t w e n t y

2K 221 2
                                    

| Truth |

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

| Truth |




" Kim Haeun ? "

Haeun yang pada waktu itu sedang termenung di ruang balkoni. Pandangannya terus dialihkan bila terdengar suara perempuan.

" awak ni siapa ? " tanyaku terus.

Dalam hati sudah tertanya siapakah gadis ini. Orangnya cantik dan cukup dengan pakej seorang wanita yang sempurna.

" jadi betullah kau ni Haeun ? Tak ada apa yang menarik pun pada diri kau." ucapnya sinis sambil mula berpeluk tubuh. Matanya merenung aku atas kepala hingga ke kaki aku.

" maaf? Awak cakap apa tadi ? " soalku dengan perasaan hairan. Darimana dia datang pun aku tak tahu.

" kau sepatutnya bersyukur , bukan nak ikut kepala kau sahaja. "

" aku tak kenal kau ni siapa dan kenapa kau boleh berada dekat dalam rumah aku ? Sarah ! " jerit aku memanggil Sarah sejurus berkata tentangnya. Tiada lagi bahasa sopan, terus Haeun menggunakan kau dan aku.

" lihatlah tu, tetamu sepatutnya dialu-alukan. Bukannya dilayan seperti ini. Inikah contoh layanan seorang kakak ipar ? "

" ka-kakak ipar ? " Haeun berkata dengan teragak-agak.

" aku Jeon Somi, adik kandung Jeon Jungkook bakal suami kau. "


......

" kau perlu balik sekarang ni. "

" banyak lagi urusan yang perlu aku selesaikan, bukan nak menghadap gadis itu sahaja. " balas Jungkook tak mengendahkan Jimin yang sudah tergesa-gesa memanggilnya.

Dia rimas. Sejak insiden di hari itu, Haeun langsung tidak bersemuka dengannya dan hanya berkurung di dalam bilik. Hubungannya dengan Haeun kini semakin renggang. Tapi perancangannya untuk berkahwin dengan gadis itu tetap akan diteruskan.

" Somi dah pulang ke Korea dan dia melawat rumah sana, Sarah yang maklumkan pada aku."

Jungkook yang pada ketika itu sedang sibuk meneliti fail-fail dokumen yang perlu ditandatangani terhenti sejurus Jimin berkata seperti itu.

" apa ? "

" adik kau dah pulang, dia jumpa Haeun. Kau nak biarkan sahaja ? "

Terus Jungkook melihat calendar yang ada di meja kerjanya. Dia baru teringatkan sesuatu yang penting pada tarikh hari ini.

" aish..menyusahkan."

......

" aku datang dari jauh ni bukannya nak ajak bergaduh, tapi nak melawat bakal kakak ipar aku sendiri. Kenapa, tak boleh? " ujar gadis itu selamba masih dengan berpeluk tubuhnya.

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang