Bab 26

17.4K 498 10
                                        

Minggu ini, Nazran dan Irdina balik ke rumah ibu bapa Nazran untuk menziarah keluarganya. Datin Najihah memang akan buat peringatan awal-awal untuk kosongkan jadual hujung minggu. Baru Nazran cadang nak ajak dating, tetapi apakan daya syurga di bawah telapak kaki ibu. Ikut sahajalah.

Melihat kakak iparnya yang kini kandungannya sudah masuk empat bulan. Nampak baby bump. Comel. Irdina mendekati Naurah.

"You know what, kak Naurah nampak cute dengan baby bump ni. Comel." puji Irdina.

"Yeke, nampak dah gemuklah. Sekaeang ni, baju akak semua dah ketat. Sampaikan nak pergi kerja pun recycle balik pakai baju kelmarin." Adu Naurah.

"Kak Naurah. Dalam perut ni, ada baby. Sebab tulah gemuk." Kata Irdina.

"Tapikan Dina, kalau Dina ada baby bump lagi comel."

Pelik benar Irdina mendengarnya. Statement yang keluar dari mulut kakak iparnya. Woooo.

"Hehehehehe. Akak, Dina rasa Dina sakit perutlah. Dina pergi toilet dulu eh." Irdina meminta diri untuk berlalu pergi. Bukan pergi toilet tetapi pergi ke bilik untuk sembunyi. Arghhhh! Malunya.

Nazran yang baru keluar dari bilik air terus menegur Irdina yang tercengak bagaikan patung cendana.

"Uit. Buat apa?" Soal Nazran.

"Tak ada apa-apa." Kata Irdina. Ini kalau dia tahu pasal perbualan kak Naurah dengan aku, memang aku ni asyik jadi bahan dia jelah.

"Dina kau free tak?" Soal Nazran.

"Free. Kenapa?" Soal Irdina.

Nazran menuju ke katil untuk duduk. Dia menepuk beberapa kali untuk mengajak Irdina duduk bersama dengannya. Irdina hanya mengikut arahan Nazran.

"Kenapa?" Soal Irdina.

"I think we should get some rest. Why don't kita pergi short vacation?" Cadang Nazran.

"Wahh! Short vacation? Bila?" Kata Irdina dengan teruja.

"Next week." Kata Nazran dengan jelas.

"What? Next week? Sempat ke kita nak mohon cuti? Siapa nak ganti kita?" Soal Irdina.

"Don't worry. Aku dah uruskan semuanya. Just follow the flow." Balas Nazran dengan senyuman.

Irdina segera memeluk Nazran. Dia merasakan kebahagiaan. Nazran tahu apa yang dia minta. Percutian. Siapa sahaja tak nak percutian? Irdina melepaskan pelukan.

"Kita cuti berapa hari?" Soal Irdina.

"Seminggu."

Irdina sudah runsing. Seminggu? Itu memang kena ganti syif lah jawabnya. Lagi-lagi doktor pelatih. Selalu kena buli.
Tak apa. Suami saya medical officer. Siapa kacau saya, suami saya inject segala ubat yang ada dekat hospital tu.

"Lamanya." Keluh Irdina.

"Sekejap je. Kita rehatlah dulu. Aku pun dah lama tak rehat." Kata Nazran.

"Kita nak pergi mana?" Soal Irdina dengan teruja.

"Secret." Jawab Nazran. Hanya senyum jahat yang dilemparkan ke arah Irdina. Irdina hanya menjeling. Dahlah plan tak bagitahu orang. Nak cakap tempat vacay pun nak rahsia!

~~~
Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Mereka berlepas pada pukul 8:00 pagi dan sampai pada pukul 9:00 pagi. Mereka mendaftar sebuah bilik di resort bertaraf lima bintang.

Nazran menolak bagasi mereka untuk menuju ke arah bilik yang ditempah. Nampak Irdina berlari-lari seperti kanak-kanak riang. Sungguh kanak-kanak isteri aku ni!

Mr. Doktor I love youTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang