"I saw..."
"Irdina."
Iskandar mencari gerangan Irdina di sekumpulan manusia di situ. Ya, dia nampak. Berudung wajah manis sedang bercakap dengan lelaki lain sambil memimpin tangan seorang kanak-kanak.
"Peluang ada depan mata, kau nak buat apa sekarang?" Tanya Iskandar.
Nazran diam memerhati. Dia melihat setiap langkah Irdina. Irdina menuju ke arah lif. Nazran cepat-cepat bangun mengekori Irdina ke lif.
Apabila mereka di tingkat basement, Zariff pun membayar tiket pakir di mesin autopay. Begitu juga dengan Nazran yang beratur di bahagian belakang untuk menanti gilirannya.
Usai membayar kad pakir, Nazran mengekori belakang kereta Zariff. Kali ini, dia betul-betul mahu tahu di mana Irdina duduk dan siapa lelaki dan kanak-kanak perempuan itu.
Is that you, Dina? I miss you so much. Rintihnya di hati.
Itu perasaannya sekarang ini. Cuma 10% terubat sedikit rindunya. Tetapi dia perlu pastikan bahawa wanita itu ialah Irdina, isterinya. Kalau salah orang, malu tujuh keturunan dekat dia.
Hampir ke taman perumahan Zariff 'membawa' Nazran sampai ke sini. Nazran melihat Zariff memakirkan kereta di sebuah rumah untuk menurunkan penumpangnya.
Kelihatan Irdina dan seorang budak perempuan serta beberapa beg kertas. Irdina masuk ke dalam rumahnya.
Nazran yang fokus melihat bayang Irdina itu terganggu fokusnya disebabkan i phonenya menjerit meminta untuk diangkat. Nama Iskandar yang tertera sebelum dia melekapkan i phone itu ke telinganya.
"Yes, that is she." Keluh Nazran.
"Betul ke? Ke kau salah orang?" Iskandar mahukan kepastian.
"Dari segi muka, memang betul dia. Tapi dia bawak seorang budak perempuan yang aku tak tahu siapa? Kau tahu siapa?" Soal Nazran.
"Yang tu, aku tak tahu. Kau cuba siasat dulu." Nasihat Iskandar.
"Yelah. Aku cuba."
"Aku nak pergi sekarang. Bye." Perbualan yang singkat tamat di situ.
Nazran mula memerhati rumah itu. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia meredah rumah itu. Lagipun, dia ada hak sebagai seorang suami untuk masuk ke dalam rumah itu. Tetapi dia tidak mahu berbuat demikian kerana takut tahap kebencian Irdina terhadapnya makin tinggi menggunung. Jadi, dia perlu sabar dan siasat adakah Irdina yang menetap di situ.
~~~
Hari demi hari, sudah dua hari Nazran menjadi sekuriti tak bertauliah di hadapan rumah Irdina. Dari segi perkembangan atau rutin Irdina, dia perhati yang Irdina akan pergi ke rumah sebelahnya setiap pagi untuk menghantar seorang budak kecil ke rumah itu. Mungkin pengasuh budak itu.Irdina juga keluar awal. Memandangkan dia seorang pakar ibu mengandung dan pesakit puan, dia perlu bersedia. Dia dapat tahu pun daripada Iskandar yang memeriksa namanya di laman web.
Jadi, dia pilih untuk menemu bual dengan jiran sebelah rumah Irdina untuk mendapatkan maklumat sebenarnya. Dia turun dari kereta.
Loceng ditekan beberapa kali untuk memanggil tuan rumah. Tidak lama kemudian, tuan rumah itu keluar untuk melihat siapa yang pemanggil itu.
"Ye, cari siapa?" Tanya Nur. Hairan pula dia dibuatnya. Tak pernah pun lelaki seperti ini darang ke rumahnya.
"Tak cari siapa-siapa pun. Cuma nak tanya je." Kata Nazran. Dia perlu kelihatan peramah supaya rancangannya berjalan lancar.
"Sebelum tu encik siapa?" Soal Nur.
"Saya Nazran." Mulut Nur berbentuk o.
"Encik nak tanya apa?" Nur memulakan perbualan.
YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
RomanceIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...