Bab 18

17.6K 551 2
                                        

"Siapa Maya?" Soal Irdina.

"Maya ialah ex-girlfriend  Nazran. Mereka berkenalan di sekolah dulu. Masa tu, mereka sangat rapat sampai ke universiti." Cerita Datin Najihah.

"Nazran memang satu sekolah dengan Maya dulu. Sampai kelas pun sama. Dia orang memang cita-cita nak jadi doktor. Takdir menentukan mereka sama universiti di Ireland dulu. Mereka bercinta semasa mereka belajar satu hari Nazran nak pergi rumah sewa Maya." Sambung Datin Najihah. Dia mengingati kembali apa yang diceritakan oleh Nazran.

Nazran mengatur langkah menuju ke rumah sewa Maya. Bunga yang segar dipegang olehnya. Cadangnya mahu membuat kejutan untuk Maya. Bibirnya mengukir senyuman.

Nazran sudah pun berdiri dihadapan pintu rumah sewa Maya. Dia menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kunci rumah yang diberikan oleh Maya.

Dia membuka pintu. Dia menuju ke pintu bilik Maya. Dia melekapkan telinganya ke arah pintu.

"Sayang. No okay." Suara Maya kedengaran manja membuatkan Nazran naik angin.

"Maya. Bukak pintu ni!" Jerit Nazran. Dia mengetuk pintu itu dengan kuat.

Maya yang mendengar jeritan suara itu terus panik. Dia menyuruh lelaki itu cepat-cepat memakai baju.

Maya membuka pintu. Dia mengukir senyuman palsu. Kecut perut dia apabila melihat muka Nazran yang tegang itu.

Apabila lelaki itu mahu malarikan diri, cepat-cepat Nazran menahan lelaki itu lalu dihadiahkan penumbuk di pipi lelaki itu. Lelaki itu cuba untuk bangun tetapi tangannya dipulas oleh Nazran.

"Hey, Naz. Sudah lah!" Jerit Maya yang cuma mahu meleraikan pergaduhan itu.

"Shut up, Maya. Ni semua salah you! Siapa lelaki ni?" Jari telunjuk Nazran dituding ke arah lelaki itu.

"Dia cuma kawan I." kata Maya.

"Kawan apa sampai you laki ni masuk dalam bilik you?! Sampai bersayang-sayang bagai."

"Naz. Dia cuma kawan I. No more than that. Trust me, okay?"

"Trust you? I rasa percayakan you adalah satu perkara bodoh yang pernah I buat. Dahlah Maya. Kalau dia kawan you, kenapa sampai berdua-duaan dalam bilik?! You buat i hilang kepercayaan dekat you, Maya!" Marah Nazran.

"Sayang dia tolong I buat assignment je. Tu je pun."

"Buat assignment pun sampai dalam bilik? Berdua-duaan? Sudahlah you nak tipu I. Oh ya! Maybe you dah kena sentuh dengan mamat ni, lepastu you nak I bertanggungjawab, kan?"

"Sampai hati you tuduh I macam ni?"

"Maya, I tak tuduh. Inilah benda betul, kan?"

"No! I tak buat pun benda tu."

"Dahlah Maya. From now on, we are over dan jangan ganggu I lagi."

Nazran mencampakkan bunga yang dibeli itu ke arah Maya. Dia menuju ke pintu untuk keluar dari rumah itu. Dia benar-benar tidak percaya apa yang terjadi tadi.

Wanita yang dia sayang, yang dia cinta sanggup memperlakukan sebegitu di hadapannya.

We are over Maya. Kau sanggup curang dengan aku, berdua-duaan dengan jantan lain. Sakit hati aku tengok kau macam tu.

Nazran pergi menuju ke rumah sewanya.
Air matanya jatuh setitis demi setitis disebabkan hanya kerana perempuan.

"Macam tulah cerita dia. Masa tu, Naz down sangat-sangat. Tapi lepas je doktor sahkan yang mama menghidap sakit jantung, Naz mula bangkit dari jatuh hanya untuk mama. Sebabtu mama carikan jodoh untuk Nazran. Dia tu rasa yang perempuan dekat luar sana tu semua serupa dengan Maya." Sambung Datin Najihah.

Mr. Doktor I love youTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang