Pen dimainkan oleh jari-jemarinya. Dokumen hanya sebagai objek untuk ditenung mencari idea. Mencari idea dimanakah lagi tempat untuk mencari isterinya.
Atas kekhilafannya, dia menghalau isterinya dengan rasa tidak bersalah dan tidak bawa bincang pun. Sungguh, dia alpa dan lalai dalam keadaan begitu.
Dia menjadi seperti itu disebabkan trauma yang dihadapinya olehnya bersama dengan Maya memberi impak yang besar di dalam hidupnya.
Sesekali, dia melihat wajah isterinya yang berada di atas meja. Bingkai gambar itu diambil. Gambarnya bersama Irdina di majlis perkahwinan mereka.
"Sayang pergi mana? Kenapa sayang pergi jauh sangat dari abang?" Soalnya seorang diri.
Kenapa sayang pergi jauh dari abang? Padahal jawapan tu ada pada diri kau Nazran. Kau yang halau dia. Dua kali Nazran, dua kali kau halau dia.
Ketukan pintu mematikan lamunan Nazran. Pantas, dia membetulkan kedudukannya di kerusi empuk itu.
Laungan masuk diberi tanda mendapat izin daripada pemilik bilik itu. Figura manusia itu. Dia kenal sangat.
Abang iparnya.
Izhar melangkah duduk di hadapan Nazran. Tangan mereka bersatu berjabat.
"Sihat?" Soal Izhar prihatin.
"As you see. Macam nilah." Mereka tersengih. Nazran membuka kaca mata lalu meletakkan di atas meja.
"Abang Iz sihat ke?"
"Macam nilah. Jadi bapak kepada tiga orang anak ni susah wey." Rungut Izhar.
Izhar sudah mempunyai tiga orang anak. Raisya, Zaharah dan Haiqal. Alhamdulillah, dua orang perempuan dan seorang lelaki. Makin bertambahlah ahli keluarga Encik Adam dan Puan Iffah.
"Rezeki anak. Bukan macam saya, isteri pun dah lari." Keluh Nazran.
"Sampai sekarang kau tak jumpa dia lagi?" Nazran hanya menggeleng.
"Belum ada rezeki nak bersua muka."
"Aku ada jugak try cari Dina. Tapi, susah jugaklah. Kali ni, dia memang bawak diri. Memang merajuk teruk."
"Ibu pun dah buang dia sebagai anak. Aku tak tahulah macam mana nak pujuk ibu tu. Atas apa yang terjadi, ibu tak dapat nak terima kenyataan." Sambung Izhar.
"By the way, kenapa abang Iz datang sini?" Sengaja Nazran mahu menukar topik. Dia mahu menaikkan mood mereka yang bersemangat.
"Saja tengok kau. Anak buah kau tu meminta nak kau tengok dia orang. Rindu uncle Nazran lah katakan." Usik Izhar.
Nazran akan mengisi masa kosongnya dengan melawat anak saudaranya. Baginya, anak saudaranya seperti anak kandungnya. Jadi, hubungan mereka tu tak perlu cakap. Memang rapat.
"Nanti saya datang. Minggu ni busy sikit." Kata Nazran.
Bunyi ringtones i phone Nazran berkumandang. Nazran melihat siapakah yang membuat panggilan. Tertera nama di situ, Maya.
Maya.
~~~
Suasana yang tegang membuatkan Maya gerun. Dihadapannya, Nazran dengan mukanya yang serius dan ditemani Izhar. Disebelah Maya pula, John.Mereka semua diam memandangkan muka Nazran yang serius seperti singa mahu berunding siapa yang dapat daging. Maya segera menunduk malu. Atas perbuatannya lima tahun lepas, dia malu. Malu untuk bersua muka.
"You tak payah nak tunduk malu. I tak ada masa nak tunggu you diam. Cakap je apa yang you nak dari I." Nazran bersuara. Panas pula punggung apabila melihat mereka berdua.

YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
RomansaIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...