Bab 59

17.1K 445 15
                                    

"Arrrggggghhhhhhh!" Jerit Irdina.

Nazran terkejut. Irdina segera melepaskan rangkulan di pinggangnya. Dia bangun dari pembaringannya.

"You're too much, Nazran! Kenapa awak tidur sebelah saya?" Marah Irdina. Terkejut dia. Selama lima tahun, mana pernah dia tidur dengan mana-mana lelaki.

"What are you saying? Sayang tak ingat ke semalam?" Nazran sudah senyum gatal.

"Semalam? Kenapa dengan semalam?" Irdina mula mengingati kembali perisitiwa semalam.

"Abang minta maaf. Abang abaikan sayang, Aira. I'm so sorry." Ucap Nazran.

Irdina tak dapat menahan air matanya daripada mengalir di pipi. Ah, ini perkara yang paling dia tak dapat tahan. Sangat tersentuh dengan perkataan maaf.

Irdina terus menangis di dalam dakapan Nazran. Nazran hanya menggosok belakang Irdina. Mungkin boleh mengurangkan kesedihannya.

Dia melepaskan dakapannya. Dia melihat muka wanita yang paling dirinduinya. Matanya yang bersinar akibat air mata yang mengalir. Terus dia menyeka air mata Irdina.

Ini yang diperlukan oleh Irdina pada lima tahun lepas. Dia menginginkan sebegini. Dia mahukan Nazran menyeka air matanya daripada terus mengalir. Dia rindukan momen ini.

Nazran terus membaringkan Irdina. Dia menyelimuti seluruh anggota badan Irdina kecuali kepalanya. Takut lemas pulak. Nazran terus melepaskan sekucup ciuman di dahi Irdina. Irdina menikmati setiap perbuatan Nazran.

"Pejam mata. Sweet dream sayang." Ucap Nazran.

Irdina terus memejam mata. Nazran baring disebelah Irdina. Dia hanya melihat Irdina yang tidak tidur lagi.

"Sayang tak boleh tidur?" Tanya Nazran. Irdina menggeleng tanda tidak.

Nazran mengangkat kepala Irdina dan letakkan dilengannya. Irdina hanya mengikuti sahaja. Selepas itu, Nazran merangkul pinggang Irdina.

"Selesa?" Tanya Nazran. Irdina hanya mengangguk.

"Tidurlah. Mimpikan abang tau." Ucap Nazran. Irdina hanya tersenyum.

Di saat itu, Irdina berasa tenang apabila Nazran disisinya. Tidur yang sangat tenang tanpa gangguan.

Ingatan Irdina sudah kembali. Dia terus membelakangkan Nazran. Ah sudah! Apa kau buat Dina? Tengok! Dah malu tujuh keturunan nak menghadap muka dia.

"By the way, tidur semalam lena tak?" Tanya Nazran.

"Tak." Jawab Irdina. Serius.

"Yeke? Abang dengar siap berdengkur lagi." Usik Nazran. Dia gelak sakan. Irdina mengambil bantal lalu membalingkan ke arah Nazran. Habis kena muka. Padan muka.

"Saya tak berdengkurlah. Awak tu yang berdengkur." Nafi Irdina.

"Yeke? Habistu, semalam, siapa yang berdengkur kuat tu? Takkan saya sebab saya belum tidur lagi."

"Ishh! Dahlah. Saya nak pergi mandi." Kata Irdina.

Tuala yang diampai tiap kali dia menyidai selepas mandi diambilnya secara kasar. Dia meninggalkan Nazran yang tersengih di dalam bilik itu seorang diri. Malas mahu mengambil tahu.

~~~
Irdina melihat rawatan yang dilakukan oleh pelajar jurusan medik. Sebenarnya, tugas doktor pakar bukan sahaja sebagai rujukan untuk merujuk pada kes yang serius. Doktor pakar juga mempunyai tugas untuk mengajar para pelajar medik dan juga doktor pelatih.

"Good." Puji Irdina.

"Thank you doctor." Ucap pelajar itu.

"I have to go. Please, continue your work." Setelah menilik jam tangan, Irdina berlalu pergi meninggalkan pelajar bersama doktor pelatih.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now