| Dress |
" aku nak kau perhatikan anak buah kau. Beri nasihat supaya jangan terlalu rapat dengan cik muda."" kau bercakap tentang siapa ni? Anak buah aku tu ramai. Bukan seorang."
" budak baru tu , Park Jihoon. "
" dia buat masalah apa pula kalini. Tak pernah-pernah cik muda buat hal dengan kita. "
" Jimin , aku serious ni. " sudu ditangan lelaki itu Sarah terus rampas. Tergendala seketika perbuatan lelaki itu dari terus makan kek coklat. Dia pandang wajah Sarah.
" kalau tuan muda yang nampak bukan sahaja cik muda yang kena, kita semua terkena tempiasnya sekali. Kau tahu tentang itu kan ? " beritahu Sarah panjang lebar. Wajahnya serius.
Jimin hanya buat muka riak biasa. Dah berulang kali dirinya diberi peringatan yang sama. Bukan dia seorang sahaja , malah kesemua orang yang ada di dalam rumah ini yang menjaga cik Haeun diberi peringatan.
Sudu ditangan Sarah diambil semula oleh Jimin. Meneruskan kembali perbuatan makannya.
" nanti aku uruskanlah. Kau tak usah risau tentang itu."
" jangan pandai cakap sahaja buatnya tidak juga."
" ya aku tahulah. Bising lah kau ni. Nah rasa ! "
Terus Jimin menyuapkan sudu ke dalam mulut Sarah. Sarah yang terkejut terus terdiam apabila kek coklat yang Jimin suapkan tadi sudah berada di dalam mulutnya." sedap kan? Haa makanlah."
" Jimin ! "
" aduii ! " Jimin terjerit kecil tatkala telinganya ditarik kuat oleh Sarah. Rakan sekerjanya itu garang sangat orangnya. Tak boleh nak dibuat bergurau.
......
" selamat datang , Tuan nak pilih baju yang mana? " tegur ramah seorang pekerja di butik pakaian wanita itu. Dia sentiasa mengikuti kemana sahaja lelaki itu melangkah.
Jungkook hanya tersenyum dan dia memerhatikan baju-baju yang tergantung cantik disetiap sudut ruang kedai ini.
Dia sebenarnya tiada niat pun mahu singgah ke butik ini. Saja mahu melihat rekaan cantik yang diusahakan oleh pereka terkenal disini.Matanya tiba-tiba tertancap pada satu baju yang tergantung cantik di hujung satu sudut. Terus dia melangkah mendekati baju itu.
Rekaan yang ringkas tetapi sungguh elegan. Dress lace berwarna biru lembut itu disentuh perlahan. Matanya tertarik pada baju itu.
" dress ni rekaan terbaru Tuan. Ianya susah nak dapat dimana-mana. Tuan mahu beli? " tanya jurujual itu lagi.
Mata Jungkook masih lagi melihat dress itu. Kata hatinya mahu beli , tapi ini adalah pakaian wanita. Takkanlah dirinya pula yang pakai?
Fikirannya mula terbayang akan gadis yang kini dibawah tanggungjawabnya sekarang. Gadis yang selalu tiap kali bermasam muka sewaktu berjumpa dengan aku.
'Mungkin aku terlalu bersikap dingin dengannya.' bisik hati kecilnya.
" tolong bungkuskan yang ini."
Bersambung..
YOU ARE READING
тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔
Fanfiction❝Aku tahu apa yang aku buat. Ini semua untuk kebaikan dia dan diri aku sendiri.❞