"Irdina." Itu yang keluar dari bibir Nazran.
"Nazran." Buat julung kalinya, Nazran mendengar namanya yang dipanggil oleh Irdina, isteri tercintanya.
Setelah lima tahun tidak bersua, hari ini menjadi sejarah apabila mereka bertentang mata semula. Dunia bagaikan berhenti berputar. Irdina bagaikan patung yang menghiasi di jalan raya itu.
~~~
Irdina melihat Aira yang sedang makan kek dibiarkan berseorangan tanpa ditemani. Ditenung wajah Aira itu. Tidak ubah seperti Nazran. Hatinya kini bercelaru.Muncul Nazran di hadapannya. Irdina tersentak lalu terkejut melihat lelaki itu. Hampir lima tahun tidak bersua, dia datang mesti dengan agenda dia untuk ceraikan aku.
"What are you doing here?" Soal Irdina dengan kasar.
"Abang cuma nak jumpa dengan anak dan isteri abang." Kata Nazran dengan selamba.
Hey, apa kena dengan kau ni? After five years, kau nak jumpa aku? Hah?
"Rasa kelakar pulak statement awak tu. Nak jumpa anak dan isteri yang selama ni awak buang dia dalam hidup awak? Dari dulu lagikan, dari anak saya ada dalam rahim saya, awak dah anggap dia jahat walaupun dia tak bersalah." Sakarstik betul bunyinya.
Nazran diam. Dia tidak menafikan perkara itu. Ya, memang dia yang buang Irdina dalam hidupnya. Tetapi dia sudah menyesal dan sedar yang dia masih perlukan Irdina untuk dia hidup.
"Kenapa diam? Nazran yang saya kenal pandai berdebat tau."
"Sayang, tu semua cerita lama. Dan abang dah tahu yang sayang bukan pelaku. Sayang cuma mangsa keadaan. Tolong, tolong maafkan abang dan kita bina hidup bersama."
"Kalau awak dengar kata saya lima tahun lepas, saya mungkin akan pertimbangkan tapi kalau awak baru kata yang itu semua fitnah selepas lima tahun, saya takkan terima. Buat pengetahuan awak, saya expect yang awak akan failkan penceraian kita. Lima tahun saya tunggu, saya tak pernah dapat surat lawyer. So, sekarang ni awak datang nak ceraikan saya, kan?"
"Dina. I won't divorce you. Never and ever."
Irdina senyum sinis.
"Sampai bila awak nak saya berikat tak bertali? Sampai saya mati?"
"Abang takkan ceraikan Dina."
"Too much, Nazran. Lima tahun saya tunggu dan ini yang awak bagi dekat saya. Awak memang dah melampau." Irdina menuju ke tangga.
Tangan Irdina dihalang oleh Nazran. Nazran menghalang Irdina daripada naik ke atas. Perbincangannya tidak habis lagi.
"What do you want from me?"
"Abang minta maaf." Ucap Nazran dengan ikhlas.
Irdina tidak mengendahkan kata-kata maaf itu sebaliknya dia hanya naik menuju ke biliknya. Cepat-cepat dia kunci biliknya. Dia bersandar di belakang pintunya.
Air matanya sudah bergelingan. Apakah kesudahan hidupnya? Hanya dengan terikat tak bertali? Ataupun menjadi isteri di atas kertas?
"Ya Allah, sesungguhnya aku tak kuat untuk berdepan dengan si dia. Aku tak mampu untuk menerima segala ini dalam jangka masa yang sementara. Aku takut dengan peristiwa itu, Ya Allah. Aku takut. Kau kuatkanlah aku untuk menghadapi ujian ini." Doanya.
"Nazran, kenapa kau datang balik? Apa yang kau nak?" Tersedu-sedan dia berkata seorang diri.
Laju air matanya mengalir. Dia hanya mampu bersandar dan tidak berdaya untuk keluar dari bilik itu setelah dia gunakan untuk mengisi kekuatan.
~~~
"Entah anak siapa yang kau kandungkan. Lepastu suruh aku bertanggungjawab. Itu rancangan kau kan?"Nazran segera memandang Aira yang sedang makan kek. Risau pula dia apabila melihat Aira terabai. Jadi dia mahu menemaninya.
YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
RomanceIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...