Irdina melihat Nazran yang asyik termenung sahaja. Sudah tiga hari Nazran menjadi sebegini. Kehidupannya menjadi lembap akibat asyik termenung. Apabila Aira sedang berbual dengan Nazran, dia boleh sempat termenung. Dia mahu menegur tetapi dia takut dia yang terasa. Sekarang ni, mulut Nazran tengah pedas.
Malam ni, dia bercadang untuk mengulangkaji kembali apa yang telah dibelajarnya. Tujuannya hanya untuk bersedia jika ada apa-apa kes yang berlaku di hospital. Kalau tidak bersedia, mahhu haru-biru tak tahu nanti.
Dia di dalam bilik studinya di bawah, di sebelah dapur. Lagu yang tidak begitu rancak dipasang supaya hilang kesunyian. Teh o buatannya diletakkan di penjuru meja untuk dijadikan sebagai penyegar badan. Buku anatomi diambil dan diselak.
Fokus dengan studinya, Irdina rasa sakit tulang belakang akibat membongkok. Dia bangun lalu meregangkan segala ototnya. Fuh, lega. Dia minum teh buatannya.
Kedengaran pintu dikuak. Bebola mata Irdina segera memandang pintu itu untuk menyaksikan siapakah gerangan itu. Mungkin Aira ataupun Nazran.
Nazran masuk ke dalam bilik itu. Dia menuju ke arah Irdina yang sedang mengulangkaji. Nazran mula mengusap kepala Irdina.
Irdina bagaikan patung cendana yang hanya tidak bergerak. Fokusnya terganggu.
"Dah lama abang tak baca buku ni." Nazran mula menyelak buku itu. Irdina pula hairan dengan Nazran. Hari tu bukan ke dia dingin dengan aku? Sekarang baik pulak.
"Sayang tengah study ke?" Soalan apa kau ni, Nazran. Mestilah aku tengah study. Takkan aku tengah buat kek.
"Tengah masak kari ayam ni." Loyar buruk pula Irdina. Nazran mula tersengih. Salah kau lah. Tanya lagi soalan bodoh.
"Ouh, patutlah bau kari ayam dekat bilik studi ni." Balas Nazran. Dia pecah ketawa. Tetapi, ketawanya mati apabila lawaknya hambar. Irdina hanya mendiamkan diri. Dia menyambung ulangkajinya.
"Sayang." Irdina tidak menyahut.
"We need to talk."
"Talk about what?" Irdina segera menoleh ke arah Nazran. Keningnya berkerut dek kerana bersambung antara kiri dan kanan. Wajahnya bertukar serius.
"Our future." Irdina menutup buku anatominya. Ah, taknak bincang pasal ni.
"What?"
"First, I want to say sorry. Abang tahu, perkataan maaf takkan mampu buat hati sayang pulih kerana derita yang sayang alami selama ni. Atas apa yang terjadi, abang dah menyesal sebab buat keputusan terburu-buru. Abang tak endahkan kata-kata sayang. Abang halau sayang. Abang buang sayang dan Aira dalam hidup abang.
Lima tahun cukup buat abang derita. Abang dah tahu erti kehilangan orang yang tersayang. Abang rasa perit sangat bila tiada sayang. Abang terpaksa berdikari, hidup berseorangan tanpa sayang.
Bila abang dapat tahu yang kita ada anak, abang bersyukur sangat. Dulu abang buang, sekarang abang sanjung. Abang tak patut buat macam tu sebab tu abang kita.
Abang bersyukur seribu rahmat sebab abang dapat bertemu sayang dengan anak kita. Abang happy sebab abang dapat duduk sekali dengan sayang." Air mata Nazran mula mengalir.
Irdina berasa sebak apabila Nazran mengungkit kembali apa yang berlaku lima tahun lepas.
Irdina mula menyeka air mata Nazran. Dia pula tiba-tiba nangis. Ah, kenapa ni?
"Abang tak salah pun. Ini suratan takdir kita. Dugaan rumah tangga kita. It's okay. Dina tahu jugak yang abang menderita. Dina jumpa abang pun Dina rasa bersyukur walaupun Dina asyik marah abang." Nazran memeluk Irdina. Membiarkan Irdina dalam dakapannya. Dahulu, panggilan Irdina kepada Nazran ialah saya awak, mungkin hati sudah dipujuk dan kepercayaan sudah diberi. Dia sudi memanggil suaminya abang. Rindu juga panggilan tu.
YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
RomanceIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...