Irdina memakirkan kereta di halaman rumah. Hari ini, mood dia mahu masak makanan kegemaran Nazran yang setelah sekian lamanya dia tak masak. Bahan-bahan sudah dibeli di pasaraya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Ambil masa jugak nak beli tadi. Terpaksa beratur disebabkan plastik tidak dijual di pasaraya itu. Terpaksalah membawa satu persatu barang-barang yang telah dibeli oleh pembeli. Nasib Irdina bawa beg kitar semula.
Dia masuk ke dalam banglo itu lalu terus menuju ke dapur untuk meletakkan bahan di situ. Usai meletakkan bahan di dapur, dia beredar lalu menaiki tangga untuk ke biliknya.
Dia mahu solat maghrib memandangkan dia belum sempat lagi solat. Selepas itu, dia mahu membersihkan dirinya daripada peluh yang membasahi tubuhnya. Berlari ke sana-sini membuatkan dia berasa badannya melekit.
~~~
Makanan yang telah disediakan oleh Irdina sudah terhidang di atas meja. Hanya menunggu sang suami pulang ke rumah sahaja untuk menjamu selera.Sudah pukul 8:30 malam tetapi bayang pun tak muncul. Mungkin kerja yang berlambak membuatkan dia balik lambat. Irdina mula bermundar-mandir di pintu.
Langkahnya terhenti apabila terdengar pintu dikuak. Terus dia mengelak dan mengundur ke belakang supaya tidak terkena pintu itu. Ouh, Nazran sudah pulang!
"Sayang buat apa dekat pintu ni?" Soal Nazran. Jarang Irdina berkelakuan pelik sebegini. Duduk di hadapan pintu?
"Tunggu abang baliklah. Sayang dah masakkan your favourite food dah." Sudah terlentok-lentok kepala Irdina di bahu Nazran. Manja!
"Sayang masakkan abang? Jom makan." Ajak Nazran. Baru membuka langkah, Irdina bersuara.
"Dah solat maghrib ke?"
"Dah sayang. Dekat ofis tadi."
"Good. Jom makan. Lapar."
Mereka berjalan beriringan ke meja makan. Briefcase Nazran diletakkan di sofa.
Mereka menghidangkan masakannya kepada Nazran. Nazran mengetuai bacaan doa. Usai doa, mereka mula makan.
Seronok Irdina melihat Nazran makan. Gambaran Nazran makan sama seperti orang yang tak jumpa lauk kegemarannya setahun. Rakusnya mengunyah.
Nazran yang sedang mengunyah itu terhenti apabila melihat Irdina sedang merenung dia. Air di tepi pinggan diambil lalu minum.
"Kenapa sayang tengok abang macam tu?" Nazran bersuara. Lamunan Irdina mati.
"Abang macam tak jumpa nasi setahun je." Perli Irdina.
"Abang tak lunch tadi."
"Hah? Tak lunch? Kenapa abang tak lunch? Abang tahu tak abang tu ada gastrik. Kalau sakit perut macam mana?" Irdina sudah mula membuka mukadimah bebelannya.
"Abang, dahlah sayang masak makanan pedas. Nanti pedih perut tu. Abang nak makan apa? Sayang masak yang lain eh." Sambung Irdina.
"It's okay sayang. Abang okay dengan lauk ni. Sayang pun dah penat-penat masak untuk abang." Ucap Nazran. Tersentuh juga hati Irdina. Rasa dihargai.
"Sayang." Panggil Nazran.
"Ya." Sahut Irdina.
"Abang outstation tiga hari." Selera Irdina sudah mati.
"Dekat mana?"
"Johor." Serba salah Nazran mahu bagitahu Irdina. Irdina tersenyum manis. Mahu menutup rasa kesedihan.
"Sayang tak marah ke? Tersenyum tu nak abang pergi cepatlah tu." Kedengaran suara Nazran seperti merajuk.
"Tak, sayang tak marah. Lagipun sayang faham kerja abang. It's okay. Ni balasan Irdina asyik oncall je kan. Abang sorang dekat rumah. Kali ni abang yang tak ada." Ucap Irdina.
"Sorry sayang. Abang kesian dekat Kak Naurah yang macam mak buyung pergi ke sana sini lepastu nak pergi outstation lagi."
"Sayang faham. Dahlah. Abang sambung makan. Nanti nak pack baju kan." Irdina sedaya-upaya menyembunyikan rasa sedih.
Ah, dugaan apakah ini? Berpisah tiga hari?
~~~
Irdina mula ke closet Nazran. Dia mengemas pakaian sementara Nazran sedang solat.Baju kemejanya ibarat untuk 365 hari punya baju. Setiap hari, tukar baju. Banyak betul baju mamat ni.
Dia mula mengambil baju kemeja tiga helai, singlet dan seluar. Tidak lupa juga t-shirt untuk baju tidur.
Dia membawa baju itu ke bagasi yang terletak di atas katil. Dia mula melipat lalu memasukkan ke dalam bagasi. Sedang dia membuat kerja tersebut, air matanya deras mengalir. Dia mula mengesat air matanya tetapi air matanya bagaikan empangan yang pecah. Tidak boleh berhenti.
Dia mula berdiri. Kepalanya mendongak agar kurang air mata yang terkeluar. Kepalanya dijatuhkan kembali. Ah, sudah. Parah dah ni. Tiga hari je Dina. Kenapa rasa macam tiga puluh tahun?
Nazran mula memeluknya dari belakang. Tangannya melingkari pinggan Irdina. Dia mendagu di kepala Irdina. Dia tahu Irdina susah untuk melepaskannya.
Irdina yang menyedari dirinya dipeluk oleh Nazran, terus menoleh ke arahnya. Wajah Nazran ditatap. Tidak lama lagi, wajah Nazran tidak akan disua selama tiga hari. Sedihnya!
"Sayang, tiga hari tu macam tiga jam je sayang." Nazran mula memujuk.
"Tapi sayang rasa tiga hari tu macam tiga dekad." Irdina mula mengesat air matanya.
"Tiga dekad? Lamanya. Sayang, abang belum pergi lagi. Abang ada dekat depan sayang, sayang janganlah menangis. Abang rasa bersalah tau."
"Janji dengan sayang tiga hari dan abang akan muncul depan sayang selepas tiga hari." Mereka saling melakukan pinky promise.
"Okay, promise."
"Abang nak sayang janji dengan abang jugak."
"Apa?"
"Janji dengan abang, every single minute, sayang kena call abang. Sayang kena update dekat abang mana sayang pergi. Sayang kena minta izin abang bila sayang keluar even sayang nak pergi kerja. Setiap malam, sayang kena face time dengan abang."
Ternganga Irdina dibuatnya. Macam tu sekali perjanjian Nazran. Dia ingat aku kerja cleaner dekat hospital. Cleaner pun sibuk mengalahkan doktor tau!
"Boleh pertimbangkan sikit. Takkan sayang nak masuk wad pun kena update dekat abang?"
"Kan abang cakap, kena update selalu even sayang nak masuk tandas." Balas Nazran.
"Abang, too much lah. Sayang doktor tau. Kalau ada emergency, macam mana? Kalau ada patient sayang nak terberanak macam mana? Takkan sayang nak update time dia nak beranak?"
"Okay, abang faham yang sayang sibuk. Tapi, make sure kalau sayang free, sayang kena update." Irdina mula senyum.
"I gonna miss you." Irdina pantas memeluk tubuh lelaki itu.
"Me too."
"I love you so much, sayang."
"I love you too, abang."
"Tiga hari macam tiga dekad? Hmmm." Nazran mula mengajuk kata-kata Irdina. Irdina mula mengeluarkan senjata rasminya. Dia mencubit lengan Nazran yang sado itu. Nazran mengerang kesakitan.
"Gurau je sayang. Don't angry angry with me, sayang." Habis tatabahasa bahasa inggeris berterabur. Penangan cubit Irdina itu mampu membuat bekas cubitan. Lengan Nazran pun sudah merah.
Abang, sejujurnya sayang susah untuk melepaskan abang. Sayang susah untuk berpisah dengan abang. Tetapi sayang cuma nak abang tahu yang sayang merelakan abang pergi atas kerja. Sayang akan betahan pabila abang tiada di sisi sayang. Rintih Irdina dihatinya.
Sis crying sebab sweet sangat. Tiber! Mood sekarang nak buat yang sweet je. Kenapa eh? But, its okay. Yang ni, sis gantikan untuk bab yang korang rasa tak best. Tak shaabbbaarrrrr nak buat Irdina merana! Hahahahah. Jahat betul sis ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Doktor I love you
RomanceIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...