BAB 67

4.2K 175 27
                                    

AYRA Amani keluar dari bilik sebaik sahaja dia bangun dari tidur. Lepas sahaja solat subuh dia terus tidur sehingga pada pukul 2 petang. Mandi pun belum kerana dia ketiduran sampai lewat petang. Tidak tahu kenapa dia boleh ketiduran yang agak lama seperti itu. Rumah yang sunyi membuatkan Ayra Amani tertanya-tanya dimanakah lelaki itu?

Perlahan-lahan dia menuruni tangga. Dia memandang sekeliling. Ruang tamu kosong dan dia terus melangkah ke garaj kereta. Melihat kereta Syed Azrief sudah tiada di garaj itu bermakna Syed Azrief keluar. Ikut suka dia lah nak kemana pun dia sudah tidak kisah dia dah tawar hati dengan Syed Azrief ini.

Lagi dia suka kalau Syed Azrief tiada di rumah. Dia boleh buat apa yang dia suka kalau Syed Azrief ada perbuatan dia di rumah agak terbatas. Tambahan pula sekarang mereka tengah berperang dunia.

"aku nak buat apa eh bosan betul"kata Ayra Amani sambil meletakkan tangannya di dagu.

"tengok netflix lagi bagus"kata Ayra Amani lalu dia terus melangkah ke sofa. Remote televisyen di on kan.

Sekarang cerita di netflix agak seronok. Dia pun sudah lama tidak menonton drama di netflix kerana sekarang ini netflix Syed Azrief yang banyak gunakan. Bila dia nak tengok Syed Azrief akan mengganggunya. Sekarang ini tiba lah masanya giliran dia pula untuk menonton netflix dengan tenang.

Seronok menonton netflix telefon di sofa sebelahnya berbunyi tanda ada mesej baru. Cepat-cepat dia mencapai padahal matanya masih menatap ke arah televisyen yang menayangkan movie After We Fell. Cerita ini okay lagi dari cerita 365 days Syed Azrief ini. Cerita sungguh menggelikan. Syed Azrief memang gatal cerita begitu agak dia menonton memang tidak lah dia nak tengok lagi-lagi bersama Syed Azrief.

Rania

Macam mana kalau buka puasa nanti dia berbuka sama-sama dekat luar?

Melissa

Boleh juga dah lama tak berbuka dekat luar

Rania

Ayra macam mana nak tak berbuka dekat luar? Atau kau dengan Azrief ada plan nak berbuka sama-sama?

Ayra
Aku okay je. Nak berbuka dekat mana?

Rania

Ingat nak ajak berbuka dekat IOI City Mall kita makan Black Canyon tak pun Chicken Rice Shop ke okay tak?

Melissa

Okay aku setuju je kau Ayra?

Ayra

Aku pun okay je nak gerak pukul berapa?

Rania

Dalam 5 lebih ke keluar lah nanti lambat jammed pula kan jalan. Naik grab dari tempat masing-masing ye sekian.

Ayra Amani terus menutup telefonnya. Sudah lama dia tidak berbuka puasa bersama kawan-kawannya memandangkan Rania dan Melissa adalah kawan barunya ini kali pertama mereka akan berbuka puasa bersama. Tiba-tiba dia terfikirkan Syed Azrief. Boleh ke keluar rumah tanpa memberitahu lelaki itu? Sedangkan lelaki itu pun keluar tak ada cakap pun dengannya.

"ish lantak lah dia pun boleh buat ikut suka kenapa aku tak boleh"kata Ayra Amani sendiri sambil mengangguk kepala beberapa kali tanda setuju dengan katanya sendiri.

"baik aku naik cari baju lepastu iron nanti nak keluar tak adalah kalut sangat kan"kata Ayra Amani lalu dia terus mencapai remote dan menekan button off pada televisyen.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now