s i x t e e n

1.9K 210 1
                                    

| Curious |

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

| Curious |





Sejak peristiwa dimana Haeun hampir sahaja menjadi mangsa bunuh, Haeun semakin dikawal rapi oleh penjaga keselamatan di rumahnya sendiri. Orang-orang suruhan Jungkook dikerah supaya menjaga gadis itu dengan lebih ketat.

Kejadian tempoh hari membuatkan Haeun tersedar akan sesuatu. Dirinya kini menjadi buruan orang luar. Kerana kesilapan appa dahulu orang yang bermusuhan dengan appa mahu membunuhnya.

Mungkin disebabkan itu dirinya dikawal seperti ini. Haeun mengakui walaupun Jungkook agak kasar dengannya tapi lelaki itu ada berniat baik untuk menjaga ku.

Tiba-tiba sahaja dia terfikirkan akan sesuatu.

Tentang wasiat appa. Bila sahaja umur aku sudah tepat pada usia 20 tahun, Jungkook tidak akan lagi menjaga aku.

Hairan, mengapa Jungkook akan berhenti menjaga aku bila sahaja umur aku sudah berusia 20 tahun ?

Sehingga kini pun dia tidak pernah lihat dokumen yang mengesahkan wasiat appa. Jungkook tidak pernah menunjukkan sebarang apa-apa bukti tentang hak penjagaannya selama ini.

Ada sesuatu yang aku tidak tahukah selama ini ?

......

" Jungkook awal-awal pagi lagi sudah pergi ke pejabat. Katanya ada hal yang hendak diuruskan. " aku dikejutkan dengan suara Jimin ketika aku ingin mengetuk pintu bilik lelaki itu.

Kehadiran Jimin disitu membuatkan aku rasa terkejut bersama dengan rasa hairan.

" apa yang awak buat dekat sini ? "

" cik Haeun dah lupa ? Saya kerja dekat sini."

" saya tahulah itu tapi apa yang awak buat dekat sini. Selalunya awak akan ikut kemana sahaja Jungkook pergi. "

" sejak kes cik Haeun hampir jadi mangsa bunuh haritu saya dah ditugaskan disini. Tuan Jungkook kata dia dah tak perlukan saya cuma perlu awasi cik Haeun sahaja selepas ni." terang Jimin panjang lebar.

" ouh, begitu." ucap aku pendek.

Jimin ingin segera beredar tapi sempat aku menahannya. Terkebil-kebil mata lelaki itu melihat pelik akan kelakuan aku yang tiba-tiba sahaja berada dihadapannya menghalang dia dari pergi.

" saya.. nak tahu akan sesuatu."

" cik Haeun nak tahu tentang apa? "

" awak dah lama kenal Jungkook kan ? Saya dapat tahu yang awak berdua ni kawan baik."

" jadi ? " Jimin membalas pendek.

" saya nak tahu asal usul dia. Dari mana dia kenal appa saya dan kenapa dia sanggup jadi penjaga saya."

" cik Haeun, walaupun saya dan Jungkook berkawan baik tapi saya rasa lebih baik kalau cik Haeun sendiri yang pergi tanya dia. Saya cuma pekerja dan rasanya tak patut kalau saya bercerita tentangnya. "

" tapi mengapa? Tak salahkan kalau awak sendiri yang ceritakan pada saya? "

" cik Haeun tak percayakan Tuan Jungkook? " kali ini Jimin pula yang menyoal Haeun. Haeun terdiam seketika.

" saya.."

" Tuan Jungkook tentu ada sebabnya. Dia seorang yang berfikiran panjang. Apa yang dia buat selama ini bukan untuk kepuasan dirinya sahaja tapi untuk semua orang. Bukankah cik Haeun sepatutnya bertanyakan sendiri kepadanya ? "

" awak berdua ada sorokkan sesuatu daripada saya? Ada apa yang saya tak tahu ? Tolong beritahu saya Jimin. Jangan buat saya tertanya-tanya dengan permainan Jungkook. Saya dah penat untuk menunggu."

" tugas saya hanyalah menjaga keselamatan cik Haeun. Itu sahaja. Saya tak patut masuk campur urusan peribadi cik Haeun. Itu antara cik Haeun dan Tuan Jungkook sendiri. "

Haeun sudah pun berhenti untuk mengorek rahsia dari Jimin. Jimin meminta diri untuk pergi. Nampaknya aku sendiri yang perlu bersua muka dengan Jungkook selepas ini.




Bersambung..


Tak ada scene JungHae dlm chap kali ini.

Maaf utk chap kontot ni.

Stay tune !💛

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang