BAB 56

3.7K 204 17
                                    

SEBAIK sahaja permainan futsal malam ini terus Syed Azrief melangkah ke arah Ayra Amani yang setia menunggunya sambil menayang senyuman. Cantik pula isterinya malam ini. Sebab itulah dia berjaya menjaringkan gol sebanyak 2 kali kerana jantung hati teman dia main futsal malam ini. Terus rasa bersemangat nak main.

"dah habis dah?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief yang baru duduk di tepinya.

"haah dah habis diorang ajak lepak mamak nak pergi tak? Tak nak tak apa kita balik"kata Syed Azrief lalu dia membuka jersi yang sudah berpeluh di badannya itu dan mengambil satu baju yang sudah dibawa di dalam beg galasnya.

Ayra Amani memandang ke arah lain apabila Syed Azrief selamba sahaja membuka baju di hadapannya. Nasib baik semua lelaki tak ada perempuan kecuali dia. Kalau ada orang tengok pun tak adalah dia cemburu sangat sebab semua lelaki.

"tak apa kita pergi jelah aku tak nak sebab aku kau tak dapat nak lepak dengan kawan kawan kau"kata Ayra Amani lalu dia mengambil jersi di tangan Syed Azrief dan dimasukkan ke dalam beg galasnya Syed Azrief.

"tak ada benda lah bukan aku tak pernah lepak dengan diorang pun. Aku sebenarnya risau nak bawa kau pergi lepak mamak"

"kenapa pula kau nak risau?"

"sebab kat mamak tu banyak lelaki nanti kalau diorang usyar kau macam mana? Dekat sini tadi pun ramai mata mata pandang kau nak je aku keluar pergi belasah diorang tu"

Terus Ayra Amani ketawa dengan kuat. Tidak peduli dengan mata-mata yang kini beralih ke arah mereka berdua. Syed Azrief cemburu ada lelaki lain tengok dia? Dan ya dia juga tidak selesa apabila dipandang oleh lelaki lain. Kalau bukan sebab dia takut tinggal rumah sorang-sorang tak adanya dia akan ke sini.

"aku bukan cantik mana pun yang orang nak usyar aku"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala. Kot lah dia ni cantik macam Davikah Hoorne pelakon Thailand itu yang orang nak tengok dia.

"sebab kau cantik lah orang pandang kau sayang. Lepasni aku tak nak kau pakai baju-baju ketat kau tu buang semua baju tu nanti kita pergi beli lain"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

Kalau dulu mungkin ya dia hanya mahukan perempuan yang cantik dan seksi tapi sekarang dia sudah berkahwin dan dia tidak mahu kalau ada lelaki pandang isterinya. Hanya dia sahaja yang boleh melihat harta isterinya.

"yelah aku kan dah jadi isteri orang. Apa yang suami suruh isteri kena ikut lah kan kalau tak jadi isteri derhaka pula"kata Ayra Amani sambil tersenyum.

"tahu pun lepasni jangan pakai dah baju ketat tu semua. Harta kau yang ada sekarang ni aku yang punya orang lain mana boleh tengok sikit pun tak boleh"

"woi dating apa lagi cakap kat lepak mamak"kata Hael kepada Syed Azrief yang sedang mabuk bercinta itu.

Orang lain dah bersiap sedia nak bergerak ke mamak di seberang jalan sana tetapi ada "love birds" sedang mabuk bercinta di gelanggang futsal pula. Makin lambat pergi makin lambat lah nak balik. Mereka semua lelaki tak berapa nak kisah sangat balik pukul berapa pun tetapi harini Syed Azrief membawa "girlfriend" pula.

"haah nak pergi lani. Korang gerak lah dulu kejap lagi aku follow belakang"kata Syed Azrief kepada rakan-rakannya. Ameer dan Hariz sudah tersenyum. Pasti nak mengejek dia tengok senyuman itu pun dia sudah tahu.

"payah betul bila member mabuk bercinta tak ingat dunia ni dekat gelanggang pun nak bercinta"kata Iman sambil menggeleng kepala.

"eh korang nak tahu satu cerita gempak tak?"tanya Ameer sambil menjongket kening. Hariz disebelah Ameer terus memandang ke arah Ameer dengan pelik. Apa pula yang Ameer nak cerita ini. Dia mula rasa tidak sedap hati. Ameer ini bukan boleh kira sangat perangai dia tu.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now