n i n e t e e n

2.1K 214 11
                                    

| Run |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Run |







" Ya, jadi isteri aku." sahut Jungkook tenang. Manakala aku sudah tidak senang duduk.

" awak bergurau kan? Takkanlah awak nak jadikan saya ni isteri. Mustahil lah." ucap Haeun dengan nada ketawa pada akhir ayatnya.

" aku tak bergurau. Aku serious nak jadikan kau isteri aku." senyuman aku mula mati bila dia berkata seperti itu. Mengejutkan aku. Hati aku berdebar lain macam. Tak pernah aku merasakan perasaan yang sebegini.

" Haeun, mulanya aku nak minta maaf. Aku tipu kau tentang wasiat mendiang Tuan Kim. Sebenarnya tiada istilah langsung tentang hak penjagaan tu. Semua ini adalah rancangan aku. "

Haeun sudah agak. Jadi selama ini dia tertipu. Dia ditipu oleh semua orang dan terpaksa menunduk pada seorang lelaki seperti dia.

" awak tipu saya ? Apa motif awak sebenarnya Jungkook? Apa yang awak mahukan dari saya ? " suara aku tidak selembut seperti yang sebelum ini. Agak kasar bila didengari. Tapi Jungkook masih kekalkan riak wajah yang sama. Seolah tiada apa-apa yang berlaku.

" ya aku tahu aku salah. Tapi macam apa yang aku cakapkan pada kau sebelum ini, ada sebabnya mengapa aku buat semua ni. Ini untuk kebaikan kau. "

" kebaikan? Awak tipu saya dan berpura-pura cakap tentang wasiat appa yang sebenarnya langsung tidak wujud pun ! "

" wasiat tu sebenarnya wujud Haeun."

Aku terdiam untuk sesaat. Banyak kejutan yang aku dapat pada hari ini. Kejutan di hari kelahiran aku sendiri.

" Tuan Kim sempat beritahu pada aku sebelum dia meninggal dunia. Katanya, dia.. dia mahu kau dan aku untuk berkahwin. Itu permintaanya." jelas Jungkook teragak. Pandangannya dihala ke arah lain untuk seketika. Tidak mahu bertentangan mata denganku.

" awak tipu kan ? Awak cakap macam tu sebab nak kuasa dan harta appa saya kan ? " duga Haeun sekali lagi. Dia tidak percaya.

" aku tak tipu. Aku cakap perkara yang benar. Tuan Kim ada tulis surat wasiat dan itu yang dia perintahkan. Bila sahaja kau dah mencapai umur 20 tahun dia mahu kau untuk berkahwin bersama dengan aku. Harta dan segala kekayaan dia akan jadi milik kau jika kau berkahwin dengan aku. " jelas Jungkook sekali lagi.

Aku dah termati kata. Aku tak boleh terima semua ini. Mana mungkin dia akan berkahwin dengan Jungkook. Dia sendiri pun tak ada perasaan langsung terhadap lelaki itu. Malah dia bencikannya.

" aku tahu kau bencikan aku sebab itu aku lakukan semua ini. Aku nak lindungi kau. Itu sahaja niat aku."

" tapi Jungkook..kita ..kita tak boleh berkahwin. Saya langsung tak ada perasaan pada awak. Sebuah perkahwinan tak akan bermakna kalau masing-masing tiada rasa cinta. "

" Cinta boleh dipupuk selepas berkahwin. Aku tak memaksa Haeun, tapi ini wasiat. Kita perlu ikut wasiat tu." bicara Jungkook.

Haeun terus sahaja bangun dan ingin bergerak masuk kedalam. Meninggalkan Jungkook keseorangan disitu.

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Where stories live. Discover now