Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
| New Bodyguard|
" Cik muda akan keluar untuk beli barang sekejap sahaja lagi. Jihoon , aku nak kau jaga cik muda. Pantau dia. " beritahu salah seorang pekerja yang diupah oleh Jungkook.
Jihoon hanya mengangguk. Tugasnya hari ini akan bermula memandangkan ini adalah hari pertama dia bekerja. Dia akan menjadi bodyguard untuk seorang gadis.
" kalau kau tersilap langkah , Tuan Jungkook tak teragak untuk bunuh kau. Ingat , awasi dia." beritahu sekali lagi seorang lelaki yang juga bodyguard kepada cik Haeun.
" baik. " ucapnya sepatah dan hanya menunggu.
Tak lama selepas itu pintu hadapan rumah banglo ini terbuka. Jihoon terus bergerak mara untuk mengawasi gadis yang akan dipantaunya hari ini.
Kelihatan seorang gadis muda yang berambut panjang melebihi paras bahunya sedang melangkah maju kearahnya. Manakala dibelakangnya pula ada pembantu peribadi gadis itu , Sarah. Setia mengikuti jejak langkah gadis itu.
Dia kenal kerana dia telah berjumpa dengan kesemua pekerja di rumah ini. Cuma hanya cik Haeun yang dia baru sahaja berjumpa pada hari ini.
Jihoon hanya berdiri tegak. Dia agak terpaku apabila melihat gadis itu. Betul kata pekerja lelaki yang lain. Anak majikannya ini memang cantik orangnya.
" tak nak bagi saya masuk ke ? "
Jihoon mula tersedar. Dia kini sedang betul-betul berdiri dihadapan gadis itu. Dia menghalang laluan gadis itu daripada masuk ke dalam kereta. Pantas dia segera beralih dan membukakan pintu untuk Haeun.
Haeun yang perihati sahaja hanya tersenyum. 'Bodyguard baharu nampaknya' desis kecil hati Haeun.
Jihoon sempat melihat dengan lebih dekat wajah Haeun tatkala mereka berselisih. Haeun terus memasuki ke dalam perut kereta.
......
" siapa dia? "
" pekerja baharu. Baru semalam dia masuk kerja. " balas Sarah.
" yalah saya tahulah. Nama dia siapa ? "
" Park Jihoon kalau tak silap saya."
Haeun tidak boleh fokus. Kini dia sedang berada di sebuah butik pakaian. Baju yang tergantung kemas dihadapannya kini tidak menjadi perhatiannya sekarang. Tapi yang menjadi perhatiannya sekarang ini adalah lelaki itu.
" cik Haeun ? "
" ah ya."
" tengok apa dekat luar sana ? "
" tak ada apa. Ambil yang ni. Saya nak yang ni. " pilih Haeun secara rawak. Baju gaun tidur berwarna merah hati ditunjuk. Dia tak belek pun sebenarnya baju tu hanya menunjuk sahaja.
" cik Haeun."
" apa lagi? " Haeun rimas. Ada sahaja perkara yang menganggu dia untuk melihat lelaki itu.
" sure ke cik Haeun pilih yang ni ? "
" yalah kenapa ? " balasnya malas.
" tak ada apalah. Baiklah saya suruh mereka bunguskan." Sarah hanya tahan perasaan musykil nya. Baju yang Haeun pilih tadi memang dari lain citarasa Haeun selama ini.
" saya tunggu dekat luar."
Selepas sahaja meninggalkan Sarah di dalam butik untuk membuat bayaran , Haeun terus keluar mencari lelaki itu. Tak lama kemudian, matanya tertancap pada seseorang yang tidak jauh darinya.
" hai. "
Jihoon yang sedang leka menunggu di luar kedai terkejut apabila Haeun menegurnya. Terus pandangannya melihat kebawah.
" baru masuk kerja ke ? "
" ya." ucap Jihoon sepatah. Hatinya berdebar-debar. Tak pasti kenapa. Mungkin kerana anak majikannya ini cantik orangnya. Lagipun dia sebenarnya pemalu orangnya.
" Patutlah tak pernah nampak. Awak nampak muda dari yang lain."
" ah ya." balasnya lagi. Jihoon tidak berani untuk bersua muka dengan Haeun.
" cik Haeun.. ada nak kemana-mana lagi selepas ni ? " tanya Jihoon.
" ada. Saya nak makan aiskrim. Jom temankan saya." terus tangan Jihoon ditarik oleh Haeun.
Jihoon yang terkejut hanya menurut sahaja. Takkanlah nak tolak apa yang bos suruh.
" awak nak tahu. Selama ni bila saya keluar dengan penjaga yang lain, saya rasa rimas. Tapi hari ini saya tak rasa macam keluar dengan bodyguard yang lain. Awak lain. " beritahu Haeun apabila selesai membeli aiskrim dan kini mereka berdua berjalan beiringan.
" maksud cik Haeun ? "
" saya selesa dengan awak. " ucap Haeun tanpa segan silu.
Haeun hanya berniat baik. Selama ini dia tak pernah merasa berkawan. Lagipun dia melihat Jihoon tak macam pekerja yang lain.
Sarah yang memerhati dari jauh hanya perihati sahaja. Dia agak terkejut bila melihat pertama kali Haeun berani untuk menegur dan melayani baik bodyguardnya kali ini.
Kerana dia tahu sebelum ini Haeun tidak pernah mahu bermesra dengan pekerja yang Jungkook upah selama ini , kecuali dirinya. Dia rasa gembira bila melihat Haeun gembira tapi dalam pada masa yang sama dia rasa gusar.