t h i r t e e n

1.9K 199 4
                                    

| Partner |

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

| Partner |







" majlis pada malam tu nanti kau perlu datang dengan partner. Itu salah satu prosedur dari majlis tu. Masalahnya, siapa nak jadi partner kau tu nanti ? "

" kau sahajalah yang jadi partner aku. Apa susah." Jungkook sudah malas mahu berfikir.

" kau gila kook ? Aihhh taknak aku. Cukuplah aku 24 jam kerja dekat dengan kau. Carilah orang lain. Perempuan ke? "cadang Jimin.

Jungkook terdiam seketika. Perempuan? Ianya mustahil. Hidupnya selama 26 tahun ini langsung tidak berkaitan dengan mana-mana perempuan. Hidupnya hanya ditemani dengan kerja.

" jangan kau kata kau langsung tak ada kawan perempuan ? " Jimin dah menduga. Tak percaya.

" kenapa perempuan? Lelaki tak boleh ?"

" kan aku dah kata majlis tu perlukan partner. Dalam konsep partner ni ianya mesti berkaitan rapat dengan lelaki dan perempuan. Tak kisahlah perempuan tu mak kau ke,adik ke, bini. Janji perempuan." Jimin sudah mula dengan theory mengarut dia.

" kalau tak ada pun tak mengapa kan? Mereka bukannya kisah pun."

" kau tu tetamu VIP. Apa yang aku dapat tahu semua orang datang dengan partner mereka. Tak fair lah macam tu, solo."

" aish.. Aku suruh Rose sahajalah." Jungkook sudah malas mahu berfikir. PA dia Rose, yang dia fikir sekarang.

" ehh tak boleh. Kau dah lupa ke staff  pejabat tak dibenarkan datang. Hanya Tuan CEO syarikat sahaja. Faham ? "

" dah tu? "

Jimin terdiam dan mula teringatkan sesuatu. Tapi bila dia melihat pula muka Jungkook yang sedang menunggu memandangnya sekarang dia rasa teragak.

" aku tak pasti kalau kau setuju atau tak but dia seorang sahaja yang boleh bantu kau sekarang ni."

" siapa dia ? " tanya Jungkook terus.  Malas nak menunggu. Ada banyak lagi kerja nak dibuat selain nak fikir pasal partner pada malam majlis itu nanti.

"er.. cik Kim Haeun ? "

Jungkook hanya berdiam diri bila nama gadis itu disebut Jimin. Idea rakannya itu memang gila. Dia sendiri pun tak terfikirkannya.

" masalahnya, dia mahu ke ? "

......

" Bwo ? Saya?  "

Haeun terkejut bila dia diberitahu untuk keluar pada malam ini. Lagi mengejutkan, Jungkook yang akan jemput dia pada malam ini.

" ada majlis jamuan makan malam tahunan. Tuan Jungkook dijemput. Dia nak kamu ikut serta dia sekali pada malam ni."

" s-saya ?"

" ya cik Haeun. Kamulah orangnya."

Aku masih lagi memandang Sarah dengan muka terkejut. Tak pernah-pernah Jungkook mahu membawa dia keluar dengan pergi ke majlis sebegitu.

" kenapa dia ajak saya ? Buat tebiat ke dia." kutuk aku lagi dengan perasaan hairan.

" aish kamu ni. Orang dah ajak pergi sahajalah. Dah, kamu pergi bersiap cepat. Malam nanti Tuan Jungkook jemput kamu. Katanya dia tak mahu menunggu lama kamu bersiap."

" kalau saya tak nak pergi ? " saja aku berkata bergitu. Terus lengan aku ditampar oleh Sarah. Terkejut aku dibuatnya.

" cik Haeun ! Jangan nak buat hal. Siap cepat! " pantas aku terus masuk kedalam bilik aku. Terkejut bila disergah oleh Sarah sebegitu rupa. 

Aku perihati wajah aku di cermin meja solek. Lama.

Otak aku kini sedang lihat berfikir akan sesuatu.

Baju apa yang aku nak pakai pada malam ni nanti ?

Haih.

Ini lebih susah dari nak menjawab soalan matematik.



Bersambung..




Dulu zaman sek tak
suka betul dgn sub math. Hahah.

Maaf untuk chap kontot ni.

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang