| Reason |
" ada masalah ke cik Haeun ? " Sarah mula bertanya apabila melihat Haeun seperti mencari sesuatu.
" Mana Jihoon ? Kenapa tukar orang ? "
" cik Haeun , tugas ni bukan dia seorang sahaja yang ditugaskan. Ada ramai lagi pekerja yang perlu jaga cik. "
" kenapa tiba-tiba ? Sebelum ni tak menjadi masalah pun. Saya tak peduli, saya nak Jihoon juga yang temankan saya." balas aku degil.
Aku kembali masuk ke dalam rumah semula. Mogok tidak mahu keluar disebabkan hal itu. Sarah yang berada di luar bersama dengan pekerja yang lain sudah pening kepala melayan karenah Haeun.
Setelah menghempas pintu biliknya, Haeun terus duduk di birai katil dengan hati yang sedang panas.
Haeun merasakan mereka sengaja berbuat sebegitu. Mungkin ini arahan dari Jungkook sendiri. Haeun menyumpah lelaki itu dari dalam hatinya.
" Jungkook sengaja buat aku begini. Dia tak mahu lihat aku bahagia."
.....
" gadis itu ada buat masalah semasa aku tiada ? "
Jimin yang pada waktu itu sedang memandu dikejutkan dengan soalan tentang Haeun. Dia berfikir dahulu sebelum bersuara.
" dia baik sahaja. Cuma yalah, kau tahukan yang dia masih muda. "
" jangan melayan sangan karenah dia. Ikut sahaja apa yang aku suruh selama ni. Jangan beri muka."
Jimin hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tahu bagaimana perangai lelaki itu.
" Jungkook, maaf kalau aku masuk campur. Tapi tak bolehkah kau layan Haeun baik sedikit? Aku tahu ianya sukar bagi kau tapi dia perempuan. Hati perempuan ni lain. " Jimin beri pendapatnya.
Manakala Jungkook hanya membisu. Dia juga terfikir kadang-kadang layanannya terdapat Haeun agak kasar. Tapi dengan cara itu sahaja dia mahu tutup segalanya.
Ada sebab mengapa dia melayan Haeun seperti itu. Belum tiba masanya lagi." aku tahu apa yang terbaik bagi Haeun. Kau fikir aku sampai hati ke nak melayan dia selalu begitu? Ini untuk kebaikan dia juga."
" kebaikkan dia juga pun suatu hari nanti dia akan tahu. Kenapa kau tak berterus terang sahaja denganya? Ia mudah untuk kau dan juga Haeun. Mendiang Tuan Kim Hangjo pun tak letakkan syarat yang kau buat sekarang ni. Asalkan kau dan Ha- "
" aku ada cara aku tersendiri. Jimin, kau cuba beritahu aku. Jika aku lakukannya sekarang ini adakah dia mahu ? " potong Jungkook.
" belum cuba belum tahu. Lagipun kau yang melayan dia sebegitu."
" Dia bencikan aku. Aku tak mahu dia terima aku dengan dalam keadaan terpaksa. Walaupun ianya sekadar wasiat tapi ini soal kehidupan, Jimin. Siapa yang tak nak bahagia ? "
Jimin sudah terdiam. Tiada sebarang kata-kata lagi yang mampu diucap sekarang ini. Dia sudah faham benar dengan perangai majikannya ataupun rakan karibnya itu. Jungkook adalah seorang yang tetap dengan pendiriannya.
" kalau aku jadi kau Jungkook, aku dah tak tahan. Peluang dah ada depan mata lunaskan sahajalah." ujar Jimin. Dia pun tak faham dengan sikap Jungkook yang mahu mengikut jalan yang sukar.
" aku tahu apa yang aku buat. Ini semua untuk kebaikan dia dan diri aku sendiri."
Bersambung...
YOU ARE READING
тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔
Fanfiction❝Aku tahu apa yang aku buat. Ini semua untuk kebaikan dia dan diri aku sendiri.❞