Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
| Promise |
Wajah yang sedang lena tidur itu aku pandang lama. Sungguh berbeza sekali sewaktu dia berjaga dengan tidur.
Perwatakan yang dingin sewaktu berjaga dan apabila tidur dia bagaikan seorang kanak-kanak kecil.
Comel.
Aku yang sedang leka merenung tepat wajah lelaki itu dikejutkan dengan pergerakkan Jungkook yang tiba-tiba. Dia mengeliat kecil dan seperti tercari-cari akan sesuatu sambil matanya masih lagi terpejam rapat.
Tanganya mula merangkul pinggang dan menarik tubuhku supaya mendekat denganya. Kedudukan kami berdua sangatlah rapat ketika ini. Dia seakan tidak mahu melepaskan aku.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mukanya disembamkan ke arah dada dan tanganya masih erat memeluk pinggang aku. Rambut Jungkook aku sentuh dan belai perlahan.
Manja.
Beginilah perangai lelaki itu bila berada dekat dengan aku. Berdua di dalam bilik, Jungkook sangat bersikap manja dengan aku. Awalnya sebelum kahwin aku agak terkejut dengan perangai dia.
Mana tidaknya, aku nak pergi ke tandas pun dia sanggup untuk bangun tidur walaupun lelaki itu baru sahaja nak masuk tidur.
Kalau dihadapan orang lain, perwatakkan manja dia tidak aku lihat seperti mana kami berdua di dalam bilik. Dingin diluar dan manja ketika kami berdua.
" awak, dah pagi ni. Tak ke office ke ? " tanya aku. Jungkook masih lagi lena. Dengkuran halus darinya aku dengar.
" awak.. dah lambat ni."
" aku tak ke office." Jungkook bersuara. Suaranya serak basah.