Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
| Prey |
Bertempatkan di dalam dewan besar yang mampu memuatkan beberapa ribuan munusia, kini Jungkook dan Haeun mula berjalan beriringan masuk ke dalam dewan.
Selepas sahaja pas kad jemputan ditunjukkan kepada pengawal yang menjaga di pintu hadapan mereka berdua dibenarkan untuk masuk.
Haeun mula sedikit teruja apabila ada ramai manusia yang sudah berada di dalam dewan tersebut.
Dalam perasaan keterujaannya itu tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang menyentuh pinggangnya. Malah kini semakin melarat apabila tubuhnya dan lelaki itu sangatlah rapat ketika ini.
Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook ?
" ingat Haeun, jangan cuba nak larikan diri." pesan Jungkook lagi tepat di telinga kanan aku. Aku hanya tersenyum. Masih mengekalkan riak wajah biasa. Takut lakonan kami berdua dapat dikenalpasti.
" Jungkook, saya pun ada satu pesanan untuk awak."
" apa dia."
" nak berlakon boleh, tapi jangan cuba nak ambil kesempatan. Jaga tangan awak jangan sampai saya potong tangan awak pula." ucap aku dalam nada sinis. Aku terus tersenyum apabila bertembung dengan orang lain yang berjalan disekitar itu.
" bukan nak ambil kesempatan tapi aku tak suka bila diri kau diperhatikan." sejurus sahaja Jungkook berkata seperti itu, mata aku terus memandang ke arah sekeliling.
Benar apa yang Jungkook katakan. Diri aku dan Jungkook kini telah menjadi perhatian orang ramai disini. Terutamanya adalah lelaki. Rasa tidak selesa mula mengundang di dalam hati.
" K-kenapa mereka semua pandang saya sebegitu." ucap aku perlahan tapi masih jelas didengari oleh Jungkook.
" sebab kau berdiri di sebelah aku."
Kata-kata Jungkook membuatkan aku semakin bingung. Apa kaitanya kalau aku berdiri dekat di sebelah lelaki ini ?
" Jeon Jungkook, akhirnya kau datang juga."
Perbualan kami berdua terhenti apabila kami mula didatangi oleh seorang lelaki yang tidak pernah aku lihat. Wajahnya agak tampan. Senyuman dia mampu untuk mengoyahkan hati seorang perempuan.
Pelukan tangan Jungkook di pinggang aku semakin merapat. Perbuatan Jungkook itu tadi menyebabkan lelaki yang menegurnya tadi perasan akan kehadiran aku.
" maaf kerana terlewat. Sudah tentulah aku datang, Kim Taehyung. "
" ah, tak mengapa. Majlis pun baru bermula. Siapa gadis cantik ni ? Aku tak pernah lihat pun dia sebelum ni."
Lelaki yang baru aku tahu namanya adalah Taehyung mula menegur aku. Aku agak kaku untuk seketika bila dia menyoal tentang aku.