Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
| Devil |
Perlahan-lahan mataku cuba dibuka. Bila aku tersedar sahaja dari lena, aku kini sudah terbaring elok dekat atas katil aku sendiri.
Dengan kepala yang masih berat dan pening itu aku cuba untuk bangun dari pembaringan. Dengan duduk bersandarkan pada kepala katil, aku memerhatikan segenap ruangan bilik aku sendiri.
Kali terakhir aku ingat yang aku telah tertidur beralaskan di atas lantai dalam bilik stor akibat perbuatan Jungkook yang mahu menghukum dirinya. Dia tak sedar pun bagaimana dia sudah berada di dalam biliknya sendiri.
" eh cik Haeun dah sedar ? "
Sarah yang mula masuk menjenguk bilik Haeun sambil menatang dulang yang diatasnya ada semangkuk berisikan bubur.
" macam mana saya boleh ada kat sini ? "
" kamu pengsan dekat dalam bilik stor. Lepastu demam panas. Kepala kamu rasa pening ? "
Haeun hanya mengangguk perlahan. Tiba-tiba dia teringat akan Jungkook.
" Jungkook.."
" dia yang bawa kamu masuk kebilik. Jangan risaulah dia dah tak marah lagi dah."
Aku terus menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya lelaki itu sudah tidak marah pada dirinya lagi.
" kamu makanlah bubur ni. Lepastu makan ubat. "
" thanks Sarah." ucap Haeun yang masih lemah itu. Dipegang sudu dan dia menyuap sedikit bubur itu. Tekaknya rasa pahit namun dipaksa juga untuk telan.
Sarah yang memerhati hanya duduk disamping Haeun. Sejujurnya hati perempuannya rasa sedih dengan masalah yang menimpa akan diri gadis itu. Kalaulah Haeun tahu siapa yang menguruskan dia tempoh hari tentu dia mengamuk.
" dah banyak kali saya pesan dekat cik Haeun supaya jangan timbulkan masalah. Kan dah jadi begini." luah Sarah akhirnya. Manakala Haeun hanya tersenyum nipis bila mendengar kata-kata Sarah.
" saja saya nak uji dia. Lagipun saya ni memang menyusahkan pun."
Sarah dah terdiam. Tidak tahu lagi bagaimana mahu menasihati gadis itu. Dia dah buntu dengan perangai kebudakkan Haeun. Dia tidak serik lagi agaknya.
.....
" awak nak menghukum saya lagi ke Jungkook? " Tanya Haeun terus.
" aku nak tengok keadaan kau. Kenapa, tak boleh ? "
" sejak bila awak jadi prihatin ni? Kenapa tak bunuh sahaja saya pada hari itu ? Kan senang, awak dah tak perlu nak menghadap saya lagi. Tak perlu nak menjaga seorang gadis."
Jungkook hanya menahan sabar. Bila dirinya diberitahu oleh pekerja yang dirumah itu bahawa Haeun telah sedar dari pengsan dia bersyukur sangat. Tapi ini yang dia dapat, soalan sinis dari gadis itu.
" ikutkan kata hati aku nak bunuh kau sahaja. Menyusahkan, peraturan aku mudah sahaja. Kau cuma perlu ikut cakap aku, jaga diri kau sebagai seorang perempuan dan hormat pada aku. Tak banyak pun yang aku minta. Kau yang minta bala."
" saya sengaja. Saya nak buktikan yang awak takkan tahan dengan perangai kebudakkan macam saya ni. Lepaskan saya, persetankanlah semua wasiat tu." hambur kata-kata Haeun.
Dia dah tak peduli jika dirinya disakiti oleh Jungkook. Lebih baik mati daripada hidup di dalam neraka buatan lelaki itu.
" kau sepatutnya bersyukur pada aku. Kalau kau jatuh ditangan orang lain, aku pasti kau tak dapat merasakan kehidupan."
" kehidupan? Jungkook cuba awak beritahu saya apa makna kehidupan? Hidup dengan peraturan yang tak masuk akal. Langsung tak dibenarkan berkawan dengan orang luar. Saya nak keluar rumah pun awak tak bagi. Itu kehidupan kata awak? "
" ada sebabnya Haeun. Suatu masa nanti kau akan tahu. Jadi bersabarlah dengan aku."
Haeun dah tersenyum sinis bila dengar Jungkook bicara seperti itu.
" saya cuma nakkan kebebasan. Saya nak hidup normal macam perempuan yang lain. Itu sahaja."
Jungkook hanya melihat wajah gadis itu. Dia juga tahu gadis itu sedang merana bila aku mula menjadi penjaga dia.
" Jungkook. "
Langkah Jungkook mati seketika bila Haeun panggil. Tak jadi dia nak keluar dari bilik ini.
" tolong jangan pecat Jihoon. Dia perlukan pekerjaan. Kalau nak menghukum, hukumlah saya seorang sahaja."
Hati Jungkook mula berasa panas bila dengar nama lelaki yang Haeun sebutkan tadi.
" kau sukakan dia bukan? " tanya Jungkook. Haeun terdiam untuk seketika.
" maaf, tapi dia sendiri dah tarik diri. Mungkin tak tahan nak bekerja di bawah aku. Nak jaga seorang gadis macam kau mungkin berisiko untuk diri dia. Jangan lupa untuk makan ubat kau. Aku tak nak kau mati disebabkan demam." pesan Jungkook sebelum dia beredar.
Haeun terus mati kata. Kelibat Jungkook juga sudah tidak kelihatan lagi.
" kau memang syaitan bertopengkan manusia, Jungkook. "