Sudah tiga hari Irdina dan Nazran tidak bersuara. Bukan Irdina tak cuba, tetapi Nazran yang suka mengelak. Irdina sudah cuba untuk berbual tetapi Nazran hanya "hmm".
Irdina cuba untuk mencipta rancangan baru. Kali ini perlu betul-betul. Kalau tidak, sia-sia sahaja usaha dia. Memang rasa nak kena hempuk je dia.
Hari ini dia pergi membeli barang dapur seorang diri. Selalunya ditemani oleh Nazran, tetapi entahlah. Nazran hanya menyibukkan diri di gimnasium. Buat apa? Bina badanlah. Apa lagi.
Dia membeli segala bahan-bahan yang dia ingin masak. Dia merancang untuk membuat chicken chop. Semenjak dia kahwin dengan Nazran, dia perasan yang Nazran tidak gemar memakan ikan. Kalau diberi pilihan ikan sambal dan ayam mentah, mesti dia ambil ayam mentah dan masak. Tetapi, kegemarannya sudah tentu ayam masak merah. Kalau bagi lauk itu seminggu, memang tidak tolak tepi lauk itu. Lagi bertambah adalah!
Usai membeli belah, dia berhenti di restoran. Dia mahu minum. Tangan diangkat tanda ingin memesan. Selesai memesan, tangannya pantas mengambil i phonenya di dalam beg tangannya.
Google dibuka. Dia menaip 'resepi chicken chop' dan tekan butang search. Tujuannya adalah untuk study masakan itu.
Fokus Irdina belajar resipi chicken chop sehinggakan Hani di hadapannya pun tak nampak.
"Ehem." Hani berdehem.
Tiada respon dari Irdina.
"Ehemmmmm." Kali ini dehemannya kuat sedikit dari tadi. Dicampur sekali dengan lima harakat.
"Eh, Hani. Sorry tak perasan. Duduklah." Irdina tersengih malu. Hani menarik kerusi di hadapan Irdina lalu duduk. Dia memesan minuman yang dia mahukan.
"Fokus betul kau eh dekat handphone kau tu, sampai aku berdehem nak dekat lima harakat baru perasan." Perli Hani.
"Errr. Sorrylah. Tadi aku memang betul-betul tak perasan kau. Kau dari mana ni? Tiba-tiba je muncul depan aku? Ke kau dah tukar kepada doktor jadi spy?" Perli Irdina. Kali ini dengan pakej memandang Hani dengan mata keret.
"Aku beli barang tadi. Barang dekat rumah banyak habis. So, ni jelah masa yang free untuk aku beli semua tu."
"Tak pergi dating ke?"
"Tak. Dia kerja."
"Untung kau Hani."
Hani buat muka pelik.
"Untung apa? Aku rasa kau lagi untung. Kahwin dengan orang yang handsome."
"Kau yang untung sebab kau ada masa lagi untuk buat pilihan.Sebelum kau kahwin, jangan cari lelaki yang kuat merajuk. Sebelum kau kahwin dengan Iskandar, fikir dulu. Tengok dulu perangai dia macam mana. Tak perlu cari yang handsome kalau asyik nak merajuk je." Nasihat Irdina.
"Aikk, lain benar bunyi. Await?" Soal Hani. Keluar terus loghat utara.
Hani melihat troli yang dipakirkan di tepi dinding berdekatan dengan restoran itu. Banyak barang yang ada dalam troli itu.
"Nazran. Merajuk." Perkataan itu keluar dari bibir Hani. Terus dia gelak.
"Eleh, tak payahlah gelak."
"Okay, okay. Nazran merajuk pasal apa?" Soalnya yang masih dengan sisa tawanya.
"Dia marah aku keluar dengan ex-girlfriend dia, Maya." Jelas Irdina.
"Marah kau sebab keluar dengan ex dia je? Tu pun nak marah? Lainlah kalau kau keluar dengan lelaki lain. Itu memang patut kau kena marah."
"Aku pun tak tahulah. Dia tu kejap baik, kejap marah. Peliklah aku duduk dengan spesies macam ni." Luah Irdina.
YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
Storie d'amoreIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...