| Sticky Note |
" jauh kau termenung. Dah sampai mana? Malaysia ? "Jungkook mula dikejutkan dengan suara Jimin. Dia yang dari tadi sedang asyik termenung memikirkan sesuatu.
" tak ada apa." nafi Jungkook.
" aku tahu, kau fikir pasal itu bukan? "
" aku cuma takut..dia tak terima." beritahu jua akhirnya Jungkook.
" kau sepatutnya segera beritahu dia Jungkook. Aku risau kalau dia mula bertindak dari jangkaan kita. Kau pun tahukan yang dia masih muda ? " Jimin mula memberi kata nasihat.
" kalau dia tolak ? "
" dia takkan mampu untuk tolak sebab itu adalah wasiat mendiang Tuan Kim, appa dia sendiri."
......
" cik Haeun.."
Ketukan pintu bertalu-talu menganggu lena aku untuk tidur. Pantas aku segera bangun dengan keadaan rambut yang masih serabut.
Pintu bilik segera dibuka dan wajah masam mencuka menghiasi wajahku.
" ada apa Sarah ? Saya nak tidurlah." beritahuku sedikit marah.
" ya ampun cik Haeun, saya ingatkan Juon manalah tadi yang sergah saya. Kenapa tak mandi lagi ni ? Cik Haeun dah terlambat dah ni." bebel Sarah. Yalah, matahari sudah terpacak dekat atas kepala pun gadis ini masih tidak bangun dari tidurnya.
" terlambat nak pergi mana pulak ni. " ucap aku perlahan dengan nada geram.
" cik Haeun dah lupa ke hari ni hari apa ? "
" hari ni hari apa ? " soal Haeun masih lagi mamai.
" 12 September, cik Haeun tak ingat ? "
Aku mula berfikir dengan tarikh yang Sarah sebutkan tadi. Dan aku mula teringat akhirnya.
" hari ni birthday saya. " ucap aku sambil memandang wajah Sarah terkejut.
.......
12 September.
Tepat pada hari ni usia aku dah semakin bertambah dan umur aku sudah masuk ke 20 tahun.
Dan fikiran aku kini masih lagi terfikiran akan hal itu. Dimana hak penjagaan Jungkook akan tamat apabila umur aku sudah berusia 20 tahun.
Sudah lama dia menunggu Jungkook tapi kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan di dalam rumah ini.
" Sarah! " panggilku teriak. Sarah yang terkejut terus mendekati aku.
" ya cik Haeun, ada apa ? "
" awak tahu mana ke Jungkook pergi? "
" saya..tak tahu. Pagi tadi saya ada nampak dia keluar rumah dan sampai sekarang dia tak balik-balik lagi."
Aku dah terdiam untuk beberapa saat. Takkanlah Jungkook lupa yang hari ni hari apa ? Ataupun, dia sudah pergi tanpa ucapkan kata selamat tinggal pada aku ?
Hari sudahpun menjangkau ke hari petang. Mustahil kalau Jungkook pergi begitu sahaja biarkan aku begini. Pasti ada sesuatu yang dia tak tahu.
" cik Haeun, saya tahu tentu cik Haeun fikirkannya. Cuma saya nak bertanya sedikit."
" apa dia? "
" cik Haeun..ada apa-apa perasaan terhadap Tuan Jungkook ? "
" soalan apa yang awak tanya ni. Merepeklah. Sudahlah, saya nak masuk." ucap Haeun lalu terus masuk ke dalam. Sarah hanya memerhatikan gadis itu dari jauh.
" semoga bertabah, cik Haeun."
......
Pakai baju ni pada malam ni.
9.00 pmSticky note berwarna biru itu aku pegang seketika. Aku yang baru sahaja selesai mandi dan sedang mengeringkan rambut dikejutkan tatkala bila aku keluar sahaja dari bilik air, sudah ada satu kotak bungkusan sederhana terletak elok di atas katil aku.
Kotak berwarna putih itu aku sentuh dan perlahan-lahan aku bukanya. Kelihatan sebuah dress berwarna biru lembut menjadi perhatian aku sekarang ini.
Cantik, memang tidak dapat dinafikan. Kainnya juga lembut dan sedap apabila disentuh.
Siapa pula yang bagi? Adakah..
" Jungkook? " Haeun bersuara perlahan sambil mula teringatkan akan lelaki itu.
Sticky note itu aku pandang sekali lagi.
Bersambung..
YOU ARE READING
тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔
Fanfiction❝Aku tahu apa yang aku buat. Ini semua untuk kebaikan dia dan diri aku sendiri.❞