| Benci |
Beginilah kehidupan aku selepas ketiadaan appa. Bagaikan berkurung di dalam rumah sendiri, tidak dibenarkan sesuka hati untuk keluar rumah tanpa pengetahuan dia. Dirinya tak ubah seperti mayat hidup.
Keluar apabila perlu. Itupun aku sentiasa dikelilingi oleh orang-orang suruhan Jungkook. Sarah sudah semestinya sentiasa berada dekat dengan aku. Entah berapa la sangat gaji yang Jungkook tawarkan kepada mereka sehingga sanggup untuk menjaga seorang gadis macam aku ni.
Aku perihati sahaja Sarah yang sedang sibuk menyiapkan barang-barang aku. Aku ditegah supaya membuat sendiri kelengkapan aku. Katanya itu kerja dia. Jadi aku hanya duduk goyang kaki dan melihat sahaja dia buat kerja.
" awak tak teringin nak kahwin ke Sarah ? "
Soalan cepumas yang keluar dari mulut aku. Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku bertanya macam tu. Melihat kan Sarah pula sudah ketawa perlahan.
" saya dah level anak dara tua cik Haeun. Tak ada sesiapa pun nak. Lainlah cik Haeun manis, cantik, muda mesti ramai yang nak."
" tak perlulah nak puji saya. Saya soal awak ni. Awak tak teringin ke kehidupan tanpa suruhan orang atasan ? Tak nak kahwin ? Tak mahu bercinta ? " soalku lagi.
Tanganku menongkat dagu. Aku yang kini sedang berbaring menyiarap melihat kearahnya.
Sarah ni aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. Dialah yang tahu perangai aku macam mana. Sarah hanya tersenyum.
" semua orang inginkan kehidupan bahagia cik Haeun. Masing-masing ada kisah sendiri. Tak semuanya indah. Kadang yang pahit tu mesti kita hadapi juga."
Kali ini aku pula yang terdiam. Ada betulnya juga cakap dia.
" cik Haeun dah ada berpunya ke ? "
" eh tak adalah. Cuba awak cakap. Selama ni saya terkurung dekat dalam rumah. Mana nak jumpa lelaki. Bercinta dengan awak jelah , Sarah."
Sarah sudah tertawa kuat. Entah apa yang lawaknya pun aku tak pasti.
" tapi kan saya rasa ada seseorang yang sukakan cik dari dahulu."
" hah, siapa ? " soalku ingin tahu.
" cik Haeun , kalau saya sebut nama dia nanti mood cik Haeun terus berubah. Saya buat andaian sahaja. Tak tahulah betul ke tidak."
" cakap jelah siapa." desak aku lagi.
" erm.. T-Tuan Jungkook ? "
Terus berubah riak wajah aku dari yang tadi. Lama jugak aku pandang wajah Sarah yang sudah berjaga-jaga mahu mengawal perasaan aku.
" gila. Ianya takkan berlaku. Kalau pun dia ada perasaan pada saya , apalah yang ada pada diri saya ni Sarah ? Macam tak ada je perempuan lain. "
Apalah yang ada pada diri aku ni. Dia pun masih menganggap aku gadis yang tidak matang lagi. Memang terbaliklah dunia kalau benda yang Sarah katakan itu menjadi kenyataan.
" cik Haeun tak ada apa-apa perasaan terhadap Tuan Jungkook ? " tanya Sarah ingin tahu.
" ada. Perasaan benci. "
Bersambung..
YOU ARE READING
тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔
Fanfiction❝Aku tahu apa yang aku buat. Ini semua untuk kebaikan dia dan diri aku sendiri.❞