Sudah seminggu Dato' Azhar terbaring. Bagaikan mayat hidup. Dengan terpaksa untuk memakai mesin bantuan alat pernafasan dan cardiac monitor yang sentiasa berbunyi. Terdapat bacaan respirasi, nadi, kepekatan oksigen dalam darah dan sebagainya.
Nazran, Datin najihah, Irdina, Naurah dan Aqil berkerumun di katil pesakit. Mereka melihat seorang yang seolah-olah tidak bernyawa. Nazran lagi tidak percaya papanya yang dahulunya sihat walafiat kini terlantar di hospital. Dia berasa hairan. Apabila ditanya oleh Iskandar, diagnosis yang diklasifikasikan daripada simptom yang dilalui oleh Dato' Azhar tidak tepat. Namun, Iskandar masih mencari apakah diagnosis yang tepat.
Irdina pula kesian melihat bapa mertuanya itu. Dia turut berasa simpati ke atas keluarga menrtuanya terutama sekali Nazran. Nazran antara orang yang rapat dengan papanya.
Datin Najihah pula tabah menghadapi dugaan ini. Tipulah kalau Datin Najihah tidak sedih dengan keadaan suaminya. Tetapi, dia tetap berdoa supaya suaminya sedar.
Irdina perhati mesin cardiac monitor itu. Garisan tinggi dan rendah menunjukkan nadi. Irdina berasa tidak sedap hati. Irdina perhati lagi mesin itu.
Tik tik tik tiiiiiiiiiiiiii.
Bunyi mesin cardiac monitor itu berbunyi seperti kadar degupan jantung rendah. Secara drastik, Nazran menekan butang kecemasan yang berada di suis.Dua orang doktor dan seorang jururawat datang menuju ke pesakit itu. Terus jururawat itu menyuruh waris pesakit keluar dari wad itu.
Mereka hanya mampu bertawakkal sahaja pada masa itu. Mereka hanya duduk di kerusi yang disediakan.
"Asytole!"
"No pulse!"
"CPR now!" Nazran terdengar bunyi jeritan Iskandar yang membuatkan hatinya semakin risau.
Iskandar menekan-nekan dada Dato' Azhar. Hampir 30 minit dia lakukan.
"Let me take over." Kata seorang doktor itu. Dia pun duduk di atas katil lalu menekan dada pesakitnya.
Iskandar memeriksa nadi di leher pesakit. Dia tidak rasa apa-apa pun. Lalu dia mengambil alih untuk melakukan CPR.
Hampir 20 minit dia menekan dada pesakit itu. Iskandar dan rakan sekerjanya pun sudah penat. Habis peluh membasahi tubuh. Iskandar menilik jam.
"It's already 50 minute we did CPR."
"Lagipun tak elok kita sekat pemergiannya." Kata seorang doktor itu. Iskandar mengagguk.
"Time of death 2030." Ucap Iskandar.
Kedangaran suara Iskandar sudah merisaukan lagi Nazran. Nazran terus masuk ke dalam setelah kesabarannya hilang. Dia masuk dan terus ke arah Iskandar.
"Apa kau ni? Takkan nak give up macam tu je!" Soal Nazran dengan marah. Lalu dia naik ke atas katil dan melakukan CPR. Dia menekan dada Dato' Azhar. Peluhnya membasahi mukanya.
Irdina masuk terus menuju ke arah Nazran. Dia melihat apa yang terjadi itu buat dia rasa terkesan. Irdina terus menghalang Nazran untuk memperlakukan sebegitu terhadap papanya.
"Abang." Kata Irdina. Nazran masih lagi melakukan prosedur CPR tersebut.
"Abang."
"Abang! Stop abang! Papa dah tak ada. Dia dah meninggal!" Tengking Irdina. Niatnya cuma mahu buat Nazran tersedar.
Tangan Nazran yang menekan itu terus berhenti apabila mendengar kenyataan itu. Dia turun di katilnya. Dia bagaikan orang bisu yang melihat sekujur tubuh di hadapan matanya sendiri. Sungguh dia tidak percaya akan apa yang terjadi sekarang ini.
~~~
Kedengaran suara orang ramai membacakan surah Yassin. Datin Najihah tidak menahan sebak terus mengalir deras air matanya. Begitu juga dengan Naurah. Irdina sebak tetapi dia masih boleh menahan lagi.Nazran melihat susuk tubuh yang tidak bernyawa terbaring di tilam. Semasa memandikan jenazah, Nazran lah orang yang utama berada di situ. Dialah yang memandikan arwah Dato' Azhar. Dia juga berhasrat untuk mengimamkan solat jenazah.
Irdina melihat suasana yang hanya kedengaran surah Yassin sahaja. Dia pun tidak menjangkakan hal ini berlaku secepat mungkin. Selepas sahaja insiden Nazran menyambung CPR itu, terus Nazran tidak becakap dengan sesiapa pun termasuk keluarganya, sahabatnya, mahupun orang luar.
Selepas membaca surah Yassin, beberapa orang lelaki menguruskan saf dan kedudukan jenazah untuk melaksanakan solat jenazah. Solat jenazah itu diketuai oleh Nazran.
Benarlah, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan setiap yang mati sudah rasa bernyawa. Tidak kira umur tua atau muda. Sedangkan semasa di dalam kandungan pun boleh gugur. Waktu sahaja dirahsiakan. Perkara itu terjadi tidak cepat dan tidak lambat. Semuanya atas aturan Allah. Siapa kita untuk mengelak daripada menjemput oleh malaikat maut? Semua itu kerja Tuhan.
~~~
Selesai pengebumian, Nazran baring di biliknya. Dia tenung siling dan kipas yang berputar. Di fikirannya, masih terbayang kenangan-kenangan yang indah antara mereka. Hilang papa adalah satu perkara yang tidak dapat diungkapkan.Mahu sahaja dia membalas jasa papanya yang banyak berjasa pada dirinya. Tetapi, apakan daya apabila papa pergi dulu daripada aku.
Dia melihat Irdina menatang dulang. Terletak di atas dulang itu ialah sepinggan nasi dan lauk dan secawan air. Irdina meletakkan dulang itu di meja. Kemudian, dia duduk di hadapan lelaki itu.
"I'm so sorry." Ucap Irdina.
Diam.
"Sayang tahu sayang buat salah."
Diam.
"Sayang terpaksa tinggikan suara untuk sedarkan abang yang papa dah tak ada."
Diam.
"Abang, Dina terpaksa derhaka dekat abang untuk abang sedar. Itu je niat Dina." Irdina tertunduk rasa bersalah.
"Abang tak salahkan sayang pun. Lagipun abang bersyukur yqng sayang sedarkan abang." Ucap Nazran.
"So, abang maafkan Dina?" Nazran mengangguk tanda ya.
"Kalau macam tu, jom kita makan." Ajak Irdina.
"Tak apalah. Dina je makan. Abang dah kenyanglah." Kata Nazran.
"Abang makan apa sampai kenyang. Makan angin? Abang , dari semalam lagi abang tak makan apa-apa. Abang, please. Kalau sebak sangat pun, janganlah sampai abaikan kesihatan." Nasihat Irdina.
Nazran terdiam. Dia tak ada selera. Mana taknya, dalam fikirannya cuma berfikir tentang Dato' Azhar. Itu punca dia tidak ada selera.
"Dina tak rasa apa yang abang rasa." Ucapnya.
"Ya, Dina tahu. Perpisahan tu sakit. Tapi, itulah lumrah kita sebagai manusia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Abang kena redha pemergian papa." Nasihat Irdina.
"27 tahun abang hidup, papa lah yang bagi sokongan dekat abang tak kira apa abang minat. Walaupun dia nak abang ganti tempat dia tapi dia tetap sokong abang. Abang lebih minat course medical daripada buisness. Abang nak capai jugak cita-cita abang. Abang ada impian sendiri. Abang nak papa tengok abang graduate as consultant ortopedik. Tapi tak kesampaian." Luah Nazran.
"Abang nak balas jasa papa." Sambung Nazran lagi.
"Dina faham tapi abang janganlah macam ni. Sampai kesihatan abang terabai. Kita makan eh?" Pujuk Irdina.
Nazran angguk. Irdina tersenyum lalu dia mengambil makanan di atas meja tersebut. Selesai membaca doa, Irdina menyuap Nazran. Maklumlah, orang tak ada selera memang mengada-ada. Tapi nak suruh makan punya pasal dia tetap lakukannya. Lagipun bukan sesiapa, suaminya, Nazran.
YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
RomanceIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...