"SAYA nak bahagikan korang dalam kumpulan untuk tidur dalam khemah. Setiap kali ada aktiviti korang akan bersama jangan berpisah faham?"
Semua mengangguk faham. Semua berdebar nama akan disebut oleh Cikgu Alif nanti. Ayra Amani sudah memejam mata. Harap sangat namanya bersama Rania mahupun Melissa sudah lah dia tidak berapa kenal sangat dengan orang lain.
"satu khemah akan ada 3 orang kat dalam. Dah ready? Kita mulakan dengan kelas Ibnu Rusyd dahulu"
"ready!"
"bila saya sebut nama-nama ni sila bangun dan duduk dalam kumpulan yang disebut"
"Amin, Ameer, Aidil"
"weh aku ke?"tanya Ameer sambil menunjuk ke arah dirinya.
"kau lah"kata Hariz lalu menolak tubuh Ameer untuk bangun. Nak terkejut sangat tu kenapa.
"Santesh, Amri, Bakhtiar"
"Parakesh, Tamir, Haziq"
"Azrief, Hariz, Rizqi"
Azrief dan Hariz sudah highfive sesama sendiri sebelum mereka bangun. Akhirnya mereka satu khemah. Ameer mencebik bibir tanda tidak puas hati. Mana aci dia sahaja yang terpisah.
"Rania, Heliza, Aina"
"bye Nia"kata Melissa lalu melambai tangan ke arah Rania yang sudah bangun.
Rania menjeling ke arah Melissa. Argh terpisah dengan 2 kawannya. Dia harap dia dapat duduk sekhemah dengan Melissa mahupun Ayra nampak dia kena pisah. Sedihnya.
"weh berdebarnya aku"kata Melissa lalu memegang tangan Ayra Amani disebelah.
"aku pun harap dapat sekhemah dengan hang"kata Ayra Amani pula.
"berdoa weh berdoa"
"Farah, Hizqin, Husmina"
"Nadhirah, Danisha, Sofea"
"Melissa, Ayra, Marissa"
"weh!"jerit Ayra Amani dan Melissa gembira lalu melompat.
"hei korang kat sana terlompat macam kera tu kenapa? Bangun pergi duduk dalam kumpulan cepat"kata Cikgu Alif kepada mereka berdua.
Melissa menarik tangan Ayra Amani untuk duduk dalam kumpulan. Akhirnya sekumpulan dengan Melissa. Berdebar tahu tak tadi memikirkan dengan siapa dia nak kena tidur malam ini.
"itu saja sekarang ni pergi cari khemah masing-masing dan pasang"
"pasang? Kitorang mana pandai lah cikgu"kata Tamir tidak puas hati.
"tak pandai belajar lah nanti ada orang akan tunjuk testimoni kat korang sekali ajar je lepasni jangan tanya lagi dah faham?"
"ingat kita ni budak tentera ke cakap terjerit-jerit"kata Sofea ala-ala diva di depan Ayra Amani dan Melissa.
Ayra Amani dan Melissa ketawa mendengar. Baru satu hari dekat sini mereka mula tidak betah. Rasa macam kena dera kat sini. Nak balik rumah.
"apa kamu cakap Sofea?"tanya Cikgu Ashikin yang terdengar percakapan Sofea itu.
"Cikgu salah dengar ke? Saya tak cakap apa pun"nafi Sofea dengan wajah tidak bersalah.
"takut lah tu"kata Melissa pula.
"kau diam eh Mel jangan nak kantoikan aku"kata Sofea kepada Melissa dibelakang.
"sekarang ni bangun pergi cari khemah masing-masing"arah Cikgu Alif kepada mereka.
"ingat duduk dalam dorm aku tak bawa lah ridsect"kata Marissa yang berjalan bersebelahan Ayra Amani.
"ala bukan selalu nyamuk nak gigit apa salahnya kita sedekah darah kita sikit dekat dia dapat pahala"kata Melissa ingin mengusik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...