Bab 49

12.1K 382 17
                                        

Sehari semalam Irdina duduk di wad ini bersamaan 24 jam. Dapatlah merasa tidur di tempat kerjanya. Selalunya, hanya tidur di atas kerusi dan apabila telefon berbunyi, dia terus bekerja tetapi kali ini istimewa sedikit. Drip normal saline dan rehat di atas katil seperti pesakit lain. Bukan selalu.

Irdina menukar baju wad itu kepada baju kerjanya yang dipakai sebelum pengsan. Hanya baju itu sahaja yang dia ada. Nak minta tolong Hani ambilkan, menyusahkan pula nak patah balik. Nasib baik Irdina selalu membawa minyak wangi ke mana-mana sahaja. Sembur saja minyak wangi, dah settle.

Hampir sahaja selesai, terdengar pintu dikuak oleh Hani. Oh ya, sejak dia kena tahan wad, hanya Hani, Iskandar dan Dr. Jarjit sahaja yang datang melawatnya. Irdina langsung tak bagitahu sesiapa. Dia rancang untuk buat kejutan tentang beritanya yang sudah hamil dua bulan. Jadi, kalau mereka tahu, pasti mereka mahukan sebab kenapa Irdina masuk hospital. Takkan nak cakap jari terpotong pisau?

"Dina, kau dah siap ke?" Soal Hani.

"Dah nak siap ni." Kata Irdina seraya membetulkan tudung di hadapan cermin.

"Aku hantar kau balik. Nanti, pergi kaunter lepastu pergi farmasi, ambil ubat. Kereta kau biar aku yang drive." Arah Hani.

"Aku tak naklah susahkan kau lagi. Kau tak payahlah sampai hantar aku kat rumah. Aku okaylah drive sendiri." Tegah Irdina. Dia senyum segaris.

"Badan kau lemah lagi lah. Baru je keluar dari hospital."

"Tak apa."

"Dina, dengar cakap aku please. It's okay aku hantar kau. Lagipun aku tak kerja hari ni. Aku cuti." Penat juga nak yakinkan perempuan ni.

"Yelah." Akhirnya Irdina bersetuju juga. Susah betullah nak pujuk bakal mak buyung ni. Nak kena paksa baru jalan.

~~~
Ubat di farmasi dan segala pengurusan sudah diuruskan oleh Hani. Irdina mengikut sahaja apa yang Hani katakan. Suruh berdiri, dia berdiri. Suruh tandatangan, dia tandatangan. Macam robot.

Hani yang mengambil alih sebagai pemandu Irdina. Dia bukannya apa. Dah nama pun kawan, kenalah tolong. Lagipun keluarga Irdina jauh di utara. Hanya dia sahaja Irdina harapkan. Jadi, dialah yang tolong Irdina.

"Kau ni kehulur-kehilir dengan aku, laki kau tak marah ke?" Tanya Irdina yang mahu memecahkan kesunyian di dalam kereta.

"Laki aku pergi seminar. Lusa dia balik lah." Jawab Hani. Dia fokus memandu.

"Kalau macam tu, kau tidur dekat rumah aku. Nazran pun tak ada." Cadang Irdina.

"Boleh ke? Kang tiba-tiba, laki kau balik. Tak nak aku. Dahlah rumah orang."

"Alaa kau ni. Macam tak biasa pulak."

"Yang tak biasa tu kau. Selalu ceroboh bilik aku time kita duduk rumah sewa."

"Tak payah ungkitlah. Cerita lama."

Setelah memandu hampir 20 minit daripada hospital. Kereta Irdina menjalar masuk ke halaman banglo Irdina dan Nazran. Pintu kereta dikuak oleh mereka berdua.

Mereka melihat sebuah kereta. Irdina kenal sangat pemilik kereta itu. Kereta kepunyaan Nazran. Nazran dah balik?

Irdina jalan cepat menuju ke pintu utama. Tak sabar nak bersua muka. Laju langkahnya ke arah Nazran. Tapi kata tiga hari. Yang ni, baru hari kedua?

Irdina masuk ke dalam banglo itu. Kakinya melangkah ke arah Nazran serta dua buah beg bagasi di sisi Nazran. Terasa terkejut tetapi kehadiran Nazran fokus utamanya.

"Abang." Irdina tersenyum gembira. Nazran pula masam mencuka.

"Bila abang sampai? Kenapa abang tak call sayang?" Satu persatu persoalan Irdina mahu tanya. Dia rindukan Nazran.

"Sayang rindukan abang." Ungkap Irdina. Tangannya terus memeluk Nazran tetapi pantas Nazran menolak pelukan itu. Irdina terkejut.

"Cukup dengan kata-kata manis kau, Irdina." Sebaris ayat itu bagaikan anak panah yang tercucuk di hati Irdina. Tetapi Irdina hanya senyum. Senyum untuk nampakkan dia masih kuat.

"Sayang tak faham ni. Abang cakap apa ni?" Tanya Irdina dengan lembut.

"Tak faham atau buat-buat tak faham?" Sinis perlian itu. Nazran senyum sinis.

"Dina, aku bagi kepercayaan dekat kau. Aku bagi cinta dekat kau, ini yang kau balas dekat aku? Ini ke?" Terus Nazran melemparkan gambar-gambar yang tidak senonoh ke arah wajah Irdina. Habis gambar-gambar itu jatuh.

Irdina yang melihatnya pun sudah sakit mata. Gambar lelaki dan perempuan yang menyerupainya berdua-duaan di bilik.

"Ini ke apa yang kau katakan selama ni? Aku lelaki yang awal dan akhir kau?"

"Kau ni manusia hipokrit. Best sangat ke hidup hipokrit? Dina, aku sangka kau ni perempuan yang baik tapi kau ni lebih teruk daripada Maya!" Sambung Nazran.

Luluh hati Irdina dipeekatakan begitu. Air matanya mula berjujuran dipipi mengenangkan kata-kata daripada seorang lelaki yang memegang pangkat sebagai seorang suami.

"Dina, kalau kau nak cerai, kau cakap sebelum aku jatuh cinta dekat kau. Senang. Kalau kau nak hidup bebas, kau cakap sebelum aku lafaz nikah dekat kau. Kenapa kau perlu lukakan aku lagi?"

Irdina hanya menggeleng. Dia tak mampu untuk menjawab persoalan itu malah terlintas difikirannya untuk curang.

"Abang, sayang tak pernah curang pun. Sayang tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki pun. Hanya abang seorang saja. Percayalah." Rayu Irdina.

"Lepas apa yang terjadi, aku dah ragu-ragu dengan kata-kata kau." Mata Irdina terbeliak.

"Aku nak kau keluar dari rumah ni. Get out!" Tengking Nazran.

Dua buah beg bagasi di bawa keluar dan dicampakkan keluar. Irdina mengejar Nazran di belakang. Terus Irdina memeluk kaki Nazran seperti meminta keampunan.

"Abang, tolong jangan percayakan gambar-gambar tu. Dina tak pernah buat pun. Tolonglah jangan percaya." Nazran tidak menghiraukan kata-kata Irdina.

"Jangan pegang kaki akulah perempuan tak guna!" Tengking Nazran.

Tengkingan itu didengar oleh Hani. Pantas Hani muncul di hadapan mereka berdua. Lama dia tunggu dengan kesabaran setelah apa yang dia lihat, kawannya diperlakukan sebegitu.

"Nazran, she's your wife! Perlu ke awak panggil dia macam tu?!" Marah Hani.

Nazran melihat Hani dengan muka tak puas hati. Terus dia melepaskan kakinya dari dipeluk oleh Irdina. Dia menutup pintu utama rumah itu.

Tinggal Irdina yang menangis teresak-esak sambil meratap pemergian Nazran. Dia mahukan suaminya dan ini apa yang telah diperlakukan ke atas dirinya.

"Dina, jom kita balik." Pujuk Hani. Dia memeluk Irdina.

Perlahan-lahan Irdina bangun. Dia mengambil beg bagasinya lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Hani meneruskan dengan tugasnya iaitu memandu.

Melepaskan bukan suatu perkara yang mudah. Melepaskan juga bukan suatu perkara yang sukar. Tetapi, memilih untuk tidak melepaskan adalah satu keputusan yang cepat.

Mr. Doktor I love youTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang