SETIBANYA mereka di banglo kediaman Syed Azrief ramai kereta di luar rumah sehingga Syed Azrief memarkir keretanya di luar rumah kerana tidak boleh memarkir kereta di dalam garaj kerana penuh kereta di dalam garaj. Kereta kakaknya juga diparking di luar.
"ramainya yang datang"kata Ayra Amani sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta.
"itulah nak buat kenduri ke apa"kata Syed Azrief mendatar. Dia mengeluarkan makanan yang mereka beli dari bazar ramadhan sebelum ke rumah keluarganya.
"eh dah sampai"kata Sharifah Alisha kepada mereka berdua. Ayra Amani terus menyalami tangan kakak iparnya itu.
"ramainya datang"kata Syed Azrief kepada Sharifah Alisha. Memandang banyak kereta di halaman rumah mereka dia tertanya berapa ramaikah adik-beradik Datin Suraya yang datang.
"semua adik-beradik mama datang. Paksu pun datang pergi lah jumpa Paksu tu baru je balik dari Sydney"kata Sharifah Alisha kepada Syed Azrief.
Paksu mereka itu berumur 30 tahun yang baru sahaja selesai belajar di Australia. Syed Azrief memang rapat dengan paksu mereka itu dari kecil lagi Paksu mereka itulah yang menjaga Syed Azrief menghantar dan mengambil Syed Azrief di sekolah jika Datin Suraya ada hal di luar.
"sebelum tu pergi beli ais dulu. Mama memang suruh aku tapi dah alang-alang kau pun dah sampai apa kata kau je yang pergi beli ais"kata Sharifah Alisha sambil tersengih. Dia memang cukup malas mahu keluar membeli ais tapi nasibnya baik kerana sewaktu dia mahu keluar adiknya pun sampai.
"malas lah kau jelah pergi beli ais"kata Syed Azrief tidak mahu. Orang baru je sampai dah suruh orang ke sana ke sini.
"ish pergi jelah ambil kunci motor ni pergi beli"suruh Sharifah Alisha tanpa melihat wajah adiknya yang sudah berubah itu. Yang dia tahu dia lepas dari pergi ke kedai.
"suka hati dia je mengarah aku mama suruh kau kan"kata Syed Azrief dengan nada tidak puas hati.
"memang pun tapi aku suruh kau jadi itu tugas kau sekarang. Jom Ayra kita masuk"ajak Sharifah Alisha lalu lengan adik iparnya dipaut.
"eh kejap-kejap ni bawa semua makanan ni masuk dalam takkan aku nak bawa makanan ni pergi kedai pula"kata Syed Azrief lalu makanan yang dipegang olehnya dihulur kepada Sharifah Alisha dengan muka tidak bersalah siapa suruh cari pasal dulu kan.
"eee aku lah budak ada juga kena debik"kata Sharifah Alisha sambil merengus geram.
"cau"kata Syed Azrief lalu dia melangkah ke garaj untuk mengeluarkan motosikalnya. Sebenarnya motosikalnya ada dua tetapi dia hanya membawa satu motosikal sahaja ke rumah baharu mereka kalau bawa dua-dua nanti susah kalau datang ke rumah keluarganya dia tiada motosikal untuk keluar.
"buruknya perangai suami kamu tu Ayra"kata Sharifah Alisha yang memandang adiknya kecil besar.
Ayra Amani hanya tersenyum. Marah-marah pun ikut juga cakap si kakak. Dia tahu Syed Azrief dan Sharifah Alisha ini hanya bergaduh manja sahaja bukan bergaduh betul-betul pun. Tapi cara mereka itu yang menampakkan mereka seperti bergaduh betul. Biasalah adik-beradik kalau tidak gaduh tidak sah.
"jom kita masuk kita siapkan apa yang patut"ajak Sharifah Alisha lalu lengan adik iparnya ditarik mengikuti masuk ke dalam.
"NANTI kamu raya dimana dulu? Di kampung Ayra dekat Penang ke?"tanya Datin Suraya kepada anak dan menantunya yang sedang menyuap dadih ke dalam mulut.
Syed Azrief pandang ke arah Ayra Amani dan Ayra Amani juga memandang ke arah Syed Azrief. Sebenarnya mereka berdua tidak berfikir lagi mahu raya pertama dimana. Mereka berdua okay sahaja raya dimana pun.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...