Setelah peristiwa Irdina merajuk yang tidak jadi itu, hubungan mereka makin rapat. Hari ini, Irdina dan Nazran berjoging di taman tasik Shah Alam. Sudah lama tidak joging, jadi stamina Irdina pun berkurang. Ini ialah langkah bijak untuk mengekalkan kesihatan.
Irdina sudah buat satu pusingan manakala Nazran sudah membuat dua pusingan. Terus mengah bila berlari.
Nazran yang mahu membuat pusingan kali ketiga berhenti melihat Irdina yang sudah mengah.
"Sayang kenapa ni?" Soal Nazran. Risau apabila melihat isterinya.
"Okay. Penat sikit." Jawab Irdina.
Nazran memapah Irdina pergi ke kerusi batu. Takut jika Irdina pengsan.
"Penat sangat abang tengok. Sayang dah lama tak pergi joging ke?" Soal Nazran.
"About two years ago. Sebab tulah rasa mengah." Terang Irdina.
"Mengah ya? Abang rasa lemak pada tuan punya badan tu degil. Tak nak keluar kot." Gurau Nazran.
"Ishh abang ni! Takkanlah sampai macam tu. Nak kata Dina gemuk?!" Marah Irdina.
"Eh, bukan abang cakap macam tu." Nafi Nazran.
"Habis tu, abang nak pergi cari lain ke?" Soal Irdina dengan sinis.
"Mana ada macam tu. Abang takkan cari lain. Abang guraulah. Sayang ni sensitif sangat." Pujuk Nazran. Dia melihat Irdina sudah marah dengannya.
Akhirnya, Nazran membuat keputusan untuk balik ke rumah. Dengan keadaan Irdina sebegitu, tak mungkin dia dapat bertahan. Rehat adalah jalan penyelesaiannya.
~~~
Irdina bangun dari pembaringannya. Dia melihat di sebelahnya. Nazran tiada. Dimana dia pergi?Irdina mahu bangun tetapi kepalanya terlalu berat. Terus dia sandar di katilnya. Nazran yang melihat keadaan sebegitu terus pergi ke arahnya.
"Sayang, kenapa ni?" Soal Nazran.
"Kepala ni sakit." Adu Irdina.
"Kejap. Abang ambil ubat dulu. Sayang rehat dulu." Kata Nazran.
Nazran menuju ke kabinet dapur. Dia mengambil paracetamol dan segelas air. Dia terus menuju ke biliknya.
"Nah sayang." Kata Nazran sambil menyuakan segelas air dan sepapan paracetamol kepada Irdina.
Irdina teus mengambil lalu makan ubat itu. Kemudian, dia menghidu sesuatu. Bauan itu menyengangkan dia. Dia menghidu tubuh Nazran. Riak wajah Nazran sudah pelik. Padahal dia tidak mandi lagi setelah berjoging tadi.
"Sayang. Kenapa ni? Abang tak mandi lagilah." Kata Nazran.
"Tak. Abang stay macam ni." Arah Irdina.
"Kenapa?"
"Abang pakai perfume apa ni?"
"Sayang, abang belum mandi lagi. Yang sayang bau ni peluh abanglah." Jelas Nazran.
"Tapi kenapa wangi sangat?"
Nazran sudah pelik. Tak apalah. Mungkin dengan keadaan seperti ini boleh membuatkan hubungan mereka semakin rapat.
Nazran sandar di katil. Begitu juga dengan Irdina. Pelukan dipinggang semakin erat. Habis hilang sakit kepala Irdina. Bauan daripada Nazran membuatkan dia menjadi tenang. Tidak tahu kenapa.
~~~
Irdina masak ringkas sahaja. Kari ayam dan sayur campur menjadi menu pada hari ini. Setelah dihidangkan, Irdina membancuh air kordial. Usai sahaja, dia membawa ke meja makan.Nazran yang baru turun dari tangga terbau dengan masakan Irdina. Irdina melihatnya dengan tersenyum. Syukur masakannya dihargai.
"Kari ayam. Sedapnya." Puji Nazran.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Doktor I love you
Storie d'amoreIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...