t w e n t y | t w o

2.1K 219 15
                                    

| Forehead Kiss |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Forehead Kiss |








Haeun masih lagi berdiri di bawah pancuran air di dalam bilik mandi. Dia memejamkan mata sambil menikmati air yang sejuk itu mengalir di seluruh ruang tubuhnya.

Pili air ditutup, pantas dia mengambil tuala dan mengelap seluruh tubuhnya. Bathrobe dipakai dan dia segera keluar dari bilik air.

Bila sahaja dirinya berhadapan dengan meja solek, dia merenung wajahnya sendiri dengan pantulan dari cermin itu.

Nafas berat dihela. Bibirnya yang masih lembab basah itu dikemam perlahan.

Ingatannya masih lagi memikir akan lelaki itu. Sejujurnya dia sendiri mengakui Jungkook sebenarnya lelaki yang baik. Dia ikhlas untuk melindungi aku dari ancaman orang luar.

Cuma hatinya sahaja yang belum memberikan kata jawapan. Perkahwinan itu tetap akan diteruskan meskipun dia menolak. Tapi hatinya langsung tiada hati kepada Jungkook.
Kotak cincin baldu berwarna putih itu dia renung. Diambil kotak cincin itu dari atas meja soleknya.

Perlahan kotak cincin itu dibuka. Cincin berlian yang terselit elok disitu diambil dan direnung sekali lagi.

Patutkah aku terima ini semua dengan ikhlas ?



......



Gagal.

Walaupun dihujung kakinya telah dijingkit setinggi mana sekalipun masih lagi tidak dapat aku mengapainya.

Ergh, menyusahkan.

Tapi disebabkan perutku sudah berbunyi menandakan aku tengah lapar sekarang ini, aku gagahkan jua untuk mengambil periuk yang ada di dalam kabinet dapur ini. Pembantu rumahnya pun satu, letak barang tinggi melangit.

Kepala aku dah habis mendongak untuk melihat ke arah atas. Tengkuk aku pun dah mula rasa lenguh.

Sikit..sikit je lagi.

Hujung jari aku dah mula menyentuh bingkai pemegang periuk itu. Hanya nak menariknya sahaja

Tapi apa yang berlaku disebaliknya aku tak dapat mencapai periuk itu. Ada satu tangan lain yang ambilkannya untuk aku.

Perkara itu tak mengejutkan aku cuma yang mengejutkan aku sekarang ini adalah ada satu tangan yang sesuka hati menyentuh sisi pinggang aku menyebabkan aku terjerit kecil.

Dengan perasaan terkejutnya aku terus berundur dan belakang tubuh aku telah berlanggaran dengan tubuh seseorang. Tanpa melihat siapa pun manusia yang sesuka hati menyentuh pinggang aku tadi, aku sempat mencapai pisau yang tersedia ada di situ.

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Where stories live. Discover now