangun pi mandi!"kejut Ayra Amani kuat.
"ish serabut lah!"kata Syed Azrief lalu menarik bantal menutup telinganya.
"bangkit pi mandi satgi lambat lah"kata Ayra Amani sambil mencekak pinggang. Geram juga dengan perangai lelaki ini.
"kejap lagi lah aku nak tidur"
Ayra Amani memandang jam. Sekarang baru menunjukkan pukul 6:30 masih ada masa lagi. Tak mengapa tidur lah dulu sementara dia nak solat. Lepas habis solat dia akan kejutkan lagi. Tak bangun dia bawa air sebaldi mandi atas katil. Susah sangat nak bangun kan.
Kain telekung di atas penyangkut dicapai lalu disarungkan ke kepala. Tak apa tidur lah dulu. Dia lewat ke sekolah memang kena lah lelaki itu. Sudah lah dia akan menumpang lelaki itu ke sekolah sampai bila-bila.
"Allahuakbar"
10 minit mengambil masa untuk solat dan berdoa. Ayra Amani mengaminkan doa lalu menyapu wajahnya. Lega dapat menunaikan kewajipan yang satu itu. Selagi tak buat rasa tak tenang.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...