Bab 7

18.3K 687 8
                                    

Petang tadi, keluarga Irdina sudah mengemas segala-galanya. Segala pinggan, mangkuk sudah dibasuh. Meja dan kerusi sudah disusun. Hanya tinggal pekerja catering sahaja mengambil barang itu.

Malam itu, Encik Adam, Puan Iffah, Irdina, Isya, Izhar dan isterinya, Husna duduk di ruang tamu. Mereka merehatkan diri di situ.

"Ramai betulkan bang yang datang rumah kita tadi." Puan Iffah memulakan perbualan.

"Alhamdulillah. Makanan pun tak membazir. Cukup-cukup je." Kata Encik Adam.

"Ibu ayah, siapa uncle Azhar dengan aunty Najihah? Tak pernah pun Isya tengok dia sebelum ni." Soal Isya.

"Aunty Najihah tu kawan ibu masa sekolah menengah. Classmate ibu dulu," Terang Puan Iffah.

"Uncle Azhar tu pulak client ayah masa ayah kerja dulu," Terang Encik Adam pula. Betullah tekaan Irdina. Macam tahu-tahu je.

"Aunty Najihah tu ada anak lelaki tak?" Soal Isya.

Irdina mencubit lengan Isya. Gatal sangat perempuan ni. Belajar pun tak habis, ada hati nak kahwin!

"Sakitlah kak Dina!" Marah Isya.

"Kau ni gatal sangatlah. Belajar pun tak habis!" Kata Irdina.

"Hish kau orang ni. Dia ada dua orang anak.  Anak dia seorang lelaki dan seorang perempuan," kata Puan Iffah.

"Anak lelaki dia tak kahwin lagi, kan?" Soal Isya.

"Belum lagi. Anak lelaki dia doktor jugak," kata Puan Iffah.

"Eloklah ibu. Sorang doktor, yang sorang lagi doktor. Okaylah tu. Kahwinkan je Dina dengan anak Aunty Najihah tu," sampuk Izhar.

Izhar ialah abang kepada Irdina dan Isya. Dia sudah mendirikan rumah tangga bersama Husna dan mendapat cahaya mata sulungnya iaitu Raisya. Dia bekerja sebagai pilot manakala Husna seorang suri rumah sepenuh masa.

"Apa abang ni! Dina muda lagilah nak kahwin. Lagipun tak sampai dua bulan Dina jadi houseman ship. Terlalu awal untuk kahwin. Dina nak capai impian Dina sebelum Dina kahwin." Marah Irdina.

"Apa salahnya, Dina. Lagipun kalau Dina kahwin dengan dia, dia akan faham kenapa Dina selalu tak ada dekat rumah," kata Izhar.

"Dina terlalu muda dan Dina tak nak kahwin dengan orang yang Dina tak cinta," kata Irdina dengan tegas.

"Dina. Ramai suami isteri sekarang ni nikah tanpa cinta. Bahagia je. Nanti cinta tu akan datang selepas nikah." Kata Izhar.

"Kalau tak bahagia?" Soal Irdina.

"Trust me. Abang dengan kak Husna bahagia je. Kita orang kahwin tanpa cinta then cinta tu datang selepas nikah. Now, we have our sweetheart, Raisya. Orang yang cinta bertahun-tahun tu pun boleh break up. Dina nikah je. After that, cinta tu datang dengan sendiri," ucap Izhar.

Dina buntu. Dia meminta diri untuk masuk ke bilik. Dia melangkahke katilnya. Argh! Kenapa paksa aku kahwin?

Tiba-tiba, bunyi notifikasi berbunyi di i phonenya. Dia membuka lock screen. Seseorang whatsapp dia.

Kau buat apa tu?

Eh! Nazran yang whatsapp aku. Seriuslah.

Tak ada buat apa-apa. Apa mimpi dr. sampai whatsapp saya ni?

Aku whatsapp kau pun tak boleh ke? Kena bayar ke?

Saya cuma curious je. Tiba-tiba je dr. whatsapp saya.

Just inform, aku tak ada dekat hospital sebab aku ada seminar dekat Seremban.

Okay.

Okay je?

Yelah. Takkan saya nak cakap good luck, i gonna miss you. I'm not your girlfriend.

Aku expect macam tulah. Tapi tak apalah, siapalah aku ni dekat mata kau :(

Mamat ni! Nak buat sedih pulak.

Okaylah dr. Saya nak tidur.

Okay. Mimpikan aku tau.

Daripada saya mimpikan dr. lebih baik saya mimpikan seorang lelaki yang datang melamar saya.

Aku harap orang yang mimpikan tu, akulah ;)

Eeeei. Perasannya. Baik aku offline. Padan muka dia tak ada siapa yang nak layan.

~~~
Okay tak this chapter? Saja je nak bagi Dina tu stres. So please vote and wait for new chapter. Kita tengok macam mana Dina kalau tak ada Nazran. Oh ya! Untuk siapa yang tak tahu makna houseman ship. Maknanya doktor pelatih.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now