Hari ini, seperti biasa Irdina menjalankan tugasnya, morning round di wad. Bezanya kali ini, tiada gurauan dan pujian diri sendiri dari Nazran.
Pada pagi ini, moodnya sudah hilang kerana tiada usikan dari Nazran. Rindulah tu!
Hani yang melihat keadaan Irdina yang hanya termenung sahaja. Dia pelik kenapa Irdina termenung mengalahkan rindu seseorang. Hani memasukkan tangannya di dalam poket white coat.
Kenapalah dengan Dina ni? Termenung je. Macam tak ada mood nak kerja. Ke rindu Nazran? Hmm....
Monolog Hani dalam hati. Oh ya, Nazran! Adalah topik yang sesuai aku nak aku bahan Dina.Hani menuju ke bilik Irdina. Dia membuka pintu lalu duduk dihadapan Irdina.
"Termenung jauh nampak ," kata Hani.
Irdina tersedar dari meneglamunnya. Dia memusingkan kerusi menghadap Hani.
"Aku tak ada moodlah," kata Irdina.
"Hebat betul eh penangan dr. Nazran." Kata Hani. Irdina memandang pelik ke arah Hani.
"Kenapa pulak?"
"Kau pun tahulah yang dia ada seminar dekat Seremban."
"So, apa kena mengenanya?"
"Kena mengenanya di sini, kau rindu dia. Termenung mengalahkan rindu orang kau ni."
"Rindu dia? No. Aku tak rindu dia dan aku takkan rindu dia. Lagipun aku tak ada perasaan pun dekat dia."
"Yes, Irdina. You miss him. Aku dapat tengok dari mata kau sendiri. Aku tengok kau dah lain. Tak macam dulu yang happy go lucky person, muka ketat bila kena bahan dengan dr. Nazran. You changed!"
"Okay. Honestly aku cakap, yang aku rindukan gurauan dia. Dia tak ada sunyi pulak hospital ni."
"Well, my guess is right. Dah berapa lama kau simpan perasaan dekat dia?" Usik Hani.
"Aku cakap yang aku rindukan gurauan dia, bukan tuan punya badan."
"Samalah tu. Kalau tak ada tuan punya badan macam mana datangnya gurauan dia, kan?"
"Whatever," kata Irdina. Malas Irdina mahu mendengar apa yang Hani katakan.
"Okaylah. Aku ada appoiment dengan patient. Kau sambunglah termenung kau tu." Kata Hani.
Hani meminta diri. Dia keluar dari bilik kerja Irdina.
Irdina mengeluh. Teringat apa yang Hani katakan. Dia rasa keliru sama ada dia rindukan gurauan Nazran atau Nazran. Teringat chat whatsapp yang dia terima dari Nazran. Iphonenya dibuka lalu aplikasi whatsapp disentuh.
Okay.
Okay je?
Yelah. Takkan saya nak cakap good luck, i gonna miss you. I'm not your girlfriend.
Aku expect macam tulah. Tapi tak apalah, siapalah aku ni dekat mata kau:(
Okaylah dr. Saya nak tidur.
Okay. Mimpikan aku tau.
Daripada saya mimpikan dr. lebih baik saya mimpikan lelaki yang datang melamar saya.
Aku harap orang yang mimpikan itu, akulah ;)
Tanpa Irdina sedar, dia mengukir senyuman. Senyuman bahagia yang diukir dengan penuh keikhlasan dari hatinya. Rasa bahagia bila baca perbualan whatsapp.
Haih indahnya dunia.
~~~
Iskandar yang meneliti fail pesakit di kaunter jururawat terbantut apabila melihat Irdina yang berjalan tersenyum bahagia. Tadi, Hani bagitahu yang Irdina rindukan Nazran. Dah terubat sikit kot rindu dia pada Nazran. Hebat jugak eh penangan Nazran ni. Dia pergi ke arah Irdina."Haih, tersenyum nampak," tegur Iskandar.
"Eh dr. Iskandar. Buat apa dekat sini?" Soal Irdina.
"Saya yang patut tanya Dina. Buat apa dekat sini? Jalan sambil senyum lagi. Tak rindu dekat Nazran ke?" Soal Iskandar.
"Saja jalan dekat sini. By the way,ni mesti kerja Hani, kan dr ?" Soal Irdina.
"Yup. Awak tak payahlah nak marah dia. Nazran ni, buat anak dara orang sampai tersenyum eh," kata Iskandar.
"Dr. jangan salah anggap eh. Saya dengan dr. Nazran hanya 'kawan'," sengaja ditekan 'kawan'. Nak sedarkan Iskandar yangmenanggap dirinya menaruh harapan kepada kawannya.
"Macam mana kalau 'kawan' tukar jadi 'suami'?" Soal Iskandar.
Suami? Sorry eh. Dr. Nazran yang jadi suami aku! I kenot brain this.
"Okaylah dr. Waktu lunch pun dah mula. Saya nak pergi lunch. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum," Irdina memberi salam.
"Waalaikummussalam," Iskandar menjawab.
Mereka bersurai di situ.
~~~
Nazran baru keluar dari kereta disambut oleh Datin Najihah. Nazran mengambil beg sandang di bonet keretanya."Mama ni. Macam tahu-tahu je yang Nazran balik time ni," kata Nazran.
"Mestilah. Naluri seorang ibu ni kuat tau," kata Datin Najihah.
"Jomlah masuk. Dah nak senja ni," kata Datin Najihah.
Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah agam itu. Mereka menuju ke ruang tamu.
"How's your day? Is everything okay?" Soal Datin Najihah.
"Okay, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar." Kata Nazran.
"Okaylah kalau macam tu. Naz mandi, solat dulu, lepastu turun bawah makan." Arah Datin Najihah.
"Okay ma." Kata Nazran.
Nazran menyandang begnya menaiki tangga untuk ke tingkat seterusnya. Dia menuju ke biliknya. Dia menghempaskan badannya ke katil yang empuk. Badannya terasa letih. Penat sungguh!
Dia mengambil iphonenya lalu membuka aplikasi whatsapp. Dia melihat photo profile whatsapp Irdina. Dia teringat segala gurauan yang telah dia lontarkan kepada Irdina. Dia tergelak sendiri.
Lima minit dia merenung gambar Irdina, baru dia teringat yang Datin Najihah mandi dan solat. Dia segera melakukan apa yang disuruh oleh Datin Najihah.
~~~
Nazran berjalan ke arah ruangan meja makan. Dia melihat hidangan yang disediakan oleh Mak Munah. Terdapat banyak lauk tetapi yang menjadi tumpuan utamanya ialah ayam masak merah. Heaven!
"Haih. Tengok je ke?" Soal Datin Najihah.
Nazran tersengih dengan soalan dari mamanya. Dia mengambil tempat dan duduk. Dato' Azhar menegur Nazran yang telan liur disebabkan melihat makanan.
"Eh, Naz. Balik kerja awal ke? Kalau tak sebelum pukul 10:00 memang tak nampaklah kelibat kamu," kata Dato' Azhar.
"Hari ni Naz ada seminar dekat Seremban. Habis satu hari. Seremban dengan Shah Alam bukannya jauh pun." Kata Nazran.
"Jom makan." Kata Datin Najihah.
Datin Najihah menceduk nasi untuk suaminya dan anaknya. Nazran yang terlebih dahulu mengambil lauk ayam masak merah. Dia menceduk ayam bahagian drumstick serta kuahnya. Dia membaca doa lalu terus menyuap nasi ke dalam mulut.
"Amboi Naz. Macam tak pernah makan," Perli Datin Najihah.
Nazran tersengih.
"Apa kata Naz kahwin? Lagipun kalau Naz kahwin, isteri Naz boleh masakkan ayam masak merah Naz hari-hari. Tak laratlah mama masak ayam masak merah je hari-hari," kata Datin Najihah.
Nazran tersedak! Dia mengambil air di sebelah pinggannya lalu meminum air tersebut. Beberapa kali dia batuk. Mama ni, kenapa bangkitkan hal kahwin pulak!
"Kamu okay tak?" Prihatin Datin Najihah.
"Okay ma." Jawab Nazran.
~~~
Datin Najihah dah start tanya pasal kahwin ni. So what's next? Kalau nak tahu, stay tuned for more chapter. Keep support and vote!
YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
RomansaIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...