e l e v e n

2K 215 12
                                    

| Forgive Me |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Forgive Me |





"  Perbuatan kau tadi tu boleh menyebabkan dia mati, kau tahu tak ? "

" tapi dia masih hidup kan masalahnya ? " Jungkook membalas. Dia rimas bila dirinya asyik ditanya berkenaan dengan Haeun.

Dia baru sahaja selesai mandi. Terus dipakai bathrobe putih di badannya. Rambutnya digosok dengan tuala kecil untuk tujuan mengeringkan rambut. Dia berjalan mendekati ke arah meja kerjanya. Sambil melihat beberapa kertas dokumen
kerja.

" tapi hukuman kau tu keterlaluan. Kejadian tu akan menyebabkan dia jadi trauma dengan diri kau tahu? "

" aku dah cakap, ini cara aku nak mengajar dia jadi manusia. Aku nak ajar dia jadi perempuan yang baik."

Jimin hanya tergelak sinis. Kata-kata Jungkook mencuit hatinya.

" aku tahu apa yang ada dalam isi hati kau. Kau beri dia hukuman sebegitu sebab kau cemburu bila dia layan lelaki lain lebih baik daripada kau kan ? " Jimin menduga.

" ini hal aku dengan Haeun. Kau tak usah nak masuk campur Jimin. Lebih baik kau buat kerja kau."

" Fine. Aku dah banyak kali pesan. Terpulang pada diri kau sendiri." Jimin sudah mengalah dengan sikap Jungkook itu. Hati lelaki itu betul-betul dingin.

" tapi ingat pesan aku, sebaiknya kau layan la dia dengan baik. Mungkin dengan cara tu dia sedar apa tujuan sebenar kewujudan kau disini selama ini. Aku keluar dulu." pesan Jimin lalu terus meminta diri untuk keluar dari bilik Jungkook.

Jungkook termenung sambil memikirkan ayat Jimin sebentar tadi. Tuala kecil yang mengelap rambutnya tadi sudah hilang entah kemana. Rambutnya yang masih lembab itu dikusutkan dengan kedua tangannya.

Dia sendiri bingung dengan dirinya sendiri.


......

" Tu-Tuan Jungkook ! "

Aku yang baru sahaja bersiap untuk bersarapan pagi dikejutkan dengan panggilan namanya.

Dia hanya menantikan apa yang mahu diberitahu oleh pekerjanya.

" Cik muda tak sedarkan diri." sejurus pekerjanya berkata sebegitu terus aku bangun dari kerusi dan bergerak ke arah luar rumah.

Setibanya aku di bilik stor yang dimana aku kurung Haeun pada semalam petang, dilihat Sarah sudah cemas dengan menyentuh badan Haeun.

Awalnya aku menyuruh Sarah untuk membuka mangga kunci pintu bilik stor pada awal pagi tadi untuk membebaskan Haeun dari situ. Sejujurnya dirinya juga tidak sampai hati mahu menghukum lama gadis itu.

Tapi bila dia dikhabarkan pagi ini  yang Haeun telah pengsan dia menjadi semakin bersalah.

" Tuan, cik Haeun pengsan. Bila saya buka sahaja pintu saya tengok cik Haeun dah terbaring tak sedarkan diri. " terang Sarah.

Aku terus mendapatkan Haeun yang sudah terbaring lama di atas lantai sejuk ini. Kepala gadis itu aku letakkan di atas riba aku. Tangan aku mula menyentuh dahi gadis itu yang sedang berpeluh. Suhu badannya panas.

" dia demam ni." ujar aku perlahan.  Aku lihat pakaian gadis itu. Dia yang hanya berpakaian dress hitam separas atas peha sahaja. Tentu dia kesejukan pada malam semalam.

Tanpa membuang masa aku terus mendukung tubuh Haeun secara bridal style lalu aku membawa Haeun masuk kedalam rumah.

Bilik Haeun menjadi arah tuju aku sekarang ni. Tubuh Haeun aku letakkan perlahan di atas katilnya. Melihatkan tubuhnya berpeluh-peluh dan melekit tentu tidak selesa baginya.

" Tuan, biar sahaja saya yang uruskan dia." kata Sarah.

" jangan, biar aku yang buat. "

Pakaian Haeun dibuka selamba oleh Jungkook. Tujuannya mahu membersihkan tubuh Haeun. Sarah yang sudah terkejut melihat perlakuan Jungkook yang selamba itu. Tiada rasa malu langsung.

" t-tapi Tuan, rasanya kerja ni biarlah saya yang uruskan. Lebih sesuai sebab saya perempuan. Kalau cik Haeun tahu tentu.." Sarah terus membantu  Jungkook yang pada waktu itu sedang membuka dress Haeun.

" aku tak peduli semua tu. Sarah, aku minta kau keluar sekarang. Aku boleh uruskan dia. " paksa Jungkook menyebabkan Sarah yang teragak-agak mahu keluar.

Apabila tubuh Haeun sudah dibaluti dengan tuala, Jungkook terus mendukung Haeun semula untuk dibawa ke bilik air. Dia mahu mandikan Haeun.

Niatnya cuma baik hanya mahu membersihkan tubuh badan Haeun. Tiada langsung niat jahat atau nak ambil kesempatan terhadap gadis itu.

Tapi dirinya juga diakui tergugat dengan perasaan nafsu bila melihat tubuh gadis itu buat kali pertama. Lagi-lagi bila tangannya bersentuhan dengan kulit tubuh Haeun yang lembut dan putih gebu itu.

Jungkook dapat mengawal perasaannya.
Dia tidak sesekali untuk berniat jahat dengan Haeun. Dia juga hormatkan Haeun sebagai seorang perempuan.

.......


" Keadaan dia stabil. Cuma dia hanya alami demam panas sahaja. Tiada yang serius pun. Nanti saya akan berikan ubat untuk dia makan. Itu sahaja." terang seorang doktor peribadi yang merawat Jungkook selama ini jika lelaki itu sakit.

Jungkook hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada doktor itu setelah ingin meminta diri.

Haeun masih tak sedarkan diri. Mungkin masih terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya semalam.

Telefon di pocket seluar mula diambil dan dia menelefon seseorang sambil matanya tidak lepas memandang sekujur tubuh Haeun yang masih tidak bergerak itu.

" Rose, harini saya tak datang ke office. Batalkan kesemua metting dan appoiment pada hari ini. Saya ada hal. " beritahu Jungkook kepada personal assistantnya.

Setelah menamatkan panggilan telefon, Jungkook terus menghampiri Haeun dan mula duduk dibirai katil. Tangannya mula menyentuh sekitar dahi dan juga leher gadis itu. Suhunya masih lagi sama, panas. Dia melihat bibir gadis itu sudah menjadi kering.

Perlahan-lahan tangannya mengusap rambut Haeun yang panjang itu. Pipi gadis itu dielusnya lembut.

" maafkan aku. " ucap Jungkook perlahan.



Bersambung..

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Where stories live. Discover now