|Bite |
" appa ! "
Jerit aku kerana gembira melihat kelibat appaku disitu. Aku yang masih bertubuh kecil itu segera berlari kearahnya.
Setelah beberapa hari tidak bersemuka dengannya, membuatkan aku rasa rindu. Appa sibuk bekerja dan jarang pulang kerumah.
Aku pula hanya duduk dirumah bersama-sama dengan pembantu rumah. Walaupun rumah kediaman kami besar, tapi aku masih rasa kesunyian bila ketiadaan appa.
Tubuhku disambut mesra oleh appa. Appa duduk melutut seketika untuk melihat aku dengan lebih dekat memandangkan ketinggian aku yang masih rendah itu.
" Haeun sihat? "
Aku hanya mengangguk laju. Dan mataku kini beralih melihat ke arah belakang appa. Riak wajah aku sedikit berubah.
Seorang lelaki muda seperti belasan tahun yang setia berdiri dari tadi sedang melihat aku dan appa. Aku lihat wajahnya. Tidak pernah aku lihat dia sebelum ni.
" Haeun, kenalkan ni Jeon Jungkook. Dia ni anak kawan appa. "
Oh. Jadi dia ni anak kawan appa?
Mata aku kembali merenung dia. Dan aku lihat dia seperti tersenyum kearahku. Entah kenapa aku tidak suka lihat dia tersenyum begitu. Padahal walaupun usia aku yang masih 8 tahun itu, aku mengakui dia seorang lelaki yang menarik.
Aku terus memeluk tubuh appa dan membelakangi tubuhnya. Appa hanya gelak perlahan dengan perangai aku yang takutkan orang luar.
Terutamanya lelaki.
•••••
Masih lagi aku ingat. Sewaktu kali pertama kami berjumpa dimana semasa aku berusia 8 tahun. Zaman kanak-kanak aku yang hanya ditemani dengan appa. Rasa suka dan duka kami berkongsi rasa. Kasih sayang yang appa beri tak pernah kurangnya.
Kini semuanya sudah hilang.
Lelaki yang aku paling sayang iaitu appa pergi meninggalkan aku keseorangan. Tanpa sesiapa.
Omma? Disebabkan kelahiran aku, omma meninggal dunia sewaktu melahirkan aku. Kasih sayang ibu tak pernah aku rasa dan hanya appa sahaja tempat aku bermanja selama ini.
YOU ARE READING
тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔
Fanfiction❝Aku tahu apa yang aku buat. Ini semua untuk kebaikan dia dan diri aku sendiri.❞