Pagi ini, mereka sudah bekerja setelah cuti daripada kematian Dato' Azhar. Kalau lama sangat cuti, kerja terbeban pada rakan sekerjanya.
Irdina mencapai kunci keretanya di tempat gantung kunci. Dia keluar. Tidak kunci rumah pun tak apa sebab Nazran berada di dalam rumah lagi.
Dia menghidupkan keretanya. Sudah lama dia tidak memandu keretanya. Asyik kereta Nazran sahaja. Jadi, dia nekad untuk berdikari.
Dia duduk di dalam kereta sementara tunggu enjin kereta itu panas. Dia membuka radionya. Dia memilih siaran radio kegemarannya.
Tiba-tiba, Nazran membuka pintunya. Sungguh merosakkan moodnya pagi ini. Mengapa perlu kacau, suamiku?!
"Nak apa?" Rengus Irdina.
"Naik dengan abang sayang. Jom kita pergi sama-sama." Ajak Nazran.
"Tak payah. Dina boleh naik kereta sendiri. Lagipun Dina dah besar lah."
"Sayang, naik kereta dengan abang je pun. Kenapa? Ada harimau ke dalam kereta abang sampai sayang takut nak naik?" Gurau Nazran yang berbaur sindiran.
"Aah. Ada harimau, gajah, semua benda ada dalam tu. Tu, Nazran tu pun saya takut jugak." Perli Irdina.
"Okay, abang janji abang takkan marah-marah dah." Ucap Nazran.
"Tak pelah. Dina drive sendiri."
"Irdina! Boleh tak dengar cakap abang? Suruh naik kereta sama-sama je pun. Itu pun salah ke? Lagipun banyak benefit lah kalau naik dengan abang. Jimat minyak, jimat duit, jimat parking dekat hospital. Lagi satu, asap ni. Tak adalah banyak sangat. Dah. Dina kena naik kereta abang." Kali ini, tiada pujukan malah kuasa veto digunakan oleh Nazran untuk paksa Irdina masuk ke dalam keretanya. Dah macam cikgu Geografi dah Nazran ni.
Irdina terpaksa akur dengan permintaan suaminya. Mahu tak mahu, dia menutup enjin keretanya. Dia mengambil beg tangannya lalu masuk ke dalam kereta Nazran. Dia menutup pintu kereta itu dengan kuat.
Nazran tersenyum puas. Biarlah dia nak hempas pintu sampai tercabut. Janji dia ikut cakap aku.
~~~
Irdina membuang pandangan di tingkap. Bosan sungguh! Tambah pula Nazran diam. Selalunya mulut dia akan bising. Eh, Irdina. Dah rindu ke?Nazran menoleh ke arah Irdina. Macam bosan saja. Dia membuka siaran radio. Hitz Fm menjadi kegemaran Nazran.
Lagu yang berkumandang sekarang ini ialah say won't you to let go. Teringat kembali momen-momen Irdina dan Nazran di Langkawi. Ketika itu, Nazran menyanyikan lagu itu.
Nazran mengikut James Athur menyanyi bersama. Irdina hanya menjeling saja. Nak dengar tu dengar jelah tak payahlah nyanyi.
"Nak dengar tu dengar jelah. Tak payahlah nyanyi. Ingat suara sedap ke." Perli Irdina.
"Benda boleh nyanyi buat apa dengar." Kata Nazran. Dia senyum sinis.
"Sejak bila pulak jadi budak twitter ni?" Soal Irdina.
"Sejak sayang abaikan abang. Abang main twitter." Jawab Nazran.
"Lepas tu, mesti luahkan, kan? Oh ya, lupa. Tak stalk mana-mana perempuan sekali?" Sindir Irdina dengan pedas.
"Cukup sayang je ada dekat hati abang. Only you." Ucap Nazran.
Fuh, melting. Pipi Irdina sudah merah. Dia menyorokkan senyumannya. Nazran pun sama. Saja mahu kenakan isterinya. Tetapi, pengakuan itu ikhlas dari hati Nazran.
~~~
"Lunch time!" Laung Hani kepada Irdina yang masih menyemak carta pesakit. Irdina mengangkat wajah mencari siapa yang melaungkan itu."Okay, jom." Ajak Irdina.
"Wooo, ini sudah pelik. Selalunya aku ajak kau, mesti kau tolak ajakan aku. Suruh aku lunch dengan Iskandar lah. Apa lah." Sindir Hani. Memang betul pun Irdina memberi alasan sebegitu. Mahu lunch dengan suami lah konon. Tetapi Hani tidak mengambil hati pun.
"Sekali sekala aku lunch dengan kau. Apa salahnya? Lagipun, aku dah lama tak lunch dengan kau. Jom!" Ajak Irdina.
Mereka beredar disitu. Pintu lif mereka tujui. Butang anak panah ke bawah ditekan. Secara automatik, pintu lif dibuka lalu mereka masuk ke dalam.
Baru sahaja pintu lif mahu menutup, seseorang menahan daripada pintu lif itu tertutup. Dia berdiri di sebelah Irdina dengan muka selamba.
Nazran.
"Nak pergi lunch ke?" Tanya Nazran.
"Eh taklah. Kita orang nak pergi dinner. Nak join ke?" Perli Irdina.
"Dinner? But now it's 1:10 pm. Takkan nak dinner."
"Nak pergi lunch lah. Itupun nak tanya lagi. Dah terang lagikan bersuluh, kita orang nak pergi lunch." Terang Irdina dengan selamba.
Pintu lif dibuka. Tangan Irdina menarik tangan Hani untuk keluar dari situ. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan di dalam lif itu.
~~~
Nazran memicit hand sanitizer yang terletak di dinding. Dia baru sahaja memeriksa pesakit yang baru dikuaritin. Kemudian, dia memeriksa carta pesakit di kaunter jururawat."Naz." Panggil Iskandar. Nazran tidak menyahut.
Kejadian tempoh hari membuatkan hubungan Nazran dan Iskandar semakin renggang. Nazran terus dingin dengan Iskandar selepas apa yang terjadi.
"Naz, boleh aku cakap dengan kau?" Iskandar meminta izin.
"Kalau kau nak minta maaf pasal kau teruskan CPR terhadap bapa aku. Tak payah."
"Bukan itu. Aku nak bagitahu kau pasal..." Nazran terus menyampuk.
"Dahlah Is. Aku tak nak cakap pasal benda ni lagi." Nazran terus membawa carta pesakit itu ke bilik kerjanya.
"Naz, aku nak cakap pasal penyakit papa kau!" Laung Iskandar. Langkah Nazran terhenti apabila terdengar laungan itu. Sampai sekarang terjadi tanda tanya.
"Kau cakap apa?" Tanya Nazran untuk mendapat kepastian. Takut tersilap dengar.
"Aku nak cakap pasal penyakit yang papa kau alami." Ulang Iskandar.
"Papa kau mengidap Diabetes Mellitus. Dah lima tahun dah. Kalau kau tengok dekat sini, bacaan gula dia pun tak terkawal." Iskandar memberikan rekod kesihatan Dato' Azhar kepada Nazran.
"Mana kau tahu ni?" Tanya Nazran.
"Kau ada bagitahu aku kan yang papa kau ada private doktor."
"Betul."
"Jadi, aku jumpa dia. Rupanya, Uncle yang suruh dia rahsiakan daripada kita semua." Terang Iskandar.
Nazran yang mendengarnya cukup sayu. Papanya sendiri tidak bagitahu tentang keadaan kesihatannya yang teruk. Patutkah perlu dirahsiakan?
~~~
Penyakit yang dihidapi oleh Dato' Azhar sudah pun diketahui oleh semua orang. Paling terkejut ialah Datin Najihah. Dia sendiri yang menjaga pemakanan suaminya dan bagaimana perkara ini boleh berlaku.Apabila diaoal oleh Nazran, nenek Nazran iaitu ibu kepada Dato' Azhar pernah menghidap Diabetes. Jadi, penyakit itu daripada genetik.
Tidak kisah sama ada jaga pemakanan atau tidak. Jika sekiranya sudah ada daripada genetik, tidak mustahil perkara ini akan berlaku.
~~~
Naurah mahu berjumpa dengan Nazran. Pintu bilik kerja Nazran dikuak. Terperanjat Nazran apabila melihat kakaknya muncul seperti itu. Naurah masuk lalu duduk di hadapan lelaki itu."Naz dah fikir semuanya?" Tanya Naurah.
"Kak Naurah, ini bukannya perkara yang kecil tau. Naz terpaksa tinggalkan impian Naz? No way!"
"Naz, kak Naurah tak larat nak teruskan legasi ni. Dengan keadaan Kak Naurah yang mengandung ni. Lagipun dua bulan lagi kak Naurah nak beranak. Siapa nak tengok-tengokkan company papa?"
"Nanti Naz fikirkan. Naz ada emergency ni." Kata Nazran setelah melihat wad O&G membuat panggilan.
Dia terus keluar meninggalkan Naurah. Naurah mampu mengeluh. Susah betul untuk dengar kata. Haih.
Okaylah, sis bagilah untuk permintaan readers. Harap enjoy! Cer korang komen. Nazran nak teruskan jadi doktor ke atau tolong Naurah?
YOU ARE READING
Mr. Doktor I love you
RomanceIrdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memi...