Kehadiran Nazran di ofisnya membuatkan orang pelik dengan sikapnya yang berbubah. Dahulunya, muka masam dan stres tetapi kali ini dia tersenyum riang. Bagaikan burung-burung berkicauan. Tetapi ofisnya bangunan jadi tidak dapat dia mendengar burung-burung sedang berkicauan.
"Good morning, Fazira. Hope you'll get a nice day." Sapa Nazran kepada Fazira, pembantu peribadinya. Muka Fazira berubah hairan. Dah buang tabiat ke mamat ni?
"Morning bos." Hanya senyuman kelat yang dilemparkan oleh Fazira. Dia kembali melakukan kerjanya yang tertanggung disebabkan sapaan bosnya tadi.
"You macam rushing ni nak pergi mana?" Soal Nazran. Kelam-kabut nampaknya. Tangan kanannya memeluk fail dan tangan kirinya memgang komputer riba.
"Bos tak baca e-mail ke?" Tanya Fazira.
"Kenapa?" Kali ini, Nazran pulak yang hairan.
"Kita ada meeting tergempar. Puan Naurah dah panggil semua staf berkumpul dekat meeting room. Jom bos, nanti tertunggu-tunggu pulak Puan Naurah." Ajak Fazira.
Nazran bertindak segera. Dia mengambil komputer riba yang telah dipegang oleh Fazira. Langkahnya lebih luas kali ganda daripada sebelum ini kerana dia mahu cepat. Mesyuarat tergempar? Mengapa dan apakah?
Pintu bilik mesyuarat dikuak oleh Fazira. Nazran mendahului untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Serta-merta dia pergi ke arah tempat duduk yang berdekatan dengan Naurah. Komputer ribanya diletakkan di atas meja.
"Okay, mari kita mulakan meeting ni." Naurah bersuara. Semua stafnya sudah ada dihadapan matanya.
"Projek yang kita handle iaitu dari Bumi Holdings telah terbakar di Johor Bharu. Daripada apa yang terjadi, hampir 80% bangunan tu dijilat api." Keterangan yang pendek tetapi dapat memahami makna.
"Ada sesiapa yang tercedera?" Soal Nazran. Walaupun dia seorang ketua pegawai eksekutif, tetapi jiwa dan nalurinya sebagai seorang doktor masih tertanam lagi di dalam hatinya.
"Lima orang cedera dan dua orang maut." Terang Naurah.
Semua orang menunjukkan wajah takut. Maut, itu perkataan yang membuatkan kita boleh pengsan. Kesian pada keluarga mereka.
"So, I want to all of you, selesaikan sama-sama." Naurah bersuara lagi. Mereka mencatat apa yang disuruh oleh Naurah.
"Kak Naurah nak pergi sana?" Soal Nazran secara tiba-tiba.
"Nak tak nak, terpaksa jugak Naz. Siapa nak uruskan." Keluh Naurah.
"Tak apa. Biar Naz yang pergi. Fazira temankan Naz." Nazran menawarkan diri kerana bimbang akan kesihatan kakaknya yang semakin hari semakin mencapai due date lahir anaknya. Sudahlah sarat mengandung, lepastu ada hati nak pergi.
"Betul ke Naz?" Naurah tunjuk tidak pasti.
"Ye kak Naurah. Lagipun, ada Fazira. Apa-apa yang Naz tak tahu, Naz rujuk dekat dia." Kata Nazran yang mahu meyakinkan kakaknya.
Naurah mengangguk perlahan. Betul juga kata Nazran. Dari sinilah, kita mahu lihat sejauh mana keberanian Nazran.
"Okay, meeting tamat." Laung Naurah. Semua staf keluar dari bilik itu.
Tinggal Nazran, Fazira dan Naurah. Mereka saling berpandangan. Ah sudah, Fazira mahu keluar dari sini!
"Okay Naz, ni dokumen-dokumen yang penting. Fazira, you kena bawak ni." Arah Naurah. Fazira hanya mengangguk.
"Okay, kak Naurah pergilah keluar. Take a break. Biar Naz yang cari solution." Pujuk Nazran. Tengok wajah kakaknya macam tak tidur satu malam je.
Naurah mengangguk lalu keluar dari situ. Nazran menggaru kepala yang tidak gatal itu tidak tahu bagaimana cara untuk berunding kembali dengan Bumi Holdings.
~~~
Irdina hanya mampu beesabar melihat makanan yang terhidang di kafeteria hospital. Kecur liur Hani membawa hidangan nasi goreng ayam yang menjadi kegemaran Irdina.Irdina hanya mampu meneguk air liurnya. Nasi goreng ayam memang sedap jika makan di kafe ini. Dengan ayam goreng bersama nasi goreng serta kuah sos. Kenot brain lah.
"Tak makan ke? Wahai Dr. Irdina." Tegur Hani. Dia berhenti menyuap apabila melihat Irdina yang hanya termenung saja.
"Tolong jangan." Kata Irdina. Mukanya sudah berubah serius. Tetapi matanya fokus kepada makanan itu.
"Jangan apa ni? Macam-macamlah kau ni. Kalau kau nak, pergi order. Aku belanja." Kata Hani.
"Aku nak diet ni. Janganlah kasi mood diet aku tu hilang. Sekarang ni, perut aku dah buncit dah." Keluh Irdina. Dah sudah! Nak diet pulak.
"Hmm, dahlah kau ni. Aku nak makan. Kalau kau nak makan, kau pergi order. Kalau tak nak, nikmatilah rasa lihat aku makan. Biar terliur kau dibuatnya." Tak guna punya Hani. Ada dia cakap macam tu? Ishhh!
Irdina melancarkan misi mogoknya dengan Hani. Hani buat muka tak bersalah. Dia terus makan dan tak ingat orang. Sekurang-kurangnya, pelawa cakap "nak rasa?" Macam tulah kawan yang baik.
Dipandangnya sekeliling. Matanya kian fokus pada seseorang yang bercakap dengan Iskandar. Figura manusia yang sangat dikenalinya.
Ah, itu penting bagi Hani. Dia yang kena tahu semuanya. Nanti kang, jadi macam dekat drama. Curang je. Dia segera menoleh ke arah Hani.
"Hani, kau nampak tak Iskandar tu tengah cakap dengan perempuan tu?" Irdina menuding jari ke arahnya. Muka perempuan itu terselindung disebabkan dia mengahadap kebelakang.
"Ouh, perempuan tu ke? Dah kenapa?" Tanya Hani. Pelik jugak dia tengok perangai Irdina.
"Kau tak rasa jealous atau tak puas hati?" Irdina tidak percaya dengan Hani.
"Well, Iskandar dah tunjukkan dekat aku semua kawan perempuan dia. Diantara kawan perempuan dia, semua dah kahwin dan ada yang dah bertunang." Terang Hani.
Irdina mengeluh tanda lega. Walaupun Iskandar ramai kawan perempuan tetapi sekurang-kurangnya Iskandar jujur dengan isterinya sendiri.
Apabila Iskandar terlihat isterinya di kafe, dia melambai ke arah Hani seraya senyum. Perempuan itu pun menoleh ke arahnya untuk mencari gerangan siapakah yang Iskandar melambai itu.
Perempuan itu merenung Irdina. Irdina hanya beriak selamba. Kenapa perlu dia berada di sini?
Iskandar dan perempuan itu melangkah ke arah mereka di kafe. Iskandar mengambil tempat di sebelah Hani.
"Hai Irdina." Sapa Maya. Ya, dia Maya.
Irdina hanya membisu. Dari peristiwa hari itu, dia sudah tidak peduli dengan perempuan itu. Perempuan psiko.
"Come and join us, Maya." Pelawa Iskandar. Maya hanya menggeleng.
"It's okay. I have to go. Dina,kirim salam dekat suami you." Sakarstik betul pernyataan itu. Kirim salam dekat suami aku nak buat apa?
Maya beredar di situ. Irdina hanya termenung sambil menahan geram terhadap Maya. Kenapalah perlu muncul dekat hospital ni?
"Dia jumpa awak kenapa?" Persoalan yang ada dibenak fikiran Irdina mula terkeluar.
"Dia nak jumpa Nazran. Saya cakaplah Nazran tak kerja dekat sini." Kata Iskandar.
Huh, setakat nak jumpa Nazran baik tak payah. Huh! Sabar Dina. Control jealous kau sikit.
"But, saya peliklah dia kata nak jumpa Naz. Bukan dia orang dah ignore antara satu sama lain ke?" Tanda tanya yang sangat sangat dalam maksudnya. Betulkah apa yang Iskandar persoalkan?
"Think positive jelah, Dina. Aku tahu, antara kau dengan Maya, Nazran akan pilih kau." Hani cuba memberi semangat.
Irdina hanya senyum segaris. Sudahlah, dahulu rumah tangganya hampir diporak-perandakan oleh Maya. Sungguh dia merasakan ada sesuatu dengan perempuan itu. Rasa macam sesuatu. Sesuatu.
YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
RomanceIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...