Bab 13

17.9K 567 3
                                    

Kereta Irdina dan kereta Izhar sudah sampai ke halaman rumah Izhar. Mereka semua keluar dari perut kereta yang dinaiki. Mereka masuk ke rumah dan menuju ke ruang tamu untuk merehatkan badan. Irdina dari tadi hanya termenung sahaja ditegur oleh abangnya.

"Malam ni Dina tidur jelah dekat sini. Lagipun esok tak kerja, kan?" Soal Izhar.

"Yup." Jawab Irdina.

"Tidur jelah sini. Dah malam ni." prihatin Encik Adam.

Irdina mengagguk. Dia pergi ke dapur untuk membasahkan tekak. Husna yang sedang mengemas dapur menghampirinya yang sedang minum air di kaunter dapur.

"Haih. Minun pun boleh ternenung?" Soal Husna dengan pelik.

"Masalah banyak sangat kak." Kata Irdina.

"Masalah apa? Mind to share?" prihatin Husna.

"Kak Husna, Dina tak nak kahwin." Kata Irdina.

"Habistu kenapa cakap setuju bila tanya nak kahwin?" Soal Husna.

"Kami terpaksa, Kak Husna. Sebab Aunty Najihah ada sakit jantung. Kami tak nak Aunty Najihah terkejut. That's why Dina setuju nak kahwin." Terang Irdina.

"Oh, I see." Kata Husna.

"Kak Husna, Dina tak nak kahwin dengan Nazran." Rengek Irdina macam budak kecik.

"Macam mana kalau Dina tak bahagia after kahwin nanti?" Soal Irdina.

"Dina, mungkin Dina akan cakap yang Dina takkan bahagia. Mana tahu lepas Dina kahwin, everything will be change? Who's know?" Soal Husna.

Irdina terdiam. Mulutnya bagaikan dikunci apabila Husna berkata-kata begitu.

"Okaylah Kak Husna. Dina ngantuklah. Dina masuk bilik dululah." Irdina meminta diri untuk masuk ke bilik.

Irdina menolak daun pintu. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil yang empuk. Dia tidak ngantuk sebnarnya kerana asyik memikirkan jawapan yang diberi tadi.

Dia memandang syiling yang putih. Pelbagai soalan bermain difikirannya.

Layakkah aku bersama dengan dia? Bahagiakah aku selepas kahwin dengan dia? Aku boleh jadi isteri yang terbaik ke untuk dia? Monolog Irdina.

I phonenya yang berdering menandakan seseorang membuat panggilan. Dia mengambil i phonenya di dalam handbagnya. Dr. Nazran yang tertera di skrin i phonennya. Dia menekan punat hijau.

"Assalamualaikum," Nazran memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ada apa doktor call saya?" Soal Irdina.

"I just want to say thank you."

"Thanks for what?"

"Because you said yes."

"Doktor boleh je whatsapp saya. Tak perlu call bagai. Buang duit doktor je bayar bil." Kata Irdina.

Nazran senyap. Irdina cemas sedikit. Terasa ke apa yang aku cakap?

"Hello doktor. Are you there?"

"Ya. I'm listening."

"Kenapa diam?"

"Because I want to hear your voice." Kata Nazran dengan romantik.

Irdina kehilangan kata-kata. Jantungnya berdetak kuat. Terasa mimpi apabila Nazran berkata.

"Irdina, mama suruh aku inform dekat kau yang esok mama suruh kau datang sini." Kata Nazran. Cis! Tadi romantik. ni dah jadi macam biasa pulak.

"Okay. Doktor saya nak tidurlah." Kata Irdina yang mahu menamatkan panggilannya.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now