t h r e e

2.4K 240 15
                                    

| Hurt |

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

| Hurt |







" Kim Hangjo, appa kau sendiri. "

" tipu."

Hanya sepatah sahaja ayat yang keluar dari mulut Haeun. Tiba-tiba sahaja dadanya terasa sesak. Nafasnya mula tidak tidak teratur. Dalam hatinya terasa sakit. Sangat sakit.

" aku tak ada masa untuk menipu. Terpulang pada kau mahu percaya atau tidak." balas lelaki itu tenang. Seperti selalu.

" siapa awak ni sebenarnya Jungkook? Kenapa awak tahu kesemuanya tentang saya? Hidup saya? " tanya aku kepadanya. Pipi aku sudah lama basah dengan air mata aku sendiri.

" kau akan tahu dengan sendirinya nanti. "
Aku dah jatuh terduduk di atas lantai. Kepala aku tunduk memandang lantai.  Tangan aku pula mula meramas kuat hujung kain gaun hitam aku sendiri. Tanda untuk menahan diri daripada menangis. Tapi aku gagal, aku menangis sampai tersedu-sedu disitu.

Lebih menyakitkan apabila aku mendapat tahu punca kematian omma bukan disebabkan oleh aku, tetapi appa. 

Ruang tamu yang berkeluasan besar ini kini ditemani dengan suara tangisan aku.
Hanya aku dan lelaki itu sahaja disini.

Agak sukar untuk aku percaya kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu. Tapi melihatkan wajahnya yang serius aku pasti dia tidak berbohong.

" berhenti menangis macam budak kecil. Itu yang kau kata diri kau dah besar panjang? " Jungkook mula menegur aku.

Aku tidak pedulikannya.

Aku betul-betul rasa sedih pada waktu ini. Mahu sahaja aku meraung tapi aku tahan disebabkan ego. Lagilah aku tengah berhadapan dengan lelaki ini. Semuanya aku tahan.

Bayangan wajah appa mula bermain difikiran aku. Wajah dia yang selalu tersenyum bila melihat aku. Sungguh pedih, aku tak tahan dengan semua ni.

" itu sebab aku kata kau masih tak kenal dunia ni lagi. Penuh dengan penipuan. "

" diam!!! Aku tak nak dengar suara kau! Pergi!! " aku dah menjerit sekuat hati.

Aku mula bangun dan berjalan laju kearahnya. Dia tidak berganjak langsung.
Tangan aku mula menolak-nolak tubuh dia tapi kudrat aku yang lemah hendak dibandingkan dengan tenaga lelaki. Sudahlah tubuh dia dua kali ganda besar badan aku yang kurus ni.

Kedua pergelangan tangan aku tiba-tiba direntap olehnya. Aku tidak dapat menolak tubuhnya lagi supaya pergi dari sini. Dia menarik aku supaya dekat dengan tubuhnya.

" lepaskan! " terjerit aku bila tubuh aku mula semakin mendekat dengan dia.

" Kim Haeun ! "

Aku terdiam bila mendengar suara lelaki itu menjerit namaku dalam pada masa yang sama aku terkejut. Bagaikan terpaku bila pertama kali dia bersuara lantang dihadapan aku.

Matanya tajam memandang kearah mata aku yang sedang berkaca itu. Muka aku kini penuh dengan air mata aku sendiri. Jangan katakan air mata, hingus pun aku rasa dah meleleh.

" kau kena terima semua ni. Jangan nak berlakon macam budak kecil. Aku bencikannya." ayat Jungkook seperti berbaur amaran ditujukan kepada aku.

Terus terdiam aku tetapi akibat menangis tadi, bunyi sendu aku masih lagi kedengaran. Aku mengetap bibir aku sekuat hati. Sambil air mata aku masih lagi mengalir di pipi.

Jungkook kini memerhatikan seluruh wajah aku. Tangannya naik dan menyentuh perlahan pipi kiri  aku. Dia mengesat jarinya di pipi aku untuk hilangkan kesan air mata.

" aku tahu kau sakit Haeun. Jangan menangis , kau kena kuat." bicaranya perlahan dan kini matanya tepat merenung dalam ke mata aku.

" kenapa.." suara aku tiba-tiba hilang. Aku hilang kata-kata. Muka aku menahan dari menangis lagi tapi aku tak boleh.

Entah dari mana keberanian aku datang tubuh lelaki itu aku tak sengaja peluk dan bahu lelaki itu tempat aku lepaskan semua. Badan aku macam dah tak berdaya nak berdiri tapi disokong dengan tangan Jungkook yang masih kuat berpaut dengan ku.

Aku lepaskan semuanya tanpa aku sedar yang aku sedang memeluk tubuh Jungkook. Lelaki yang aku benci.

Jungkook pada mulanya agak terkejut dengan tindakan gadis itu tapi akhirnya dia faham. Tanganya perlahan menyentuh tubuh belakang Haeun. Satu lagi tangannya menyentuh belakang kepala gadis itu dan diusapnya lembut.

Dia juga berasa kasihan dengan apa yang telah menimpa diri gadis itu.

" jadi Haeun, aku perlukan jawapan kau sekarang."







Bersambung..

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang