Bab 19

17K 575 2
                                    

Usai sahaja makan malam, keluarga Nazran terus pergi ke ruang tamu. Nazran memang sengaja mahu mereka semua ke ruang tamu kerana ada pengumuman yang akan dibuat oleh Nazran.

Masing-masing mengambil tempat duduk. Seperti biasa, Irdina, hanya berlakon kononnya mereka bahagia duduk di sebelah Nazran. Aqil mengambil tempat duduk di sebelah Naurah manakala Dato' Azhar mengambil tempat duduk di sebelah Datin Najihah.

Nazran bangun dari tempat duduknya. Dia menuju ke arah televisyen. Dia berdiri di hadapan televisyen di mana semua orang menumpukan ke arah itu.

"Mama, papa, Kak Naurah, abang Aqil. Berdirinya Nazran di sini ingin membuat pengumu....." percakapan Nazran terhenti apabila Naurah menyampuk.

"Naz, straight to the point jelah. Tak payah nak protokol sangat." Kata Naurah.

Nazran hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tersengih.

"Okay, sorry. Naz nak bagi tahu dekat semua orang yang esok Naz pindah." Kata Nazran dengan lancar.

Irdina tenganga. Dia terkejut, terkaku dan semua ter yang berada di situ. Dia merenung Nazran yang masih tersengih ke arahnya.

"Tapi kenapa Naz nak pindah? Rumah ni dah cukup besar tau. Lagipun mama tak sempat nak spend time dengan menantu mama ni." Datin Najihah bersuara.

"Mama, dah tiba masanya kita orang berdikari. Lagipun, kita orang nak merasa susah senang dalam kehidupan, kan sayang?" Pujuk Nazran.

"Haaa? Haah. Ya. Kita orang nak merasa jugak." Kata Irdina.

"Okaylah kalau macam tu. But, every weekend kena datang rumah mama." Arah Datin Najihah.

"Okay, ma." Kata Nazran.

"Dah habis ke pengumuman kau, Naz? Kalau dah boleh duduk. Kakak nak buat pengumuman jugak." Kata Naurah sambil bangun dari tempat duduknya.

Nazran mengangguk sahaja. Dia terus duduk di sebelah Irdina. Naurah pergi ke hadapan televisyen untuk membuat pengumuman.

"Okay. Naurah nak buat pengumuman yang tak lama lagi mama dan papa akan jadi atuk and nenek." Katanya sambil teruja.

Aqil hanya menggeleng kepalanya. Terasa kelakar melihat isterinya teruja.

"What? Naurah pregnant?" Soal Dato' Azhar.

"Yup. 2 month." Kata Naurah.

Semua orang tersenyum bahagia. Memang akan seronok apabila ada anak kecil. Pasti akan mendapat perhatian. Makin bertambahlah bilangan keluarga Dato' Azhar.

Dato' Azhar dan Datin Najihah sudah pun merancang sesuatu untuk cucu sulungnya. Naurah dan Aqil hanya tersenyum. Nazran pun tersenyum. Yelah, nak dapat anak saudaralah katakan.

Irdina tersenyum paksa. Dia melihat orang di sekelilingnya tersenyum bahagia. Tetapi dia? Hanya terpaksa mengukir senyuman. Entah kenapa dia tidak rasa gembira sedangkan itu ialah berita gembira.

"Mama, papa, Kak Naurah, Abang Aqil, Abang, Dina masuk bilik dulu." Kata Irdina. Dia meminta diri lalu beredar dari ruang tamu itu.

Semua orang berhenti gelak. Rasa hairan dengan Irdina. Terutama Nazran.

"Naz, kamu ada buat apa-apa ke dekat Irdina?" Soal Datin Najihah.

"Tak buat apa-apa pun." Kata Nazran.

"Dahtu pergilah pujuk dia." Kata Naurah.

"Naz tak buat apa-apalah kak." Kata Nazran.

"Pergi!" Kali ini Datin Najihah pula yang bersuara. Dengar sahaja suara itu, Nazran terus menuju ke bilik tidurnya. Seram suara mama aku ni.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now