Pagi yang subuh ini, Nazran mengimamkan Irdina untuk solat subuh. Usai sahaja solat subuh, Irdina terus sambung tidur kerana mereka bersengkang mata semalam.
Kebiasaannya, Irdina akan bangun pagi-pagi lagi untuk menyiapkan sarapan untuk suaminya. Tetapi, disebabkan Nazran kalah main lawan mata, dendanya ialah menyediakan sarapan untuk pagi ini.
Pada pukul 7:55 pagi, Irdina sudah terjaga dari tidurnya. Dia mula mencapai tuala untuk mandi. Setelah menyiapkan dirinya, dia terus keluar untuk mencari kelibat Nazran.
Dia menurun tangga di rumah itu, mencari di ruang tamu, kelibatnya tiada. Di swimming pool, tiada juga. Di dapur, ya di dapur. Dia harus pergi ke dapur.
Dia melangkah masuk ke dapur. Kelihatan seorang yang memakai apron memegang sudip yang sedang mengacau telur di kuali.
Irdina tersenyum. Comelnya suamiku ini!
Pakai apron lagi. Dia menyandarkan dirinya di kabinet dapur sambil memeluk tubuh.Nazran hairan dengan Irdina. Senyum-senyum pulak pagi ni. Dah kenapa? Gila ke?
"Dah kenapa senyum pagi ni?" Soal Nazran.
"Comellah awak ni. Pakai apron and pegang sudip. Lagi-lagi apron tu warna pink. Sweet!" Puji Irdina.
Nazran terkejut. Dia melihat dirinya dari atas ke bawah di cermin yang terletak di ruang tamu. Selepas itu, dia pergi ke dapur lalu membuka apron itu dan disangkut ke tempat penyangkut. Mukanya kelat habis. Dia kembali mengacau telur tadi.
Irdina yang tak henti-henti gelak tadi terhenti apabila dia melihat Nazran bertindak sebegitu. Pelik dan hairan muncul dibenak fikirannya.
"Kenapa awak bukak apron tu? Pakailah balik." Rengek Irdina.
Nazran membuat muka selamba. Dia tidak mahu melayan perangai isterinya itu. Dia meneruskan sahaja mengacau telur itu dan mengangkat setelah telur itu dimasak.
Telur itu diletakkan di dalam mangkuk. Diambil mayonis satu sudu dan mengacau telur dan mayonis itu. Setelah selesai, mereka keluar dari dapur dan menuju meja makan.
"Scramble egg." Kata Nazran.
"Thank you for this breakfast, Naz." Kata Irdina.
"Welcome. Lagipun ni je yang aku boleh buat ni je. Mudah dan sedap." Kata Nazran lagi.
Irdina tersenyum. Kali ini, Nazran berperangai yang baik. Dia tidak kisah sarapannya yang dimasak dengan mudah tetapi dia mahu sarapan itu dimasak dengan ikhlas.
Mereka mengambil roti lalu diletakkan scramble itu sebagai inti. Mereka menikmati makanan yang disediakan oleh Nazran.
~~~
Cuti perkahwinan sudah berlalu. Semingggu mereka meluangkan masa bersama dan menguruskan kehidupan selepas kahwin. Pada hari ini, mereka perlu bertugas di Shah Alam Medical Centre.Irdina sudah pun menyediakan sarapan. Sarapannya mudah tetapi mengenyangkan. Ini sudah menjadi rutin Irdina menyiapkan sarapan sejak berkahwin.
Nazran menurun tangga sambil memegang briefcasenya menuju ke dapur. Dia menarik kerusi untuk duduk tetapi perbuatan tersebut dihalang oleh Irdina.
"Sebelum awak duduk, saya betulkan tie awak. Sengetlah." Kata Irdina.
Nazran mengangguk lalu Irdina membetulkan tie Nazran yang senget. Sedang Irdina fokus membetulkan tie, Nazran mengambil kesempatan untuk menatap wajah Irdina terutama di mata Irdina. Cantik. Matanya bulat, hidungnya mancung dan bibirnya mungil.
Irdina yang selesai membetulkan tie Nazran memandang Nazran yang dari tadi termenung melihat wajahnya.
Irdina berdehem. Lamunan Nazran terhenti. Dia duduk di meja makan dan menjamu makanan yang dihidangkan oleh Irdina.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Doktor I love you
RomanceIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...