Bab 30

14.4K 407 2
                                    

Dato' Azhar duduk di kerusi urut yang berjenama Ogawa. Dia masih lagi merasakan getaran di kerusi itu.

Dia termenung sejenak. Sakit yang dihidapinya sudah pun ke tahap yang dapat merisikokan kesihatannya. Penyakit Diabetes yang dialaminya kini sudah pun ke tahap yang tinggi. Apabila memeriksa bacaan gulanya, pasti tinggi dan tidak terkawal. Doktor menggalakkan dia mencucuk insulin dua kali sehari. Jika cucuk insulin dua hari pun pemakanannya tidak terkawal.

Sudah lama dia menhidapi penyakit ini. Hampir lima tagun tetapi dia merahsiakan hal ini. Takut isteri dan anak-anaknya risau akan keadaannya yang sudah merosot.

Syarikatnya pula sudah maju. Tinggal Naurah saja yang menguruskan. Jika Nazran yang menguruskan, pasti akan ada alasan. Nazran tidak minat bidang itu. Jadi, dia mengambil jurusan perubatan.

Datin Najihah yang sedang tercengang di pintu itu melihat suaminya termenung bersendirian. Kesian pun ada juga. Dia berjalan ke arah suaminya.

"Abang termenungkan apa tu?" Tanya Datin Najihah. Dato' Azhar menoleh ke arah Datin Najihah.

"Abang terfikirkan, kalau abang tak ada macam mana." Seloroh Dato' Azhar.

"Apa abang cakap ni? Habis tu, Jihah macam mana?"

"Jihah, abang takkan selamanya hidup untuk teman Jihah."

"Abang nak tinggalkan Jihah?" Soalan itu membuatkan mereka terdiam. Kolam air mata Datin Najihah sudah pecah. Air matanya mengalir membasahi pipi.

Dato' Azhar mengusap air mata isterinya. Sudah tergambar perasaannya pada riak muka Datin Najihah. Dia pun mengharapkan umurnya panjang untuk bersama-sama dengan keluarganya.

"Abang teringin nak makan sambal ikan. Jihah tolong buatkan untuk abang." Dato' Azhar mahu menukar topik perbualan mereka. Dia tidak mahu air mata isterinya terus mengalir lagi.

"Abang nak sambal ikan?" Soal Datin Najihah.

"Ya, abang nak makan." Jawab Dato' Azhar.

Riak wajah Datin Najihah terua bertukar. Dia seperti bersamangat untuk masak makanan yang diminta oleh suaminya. Namun, dia merasakan suaminya menyembunyikan sesuatu terhadap dirinya.

~~~
Hani masih lagi mencari bayangan Irdina. Rupanya, dia di bilik kerjanya. Dia mengetuk lalu masuk ke dalam bilik itu.

"Amboi, sorang je ke?" Tanya Hani yang mahu menjadi peramah. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Irdina.

"Berdua. Tak nampak Nazran ada dekat sini?" Sindir Irdina. Sudah jelas lagikan bersuluh, hanya dia seorang sahaja di dalam biliknya yang sedang membaca buju rujukan tentang anatomi.

"Dina, macam mana? Best tak pergi honeymoon?" Tanya Hani. Maklumlah, pengantin baru perlu mengambil aura pada pengantin lama.

"Itu kau kena pergi sendiri. Baru dapat jawapan dari soalan kau tadi."

"Alah kau ni, aku tanya kau kan. Aku tengok kau pergi Langkawi je. Kenapa tak pergi Paris ke, Venice ke?"

"Plan last minit. Lagipun aku tak kisah nak bercuti dekat mana. Asalkan tempat tu tenang dan aman." Katanya dengan tenang.

"Kau ni, asyik tanya aku je. Kau pulak macam mana?" Soal Irdina.

"Aku? Hmm... Macam tulah." Jawab Hani dengan bersahaja.

"Kenapa? Iskandar tu tak sweet ke?"

"Kau rasa?"

"Ishh kau ni. Patut kau lah rasa. Bukan aku. Aku bukannya kahwin dengan Iskandar pun." Marah Irdina.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now