n i n e

2K 217 8
                                    

| Trapped |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Trapped |





Sudah berjam lamanya Jungkook menunggu di ruangan bawah ini. Tapi kelibat gadis yang dia tunggu masih juga belum tiba. Dia sebenarnya sudah penat mahu menunggu lagi.

Seseorang yang dia kenali menghampiri dengan wajah aku tahu apa ia. Sarah seperti teragak mahu memberitahu.

" ma-maaf Tuan. Cik Haeun berkeras tak mahu turun. Saya dah banyak kali pujuk tapi dia masih degil." bicara Sarah dengan berhati-hati.

" tak mengapa. Biar aku pergi sendiri."

Jungkook terus bangun dari sofa panjang itu dan terus menuju ke tingkat atas. Diikuti dengan Sarah dibelakangnya.

Sejurus sahaja memasuki kamar Haeun, Jungkook menyuruh Sarah supaya menunggu di luar sahaja. Dia mahukan privasi dengan Haeun ketika ini.

Pintu ditutup rapat, setapak demi tapak Jungkook menghampiri Haeun yang sudah baring berselubung dalam selimut tebal.

" Biadap kau ni. Langsung tak menyambut bila aku pulang. Kau dah kenapa Haeun ? " Jungkook memulakan perbualan.

Tapi soalan Jungkook dibiarkan begitu sahaja oleh Haeun. Tanpa menahan sabar lagi Jungkook terus menarik cadar selimut daripada membaluti tubuh Haeun. Tubuh gadis itu dipaksanya untuk bangun.

" awak nak apa ? Saya tak ganggu awak pun ! " jerit Haeun lantang apabila Jungkook menariknya. Dagu Haeun ditarik kasar supaya matanya memandang kearah aku. Tubuh lelaki itu dibongkok sedikit untuk melihat Haeun secara dekat. Wajah Jungkook dan Haeun semakin hampir.

" aku yang sepatutnya tanya kau. Kau dah kenapa. Aku panggil Sarah suruh turun tengok aku kau tak mahu ? "

" saya tiada hati nak tengok awak. Awak tak singgah ke sini pun tak mengapa la Jungkook. Saya bahagia bila ketiadaan awak." ucap Haeun sinis. Terus membuatkan Jungkook tersenyum dengan kata-kata Haeun.

" kau dah semakin berani dengan aku Haeun. Mana rasa hormat kau ? Itu yang bapa kau ajar selama ni, kurang ajar ? "

" kurang ajar ada tempatnya Jungkook. Jangan nak libatkan isu appa saya dalam hal ni. Lagipun, buat apa saya nak ada rasa hormat dengan awak kalau awak layan saya kasar macam ni? Lepaslah ! " tangan Jungkook terus Haeun tepis. Dia menjarakkan tubuhnya dari lelaki itu.

Jungkook kembali berdiri tegak semula sambil memerhatikan Haeun yang sudah duduk di hujung sana.

" aku akan layan kau dengan baik kalau kau ikut cakap aku , Kim Haeun."

" kenapa saya kena ikut cakap awak. Awak fikir, awak dah ada segala-galanya awak boleh buat sesuka hati ? Saya langsung tak tahu dari mana asal usul awak. Awak tiba-tiba sahaja datang dalam keluarga saya. Awak fikir awak siapa Jungkook ? " soal Haeun bertalu-talu.

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Where stories live. Discover now