Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
| Different |
" mungkin ini masanya kau perlu berbaik dengan dia. Tempoh hari kau mengamuk bila dia keluar dengan lelaki lain, apa kata kau tebus rasa marah tu dengan bawa dia ke majlis pada malam tu nanti ? "
Kata-kata tempoh hari yang diucapkan oleh Jimin masih lagi terngiang-ngiang di fikirannya. Jungkook menghembuskan nafas berat.
Tenang Jungkook. Perkara ini mudah sahaja, kau hanya perlu bawa dia keluar untuk pergi ke majlis itu dan balik kerumah semula apabila semunya sudah selesai.
Ianya tak susah tapi kenapa aku rasa berdebar ni ?
Hampir setengah jam awal dia duduk sendirian di ruangan tamu itu untuk menunggu ketibaan Haeun. Dia sengaja menunggu lebih awal.
Tapi fikiranya kini sedang kusut sekarang ni. Dia sendiri tidak pasti tindakannya untuk membawa Haeun keluar untuk berjumpa dengan orang ramai adalah tindakan yang bijak atau sebaliknya. Dia risaukan tentang keselamatan gadis itu sebenarnya.
Tangan Jungkook yang sedari tadi asyik menyentuh dahinya sendiri sambil berfikir tentang Haeun. Sampaikan dia tidak sedar yang Haeun kini sudah berada di hadapannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Matanya perlahan melirik kearah tepi. Dan pandangan mata Jungkook jatuh kearah gadis itu dan kali ini agak lama. Jungkook terus bangun dari kerusi lalu perlahan mendekati Haeun.
Dari hujung rambut sampaikan ke hujung kaki Haeun, Jungkook masih lagi merenung tubuh Haeun seperti sudah bertahun tidak berjumpa. Dia sepertinya sudah terpaku apabila melihat Haeun yang kelihatan amat berbeza pada malam ini.
Haeun yang tersedar apabila tubuhnya direnung tajam oleh Jungkook menyebabkan dirinya mula berasa tidak selesa. Tapi ini sahaja pakaian yang dia mampu pakai pada hari ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dress berwarna merah hati yang elok terbentuk di tubuh badan Haeun. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas menutupi leher putih jinjangnya. Penampilannya pada hari ini amat berbeza daripada sebelum ini. Penampilan yang sesuai untuk gadis seperti Haeun.
" ada..yang tak kena pada saya ke ? "
Haeun mula soal. Dia berasa amat janggal pada ketika ini. Lagilah bila dirinya ditenung oleh Jungkook sebegitu. Gaya macam nak makan orang pun ada cara pandangan dia tu.
" cepat. Kita akan terlambat." terus Jungkook berkata seperti itu dan meninggalkan Haeun di belakang. Tergesa-gesa Haeun mengejar Jungkook yang berada dihadapannya.
Sebaik sahaja mereka berdua sudah berada didalam kereta, kedua-duanya sunyi. Rasa janggal mula hadir pada waktu itu. Jungkook yang sedang fokus memandu dan Haeun pula berada disebelahnya kanan tempat duduk pemandu.
Sunyi. Radio pun tidak dibuka.
Haeun kini mula berasa kebosanan.
" saya..nampak pelik ke pakai macam ni ? "
Jarang sekali Haeun nak berbual santai begini dengan Jungkook. Tapi dia ni agak mulut becok orangnya. Jadi dia rasa resah bila duduk diam terlalu lama.
" kenapa kau tanya. " Wah, Jungkook mula bagi respon.
" taklah, cara pandangan awak tadi tu menakutkan. Macam ada yang pelik je pada diri saya."
" kau nampak lain."
" lain ? Lain yang macam mana ? "
" Haeun, tolong diam. Aku tengah memandu ni."
Haeun mula mencebik bibirnya sendiri. Orang tanya disuruh pula diam. Bukannya mulut dia yang pegang stereng kereta tu.
" aku nak pesan pada kau. Bila sahaja kita dah berada dekat majlis tu nanti, aku nak kau menyamar jadi adik aku. Jeon Haeun. "
" kenapa pula ? " Haeun berasa hairan.
Yalah, elok namanya Kim Haeun terus kena bertukar jadi Jeon Haeun. Lagipula bunyinya macam lain macam bila nama keluarganya ditukar. Rasa janggal.
" jangan banyak tanya. Aku tak mahu identiti kau dapat tahu oleh orang luar. Lagi satu, kau cuba larikan diri dari aku kau akan menyesal. " pesan berbaur amaran Jungkook kepada Haeun. Tapi Haeun tidak gerun langsung dengan amaran itu. Dia sudah biasa.
" ada apa-apa lagi ? " tanya Haeun dengan riak muka malas.
" jangan layan lelaki yang cuba rapat dengan kau dekat sana nanti. Kau tak boleh pergi jauh dari aku. "
" Eh- apasal pu- "
" jangan nak banyak tanya."
Haeun dah mula terdiam. Jungkook ni banyak sangat jangan-jangan dan tak boleh dia tu. Apa-apa sahajalah Jungkook, aku dah penat nak bising.
Jungkook yang sedang memandu itu tersenyum sedikit bila melihat wajah cemberut Haeun. Sisi wajah Haeun Jungkook curi pandang ketika Haeun tidak sedar yang dirinya diperhatikan.