MEREKA singgah makan di Chicken Rice Shop. Ada beberapa mata sedang memandang ke arah mereka berdua. Ayra Amani pelik apabila ada beberapa orang sedang mengerling ke arah mereka berdua.
"weh asal diorang pandang kita?"tanya Ayra Amani berbisik.
"sebab kau pakai baju sekolah kot"jawab Syed Azrief selamba. Tangannya masih bermain dengan handphone tanpa memandang sekeliling.
"kau lah ni heret aku ke sini dengan pakai baju sekolah"kata Ayra Amani tidak puas hati.
"kalau aku tak bawa makan nanti kebulur pula orang tu kan tak pandai masak"perli Syed Azrief tanpa memandang ke arah Ayra Amani dihadapannya.
Terus Ayra Amani memeluk tubuh tanda merajuk. Terasa hatinya apabila Syed Azrief berkata begitu. Tahu lah dia tidak pandai masak tapi tak payah lah ulang banyak kali.
Hampir 10 minit menunggu makanan yang dipesan sudah sampai. Bersinar mata Ayra Amani memandang makanan yang baru sampai itu. Hanya mereka berdua yang makan tetapi makanan boleh tahan banyak itu semua atas sifat ketamakkan Syed Azrief memesan tanpa mimikirkan yang mereka sahaja yang akan makan.
"makan lah tengok apa kenyang ke kalau tengok je"perli Syed Azrief. Sudu dan garpu diambil dan terus menyuap nasi ke dalam mulut.
"nak makan lah ni tu pun nak marah"kata Ayra Amani sambil memuncungkan bibirnya.
Syed Azrief hanya menggeleng kepala. Dia memandang Ayra Amani yang sedang menyuap makanan ke dala mulut sungguh sopan gadis itu makan diluar kalau di dalam rumah jangan harap lah nak makan sopan macam ni.
"kenyang ke kalau tengok aku yang cantik ni?"kata Ayra Amani banyak.
"siapa kau? jangan nak perasan sangat lah ayam depan aku ni lagi cantik"kata Syed Azrief mendatar.
"tengok orang tak nak mengaku"kata Ayra Amani sambil ketawa kecil.
"gelak apa makan lah kalau tak nak aku makan sorang"kata Syed Azrief berura-ura menarik pinggan Ayra Amani.
Terus Ayra Amani menampar tangan Syed Azrief dengan muka marah. Benda lain kalau nak ambil boleh tapi bukan makanan milik dia. Semua perempuan akan berperangai sepertinya kalau makanan miliknya diambil orang.
"tahu takut"kata Syed Azrief sambil tersenyum sinis.
Ayra Amani hanya menjeling ke arah Syed Azrief. Berani ambil dia punya tahu lah apa dia nak buat nanti. Sebab makanan pun boleh ajak bergaduh tahu tak.
SELESAI sahaja makan Ayra Amani menunggu Syed Azrief keluar daripada tandas. Sudah 10 minit dia menunggu Syed Azrief tiba. Dia tidak tahu kenapa Syed Azrief berlama-lama di dalam tandas kalau dia berlama-lama mahu bising lelaki itu kalau lelaki itu lama di dalam tandas keluar dengan muka selamba seperti tidak bersalah.
"lama ke tunggu?"tanya Syed Azrief dibelakang Ayra Amani.
"dah 10 minit!"kata Ayra Amani sambil menjeling ke arah Syed Azrief.
"aku sakit perut lah"kata Syed Azrief perlahan. Sebaik sahaja sampai tandas terus perutnya memulas padahal dia mahu ke tandas kerana ingin membuang air kecil sahaja.
"tamak lagi"kata Ayra Amani selamba.
"kepala hotak kau dah sakit perut nak buat macam mana"kata Syed Azrief. Tangannya selamba menarik tudung belakang Ayra Amani.
"Azrief! jangan main tarik tudung boleh tak bercabut bekas jahit ni nanti"marah Ayra Amani. Tangannya naik membetulkan tudung yang sedikit senget.
"tulah jadi perempuan sampai tak tahu buat kerja rumah"perli Syed Azrief selamba lalu dia berjalan ke hadapan terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomantizmSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...