BAB 54

3.6K 170 22
                                    

SEMUA orang yang sedang berlalu lalang ketawa melihat wajah Mia Adriana dan Tasha yang kena berdiri di dataran perhimpunan. Sudah lah mereka di denda daripada pukul 9 pagi sehingga 10:30 pagi akibat bergaduh di dalam kelas. Ingatkan Cikgu Alia hanya berdiam diri rupanya Cikgu Alia mengheret mereka berdua ke dataran perhimpunan.

Macam mana Cikgu Alia tidak mengamuk tengah mengajar Mia Adriana dan Tasha bergaduh di belakang sehingga Tasha boleh terjatuh daripada kerusi yang didudukinya oleh disebabkan Mia Adriana menolak Tasha. Mereka semua ingat bahawa Mia Adriana dan Tasha sudah berbaikan kerana tadi elok je mereka boleh berkongsi alat tulis tiba-tiba sahaja mereka bergaduh.

"itulah bergaduh lagi dalam kelas macam perempuan gila kan dah kena denda. Kesian kena berdiri panas-panas macam ni. Ada nak order makanan tak?"kata Hariz sambil senyum mengejek kepada Mia Adriana dan Tasha yang masih berdiri itu sehingga kedua-dua muka mereka sudah merah.

"kalau kau datang nak buat semak kat sini baik kau blah. Sakit mata aku tengok korang berdua kat sini"marah Mia Adriana kepada Ameer dan Hariz. Dia tengah berpeluh dan dahagakan air boleh pula Ameer dan Hariz datang sengaja memanaskan keadaan.

"eh kau tahu tak kitorang semua ni semak tengok korang berdua berlakon jadi tiang bendera dekat dataran ni. Tapi tulah dah kena denda kan terpaksa lah kitorang semua pejam mata buat-buat tak nampak"kata Ameer pula sambil ketawa. Semua orang yang benda disitu ketawa mendengar kata-kata Ameer itu.

Mia Adriana menahan diri daripada marah kepada mereka berdua. Kalau dia bergaduh dengan mereka berdua pula pasti dia akan di hukum lagi. Dia tidak mahu dia sudah penat. Kakinya terasa seperti mahu patah kedua-dua belah. Tasha disebelah hanya diam sahaja tanpa membalas kata-kata mereka. Salah dia juga telah memprovok Mia Adriana dan hasilnya mereka berdua didenda.

"diorang mesti bergaduh sebab kau kan"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief disebelahnya. Mereka hanya memandang dari jauh Mia Adriana dan sekumpulan pelajar sedang berkumpul mengelilingi mereka.

"pandai-pandai kau je buat andaian sendiri. Tak ada maknanya diorang bergaduh sebab aku"kata Syed Azrief mendatar. Padahal dia tahu punca Mia Adriana dan Tasha bergaduh tadi.

"ish aku dengar lah Awie cakap tadi waktu rehat. Tasha cakap kau bukan jenis dah ludah jilat balik mungkin sebab tu buat Mia marah"kata Ayra Amani sambil mata masih memandang ke arah mereka di sana. Mereka berdua hanya memandang dari jauh sahaja. Kalau mereka ke sana berdua pasti mereka akan di gossip.

"ha betul lah tu benda aku dah buang jangan harap aku nak kutip balik bukan gaya aku macam tu"kata Syed Azrief tenang. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar dan tangan kanan berura-ura untuk memegang tangan Ayra Amani.

Terkejut Ayra Amani apabila tangannya tiba-tiba sahaja disentuh terus Ayra Amani menolak tangan Syed Azrief jauh darinya. Gila agaknya Syed Azrief ini. Tidak sedar ke mereka berada di sekolah bukan berada di luar. Buatnya ada orang ternampak apa jawapan yang mahu mereka menipu.

"biar lah semua orang tahu yang kita dah kahwin. Kita dah kahwin 3 bulan lebih dah bukan baru kahwin semalam"kata Syed Azrief selamba. Dia sudah bersedia untuk mengumumkan bahawa mereka berdua sudah berkahwin. Biar semua orang tahu bahawa Ayra Amani adalah haknya dan dia adalah hak Ayra Amani.

"gila lah kau ni kita sekolah tak habis lagi kau ingat ada orang nak percaya ke cerita mengarut ni?"kata Ayra Amani tidak setuju.

"mengarut tak mengarut kita dah sah berkahwin kalau diorang nak tengok kad kahwin kita meh sini aku tunjuk atau nak tengok gambar akad nikah kita"kata Syed Azrief sambil menjongket kening sebelah. Jangan ingat dia main-main tentang hal ini.

"tak payah buat gila Rief aku masih tak bersedia nak hadap peminat kau tu. Kalau boleh aku tak nak siapa-siapa pun dalam sekolah ni tahu kita dah kahwin. Aku nak diorang tahu lepas kita habis sekolah"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala. Cukup lah Hariz dan Ameer sahaja yang tahu tentang perkahwinan mereka dia belum bersedia lagi mahu memberitahu orang tentang mereka berdua.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now